Posts

Showing posts from 2009

Selamat tinggal 2009 & Welcome 2010

Banyak kenangan bakal menjadi sejarah sepanjang peristiwa 2009 ini. Ada yang manis ada yang pahit untuk dikenang, yang penting sudah dilalui dan menjadi iktibar dan pedoman dimasa hadapan. Antara perkara manis 2009 yang aku lalui seperti dapat naik pangkat, aku study dalam level master, anak buah aku bertambah, & hutang2 aku semakin langsai :-)....dan antara kenangan pahit pula seperti anak buah berkurangan :-( , kerja bertambah, ahali family keluar masuk hospital, & aku jual kereta kancil aku setelah 9 tahun huhuhuhu :-(... Semoga tahun 2010 yang bakal menjelma lagi beberapa jam lagi nih dapat memberi impak kepada diri dalam memastikan segala perancangan seperti bisnes, pelajaran, dan kerjaya bertambah cemerlang... Amin.. Happy New Year my family, officemate, classmate, and to all my friends..

1431H

Hari ni 1 Muharam 1431, detik permulaan, starting point, centre grid, detik perpindahan & penghijrahan untuk diri. Setiap tahun kita perbaharui azam dan jati diri, tetapi adakah kita buat post-mortem atas kejayaan azam kita yang lepas- lepas? Ada yang nak berenti merokok, ada yang nak kahwin, ada yang nak jadi baik, ada yang ingin menjadi sebaik- baik umat dan ada pulak yang tak mahu buat apa-apa azam. Azam adalah penting sebagai garis panduan hidup dalam mencapai sesuatu. Orang yang tidak mempunyai azam akan lebih mudah lalai dalam mengubah diri dari orang yang berazam. Walaupun tidak mencapai sasaran sekurang- kurangnya dapat mengubah fikiran sesorang tentang objektif kehidupan mereka. Bagi aku azam tetiap tahun tak perlu berubah, selagi azam yang lama tak capai sasaran...kita perlu teruskan tetapi dicampuri inti-inti baru dalam azam tersebut agar lebih segar sempena tahun baru. Selamat tahun baru kepada semua, diharap memberi sinar dan kemajuan terhadap diri, dan kehidupan. Sala...

Pemilikan Rumah.....

Terlebih dahulu nak ucap selamat hari raya AidilAdha 1430, semoga pengorbanan kita pada agama diterima oleh Allah dan memanfaat sekalian alam. Tahun ni ada rezeki lebih sikit so aku buat korban jugak, cuma yang tak bestnya, hari raya ni aku demam berpanjangan akibat cuaca yang tak menentu ni. So aktiviti korban tak dapat la aku join bersama keluar yang lain seperti tahun lepas coz sibuk g klinik. Akhir- akhir tahun atau penghujung tahun ni, nampak macam- macam promosi di dada- dada akhbar dan juga poster di sekelian tempat. sayugia mata amat terpesona dengan pakej- pakej hebat seperti diskaun dan rebat samada kereta, rumah, perabut, dan etc. Hati tertarik dengan iklan di akbar baru- baru ini mengenai kempen pemilikan rumah oleh WorlWide Holding yang membangunkan Subang Bestari. Hati terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut dan ternyata pakej yang disediakan amat menarik disamping harga yang berpatutan sesuai dengan penilaian kawasan berkenaan. hati meronta- ronta ingin memiliki salah s...

Perasaan...

Apa yang anda tahu mengenai perasaan?kadang- kadang baik, teruk, moody, nak bunuh orang pon ada, tapi itulah namanya perasaan. Tatkala yang menguasainya adalah jiwa dan hati tapi sebenarnya melibatkan persekitaran. Apa yang dilihat luaran sebenarnya hitam didalam, suci ditepi jendela kerinduan yang hakiki. Sanubari bertanya, adakah hati ini milik sang pujangga yang mengerti erti kehidupan norma- norma yang batasnya di perhalusi jiwa kehidupan yang abadi?

Akibat Perpecahan Islam

Minggu ini umat islam Malaysia dikejutkan penangkapan Dr. Asri mantan Mufti Perlis oleh JAIS iaitu badan profesional bagi memantau dan mengurus hal umat islam di Selangor melalui Sultan Selangor. Dr. Asri seorang ulama progresif yang banyak mengutarakan pandangan dari sudut berbeza dan tidak disenangi oleh sebahagian ulama atau mufti-mufti di malaysia. caranya begitu progresif dan disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat yang telah lama dahagakan islam yang betul- betul membuka minda manusia bernama islam dan tidak terikat dengan mana-mana fahaman lama konvensional oleh ulama- ulama muktabar yang pendekatannya kadang- kadang tidak boleh diserapi kepada sesetengah orang. Bukan hendak menangkan sesiapa, tetapi selagi tidak meganggu akidah dan tauhid serta di Malaysia ini terjurus kepada mazhab sunnah waljamaah...ianya boleh dikira islam yang benar disisi Allah. Bukannya seperti konsep 'islam hadhari' dan 'islam moderate' yang dicipta oleh kerajaan suatu ketika dulu yang...

Maruah dan Integriti:Perhimpunan Agong Umno 2009- Khas

Image
Perhimpunan agong UMNO datang kembali, hari pertama sempat la jugak jenguk-jenguk gerai kat sana sambil menjeling- jelling barang apa yang patut dibeli. Huhuhuhu mahal bangat barang sekarang. Tujuannya nak carik buku jer..tapi duit plak tak bawa. Selalu buku yang dijual kat sini jarang jumpa kat kedai buku macam buku- buku persuratan melayu, sejarah tuboh kerajaan, semua ada kat sini. Awek pun ramai, puteri semua ni buat aku tertanya- tanya..diorang ni taknak senyum kat aku ker?kuikuikui… Suka aku tengak orang melayu berniaga, dapat la jugak tingkatkan ekonomi. Tapi aku heran, kenapa sampai sekarang kerajaan masih bagi subsidi kepada orang melayu untuk berniaga, belajar, dan sebagainya. Jika nak buat konsep ‘satu Malaysia’. Tun Mahathir pernah kata, tongkat bagi orang melayu harus ditarik sikit demi sedikit. Ini kerana melayu dah ambil kesempatan walaupun sudah berjaya dalm hidup. Tak macam kaum lain, Bantu- membantu apabila sudah berjaya. Konsep ni sukar nak disuburkan dalam orang mel...

kursus oh kursus

Harini 12 hingga 14 oktober aku menghadiri kursus induksi/ orientsi (kumpulan pengurusan & professional) bertempat di UKM. Ini kursus aku yang pertama lepas pertukaran pangkat awal tahun ni. Semua nya berjalan lancar sejak pagi jam 8.30 hingga lah tengah hari. Masuk petang aku dah naik meluat dengan kemengantukan aku sehinggakan aku bermain-main mesej dengan seseorang.huhuhuhu…tapi tak lama sebab bateri kong, so kenalah dengar jugak ceramah yang berguna pada logiknya, tapi membosankan pada akalnya. Ceramah untuk harini Cuma berkaitan sejarah, pentadbir, dan juga kewangan universiti yang perlu diambil tahu. Ilmu ni luas, kalau dah sehari dok dengar ceramah, dapat sikit-sikit pun kira ok dah, so takde la rugi sangat dtg kursus. Tambahan pula dengan hidangan makanan yang menyelerakan tapi apakandaya aku berpuasa sunat sepanjang kursus 3 harinih, so takder la rezeki nak merasa.huhuhuhuhu Bagi aku kursus sebegini agak penting dan radikal untuk dikonsepkan pada setiap staff di UKM atau ...

Colesterol

"Cholesterol is a lipidic, waxy steroid found in the cell membranes and transported in the blood plasma of all animals. It is an essential component of mammalian cell membranes where it is required to establish proper membrane permeability and fluidity. In addition, cholesterol is an important precursor molecule for the biosynthesis of bile acids, steroid hormones, and several fat soluble vitamins. Cholesterol is the principal sterol synthesized by animals, but small quantities are synthesized in other eukaryotes, such as plants and fungi. It is almost completely absent among prokaryotes, which include bacteria.The name cholesterol originates from the Greek chole- (bile) and stereos (solid), and the chemical suffix -ol for an alcohol, as François Poulletier de la Salle first identified cholesterol in solid form in gallstones, in 1769. However, it was only in 1815 that chemist Eugène Chevreul named the compound "cholesterine"., " Minggu ni aku suruh staff darah kat o...

Gempa Bumi Sumatera, tsunami Samoa, hurricane Philiphina, & Nordin Mat Top

Tatkala dunia menangis menangisi kematian orang tersayang yang melibatkan lebih 4ooo nyawa akibat 'bumi merajuk' pada minggu ini...tatkala dunia mencari kerakusan terroris sebenar bumi...tatkala Allah menunjukkan kekuasaan-Nya, tatkala bumi mula meluat dengan kelakuan manusia, tatkala berputarnya angin menghiasi langit yang membiru, tatkala perginya seorang tentera Allah, tentera islam sejati yang menghiasi jihad fisabillillah, yang menutup kepalsuan islam moderate & islam hadhari, tatkala Allah memberi isyarat bahawa seorang tentera islam bersamaan 4000 nyawa...tatkala ini semua makhluk berakal didunia berfikir sejenak..apakah yang sedang mereka lakukan...wallahua'lam

Salam Eid Fitri..& Kronologi Ramadhan :-).....:-(

Eid fitri menjelang tiba, semua orang suka gembira...tak kurang miskin dan kaya...dan juga insan berdukacita. Tentang berdukacita, ramadhan dan syawal tahun ni macam tak ceria sangat dalam keluarga aku.... sejak bulan ramadhan sampai la menyambut syawal ada je dugaan yang datang; dari kronologi anak buah aku operation jantung pada 20 ramadhan sehingga membawanya pada illahi pada 30 ramadhan dan juga kemasukan bapaku ke hospital kerana masalah denggi pada 26 ramadhan semua nya membuatkan syawal disambut sederhana sekali. Hidup mesti diteruskan, syawal perlu disambut kerana tuntutan agama tapi perlu la diiringi doa kepada yang telah tiada dan telah mengadap kepada-Nya.

Selamat Berpuasa

Sempena bulan ramadhan yang mulia, jauhilah mengumpat dan cela-cela...semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya. Amin... Selamat menyambut ramadhan Al-mubarak. nazeri & keluarga

Tekanan Perasaan Ditempat Orang

Genap 2 minggu kat terengganu, memang best tapi perasaan masih tertekan kerana banyak kerja tak siap terutama assignment dan juga hal2 peribadi lain kat keyall. Apa nak buat, bukan boleh balik selalu tetiap minggu coz anak buah ada untuk dijaga. Tapi stress management yang diajar semasa ceramah sebelum ini anjuran ofis di HUKM ternyata melesat jika tak ditrain dengan baik oleh diri sendiri. Hasilnya selalu la aku tak sedap hati tetiap hari walaupun berkaitan hal kecil seperti baju tak basuh & kuku tak potong :-(

Kelam kabut di Ofis

Tak tau la hormon apa yang merembes 2-3 hari nih kat badan aku, bila nampak pintu jer kaki naik atas pintu...tak pun penumbuk sekali das kat pintu tu. Kesian kat pintu tu..memang la sakit tapi apakan daya itu jer cara nak lepas kebingungan yang melampaui batas. Mungkin pasal rindu seseorang kot :-) .... Dengan esemen berlambak tak usik lagi, ditambah kelam kabut taufan apekebenda kat ofis nih (konon byk kerja kot) bertambah la kepala ni rungsing and tak sabar- sabar nak kerja kat luar yang boleh kata aman la lepas kul 3 petang. Tapi semangat nak kuar tak macam dulu lagi because dulu keluar takder siapa hirau and hati tak rindu sesiapa.... tapi sekarang dah ada orang hirau and rindu seseorang :-) so macam malas jer nak kuar. Takut la rindu- rindu lama-lama jadi gila. Harini hari terakhir kat ofis, after this 2 bulan kerja luar.. kepada yang selalu ambil port kat weblog ni (tak sampai 10 orang) harap jgn la lupakan blog ni kalau tak diupdate. Maklumla kalau dah outstation tu, sure la mal...

Kenapa La Aku Demam Sekarang?

Assignment berlambak-lambak (macam biasa last minit kerja), kerja opis banyak lak yang terpaksa pending, bukannya taknak buat tapi dah seminggu demam and takder mood automatically. So that terpaksa la aku berdoa pada Allah supaya mengandakan iltizam aku untuk hadapi semua ini. Kenapa La Aku Demam Sekarang?

Akhirnya... Aku Gembira kembali :-)

Alhamdulillah...Hari ini lebih kurang jam12.20 pagi hari sabtu, detik paling gembira dan tak ternilai bagi aku. Terharu and macam nak mengalir air mata pun ada. Aku akan menjaga apa yang di harapkan dengan ikhlas dan berdoa agar berkekalan. InsyaAllah...

Kuasa Senyuman :-)

Image
Hari ni macam biasa kerja jadi site- leader kat ppukm. Dan macam biasa aku masuk seawal mungkin, biasanya kul 7.30 pagi and set-up before start the rekrutmen coz biasanya aku akan start mengular bila rekrutmen start jam 8.30 pagi. Biasanya lepak kat pantry la QC makanan peserta dulu.huhuhuhu. Kerja kalau tiap-tiap hari gini memang boring berhadapan dengan orang ramai terutama yang tak paham bahasa. Tak kira la bahasa apa, yang penting aku jadi pening bila berhadapan dengan orang dlm kuantiti yang ramai pagi-pagi ni. Tapi ada satu jer cara nak cover pening aku nih sejak dulu lagi aku amalkan iaitu SENYUMAN. Tak kira la kalau kucing jadi peserta pun mungkin aku akan senyum kot, apatah lagi peserta-peserta bertaraf manusia yang lain.huhuhuhuhu kasar nya ayat. Ntah la aku dari dulu kalau orang kenakan aku pun aku senyum jer tapi dalam hati sumpah seranah jugak la tapi apakan daya aku jenis tak suka gaduh and cari masalah. Sekonyong-konyong bilamana diriku habis mengular, macam biasa aku ...

BELANJA KAHWIN

"Tak sama rupa nya, lorrr susah gak, gilok punyo kojo, mati la aku, perghhhhh mantap punya kerja"....Keluhan-keluhan dari bibir seorang pemuda yang masih bujang seperti aku dalam liku-liku berjuang menyimpan duit untuk kahwin. Petang-petang kat opis macam biasa mengular la kat mana-mana ruang opis lepas selesai semua kerja-kerja and port kali nih kat pantry jer....ada la bersembang sesama staff 1-2 jam sebelum tunggu masa balik and tajuk persembangan kali ni ialah....BELANJA KAHWIN.. Huhuhuhuhu, mau nya tak best topic daripada 2-3 orang tiba-tiba pantry jadi sesak berdebat pasal kahwin. Kahwin bagi aku adalah tuntutan agama dan sunat mua'kad hukumnya...Nabi pernah mewasiatkan bahawa 'ikutlah sunnah nya, dan salah satu daripadanya ialah bernikah'. So bagi sesiapa yang tak ada niat langsung nak kahwin tu, something wrong la tu pada diri sendiri dan agama nya. Kahwin bagi aku memang best kot, tapi yang tak best belanja kahwin...Kenapa la banyak sangat sampai memerluk...

Kenali Diri Anda...

Pernahkah anda mengenali diri anda? Sampai tahap apa you all kenali diri sendiri? Adakah benar anda mengenali diri anda atau hanya tersedar apabila diberitahu oleh seseorang tentang anda? Mengapa kita perlu mengenali diri sendiri? Sejauh mana kemampuan kita untuk mengenali diri sendiri? Adakah benar sesiapa yang tidak mengenali diri sendiri dikira orang yang mampu membuat kejutan untuk diri sendiri? Dah 27 tahun hidup, aku rasa gabungan nostalgia, enigma hidup bercerita kugiran jiwa sendiri, dan mentaliti kenali kehidupan semasa banyak menyumbang tahap kebatinan diri aku dalam mengenali kehidupan diri sendiri tetapi masih belum tercapai sasaran atau kehendak diri yang mahukan lebih dari itu. kesimpulan ayat nya, aku masih tak paham siapa diri aku...Huhuhuhuhu. Bukan aku jer yang tak paham, kadang2 orang lain pun tak paham. Mana tak nya kadang2 aku ok, kadang2a tak ok, kadang2 selalu bantu orang, tapi selalu nya tak bantu pun, kadang2 egois, tamak, suka bangga diri tetapi kadang2 tunduk...

Lepak-melepak...uitm & aku- night version

Jarang benor aku dapat calling dari geng budak jahat uitm (2000-2003) di suruh ajak lepak. ada la dalam setahun 3-4 kali dapat lepak ramai-ramai sekitar shah alam. Dulu-dulu masa zaman remaja boleh la lepak kat karaoke ke, turun key all (selalu uptoen damansara utama la) ke sampai ke larut pagi. Sekarang semua dah berubah. Ramai yang dah kahwin dan beranak pinak, kecuali aku...so terpaksa la lepak kat tempat yang mudah jumpa and kali ni kat kopitiam Li di shah alam seksyen 7. Majlis lepaking ditaja oleh inspektor jsj cheras cilabai. Majlis ini juga dihadiri oleh ciklias (tokey travel egency trg), jebeng (consultant team building), aku (macai govt), cupu (jaga indon kerja), kongo (uitm maintenance), sikodeng (tokey advertisement), and junior2 uitm yang aku tak kenal. Aturcara macam biasa sembang-sembang kosong sambil makan free and cerita perkara2 pelik yang berlaku 9 tahun lepas antara kami semua. Kadang2 bila jumpa2 macam ni, teringat la nostalgia baru masuk uitm dulu, and masa melalu...

PPSMI...What the hell Pm'

Sedih, pilu, resah, marah dan geram. Apa masalahnya diberhentikan pembelajaran sains & matematik dalam bahasa inggeris? Mana la letak otak-otak udang orang politik dalam menilai program hebat yang direka khas zaman pentadbiran chedet dulu tahun 2002. Tak sedarkah mangkuk hayun semua ni bahawa langkah yang diambil hanya langkah terkebelakang kerajaan? kat mana ahli akademik yang menyokong PPSMI suatu ketika dahulu?Uitm, USM, UM, Unitar and banyak lagi IPT yang menyokong PPSMI suatu ketika dahulu dengan objektif mudahnya untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa inggeris sebagai persedian integrasi menguasai ilmu alam dan manusia (rampaian sains) pada masa hadapan. Adakah objektif ini sejak 2002 telah tersasar atau tiada kemajuan langsung? Perlu kita toleh disudut tersembunyi mengapa PPSMI dilobi untuk dimansuh padahal telah terbukti berjaya memartabatkan institusi pendidikan negara sejak 50, 60 & 70 an. PPSMI bukan benda baru, mak ayah kita kebanyakannya belajar dalam b...

Information Overload at TMC

Image
"Mana nak letak fail-fail aku ni?". Almari dah penuh, space ofis dah takder, yang aku nampak tong sampah besar. kalau ikutkan hati dah lama aku campak semua fail dalam tong sampah and buang dalam lombong. tapi apa kan daya, semua harta-harta ni milik kerajaan yang kalau dikutkan akta rasmi arkib negara, layak digelar dokumen tak aktif. So boleh di asingkan dan dibuang atau dilupuskan dalam masa 10 tahun, 25 tahun, atau sebagainya mengikut kesesuaian keadaan. Masalah information overload kat ofis aku TMC semakin kritikal kerana tiadanya pegawai bertauliah mengenai pengurusan rekod yang dapat manage all file secara international standard dan pengaruh paper yang digunapakai banyak menyusahkan dari segi pentadbiran untuk retrieve data serta maklumat that what they storage. Dalam hal ini, tak hairanla pada tahun 2007 kerajaan membuat polisi bahawa sesuatu jabatan kerajaan dimestikan mempuny seorang Pegawai Rekod sekurang-kurang nya untuk mengatasi masalah pengurusan maklumat ini...

Mengapa Kita Perlu Bersatu?

Sejak kebelakangan ini, selalu kita lihat kepincangan antara umat islam didunia amnya, dan di malaysia orang melayu islam khasnya. Mengapa ianya sering terjadi tatkala kita diancam oleh pelbagai elemen seperti, masalah ekonomi yang mungkin berlarutan hingga 2015, masalah sosio-budaya yang menunjukkan tahap kematangan manusia sudah setaraf seperti binatang, masalah politik dunia yang pelbagai ragam iaitu dari kapitalis hinggalah ke kumpulan radiakal islam, masalah pemanasan global dan juga jati diri manusia yang sidah tiada hala tuju dan mementingkan diri sendiri. Di Malaysia, Mengapa kita Perlu Bersatu berdasarkan fakta tadi? Lu pikirla sendiri

Orang Kahwin

Hati resah, gelisah, gulana, cemas semua nya ada. Apakan daya rakan sorang demi sorang tewas dalam memperjuangkan alam bujang mereka. Huhuhuhuhu. Tinggallah aku and beberapa lagi yang belum kawin ni menghitung hari, dan tragedi untuk membina alam rumah tangga. Tapi bila erk?Huhuhuhu start cuti sekolah lepas, berduyun-duyun sms, kad jemputan, and calling samada dari kawan, family atau musuh menjemput ke walimatul urus mereka. Memang la nampak cam biasa tapi bila pikir balik, huhuhuhu tertekan jugak hati nih. maklumlah ada setengan tu anak dah masuk 3 orang. Aku habuk pun takder lagi.

Desaru

Terlalu lama bangat aku tak update kurikendi sampai dah naik berkulat. Takperla because takder siapa pun yang baca kecuali aku, and beberapa orang member aku yang tak sampai 10 orang yang baca kurikendi secara konsisten. Bukan malas nak update tapi maklumlah kerja outstation sampai berbulan-bulan ni buatkan aku takda masa nak tengok internet. Apatah lagi nak layan blog. apatah lagi kalau kita dicampakkan bekerja kat tengah-tengah belantara atau penghujung dunia macam desaru. Huhuhuhuhu. Aku and staff berkampung kat desaru lebih kurang 2 bulan, Facility kat sini memang ada macam dobi, internet, rekreasi and macam-macam lagi tapi tak macam diharapkan. Tapi apakandaya terima jerlah segalanya dengan pasrah. Masa kecik-kecik dulu selalu jer orang cakap pasal desaru. Pasal pantainya bersih, keindahan memukau, dan tempat peranginan paling berprestige paling selatan tanah air. Memang pun semuanya betul, tapi kerajaan perlu lakukan sesuatu terhadap bandar yang paling dekat dengannya iaitu Ban...

What the hell

Akhirnya aku bebas dari belenggu buku selama 2 bulan mulai harinih....huhuhuhu baru sem satu dah kecoh...belum lagi last sem...kuikuikuikui

Welcome back che det & Najib

Image
Semalam berita paling best secara peribadi aku ialah kepulangan che det ke gelanggang UMNO. Ramai melayu yang membenci beliau tetapi percayalah, kebencian anda semua tidak dapat menyanggah bahawa beliau seorang negarawan bukan sahaja di Malaysia tetapi bagi negara ketiga juga dan negara-negara islam. Aku banyak membaca buku beliau dan dapati konsep penyuburan islam yang dibawa beliau sangat unik dengan menekankan pencapaian teknologi supaya islam dipandang tinggi oleh masyarakat dunia. Umum diketahui bahawa hubungannya bersama najib sangat rapat, malah menjadi anak emas semasa pemerintahan che det. Mungkin kerana rasa terhutang budi che det kepada bapa najib, perdana menteri kedua yang membawa nya semula masuk ke dalam UMNO dan menjadi seorang rejim yang memakmurkan malaysia sesudah itu. Rentetan menjadikan najib orang paling muda bergelar menteri besar pahang dan juga ahli kabinet paling muda dan agresif, che det menganggap hinaan terhadap najib yang sering dipandang serong oleh peba...

Indahnya Pulau Tioman

Image
Menakjubkan, ada lagi rupanya tempat kat bumi malaysia ni yang cantik dan amat mempersonakan. Sementara bekerja di Mersing, sempat juga aku singgah ke tioman dan terperancat kerana tak macam pulau langkawi mahupun pangkor. 95% penuh hutan dan tiada pembangunan pelancongan dan infrastruktur yang baik dari kerajaan. namun kebaikan nya, tioman ini terpelihara dengan baik dan sesuai bagi sesiapa yang cintakan kehidupan laut kerana aktiviti scuba sangat popular disini.

CHINA.....CHINA....CHINA

Image
Negara China, dulu rakyatnya hanya pakai cangkul untuk menyara keluarga, ke tempat kerja menaiki basikal samada petani, mahupun doktor, gaji ko, gaji aku juga, semua sama kerana berkonsep adik beradik. Pelik tapi benar.tapi itulah hakikat sepanjang pemerintahan komunis tertutup sejak zaman revolusi sehingga 70an. Kini dengan mengekalkan konsep komunis tetapi berkonsep ekonomi terbuka, china lebih maju dari malaysia sekarang 10 tahun terkehadapan. Dengan populasi penduduk hampir 2 bilion, peranan pemerintah sangat berkesan dengan mengamalkan pendidikan dan kesihatan percuma dan juga sisitem pengangkutan paling mantap antara di dunia. Kini China memmang gagah samada sistem pertahanan, penjelajahan angkasa, bandaraya moden, dan juga nilai sejarah yang tinggi menjadi inspirasi China moden yang berdaya maju. Tapi kat Malaysia yang tercinta ini, kenapa masyarakat melayu susah benar nak bekerja seperti china yang mengamalkan kerja 7 eleven. Marilah kita renungkan bersama.

Pening!!! Ratib Seorang Pelajar Part Time

Pening dibuatnya, assignment semua reject kena buat balik."redo" kata professor aku. Kerja opis berlambak pending. Lepastu kena kerja luar, outstation 2 bulan. Camana pulak la nak handle test yang bakal menjelang tiba.Title takder lagi untuk final coursework. Bila la nak start carik title yang ntah apa ntah aku pun tak paham apakebenda yang aku belajar sampai sekarang? huhuhuhu, aku akan bertambah pening... dan pening...

PALESTIN OH PALESTIN...

Naik meluat pun ada bila Palestin kena bom dengan israel laknatullah, mana tak meluat, punya banyak negara islam bangsa arab di keliling palestin, satu negara pun takder telor nak serang balas israel yang wilayah nya hanya sekangkang kera. Hanya pertubuhan-pertubuhan jihad di labenon dan di palestin sahaja yang mampu menyerang balas dengan roket-roket yang tak seberapa canggih. Kat mana orang islam yang sibuk-sibuk simpati keatas israel? Cukup ker simpati dengan hanya menghulur duit tanda simpati didada akhbar saban hari yang tujuan utamanya hanya publisiti dan juga untuk pelepasan cukai semata. Macam mana nak tolong kalau orang islam palestin sesama sendiri bergaduh terutama hamas dan fatah. Patut dalam situasi sekarang semua orang islam bersatu, bukan bersekutu dengan kafir laknatullah. patutla sebahagian besar nabi dan rasul diturunkan khas untuk orang arab dan sebahagiannya pula khas utuk arab yahudi. sebab apa? sebab kedegilan sejak dulu lagi, sikap ego dan juga tamak menguasai d...

Selamat datang Buku dan Cikgu 2009

Hari pertama masuk belajar secara rasmi seminar pertama penuh drama Master of Science in Information Management. Gila babi jugak la mata bila tengok assignment yang ntah apa-apa aku tak paham. Rasa menyesal pun ada tapi tak guna kerana aku bukan pengecut pun nak harungi semua nih, sesuai dengan gelaran mr.cool yang diberi zaman yakuza dulu, aku tetap harungi dengan tabah dan cool. Master aku ambil ni jenis by coursework, so memang la banyak kerja yang kena nak buat. Disiplin mesti ada walaupun i'm very poor about dicipline.Tak macam study by research yang very independent but still tought. Balik dari seminar petang tadi, badan dah mula goyang, pening jangan cakap la...panadol memang sentiasa dalam bag untuk ditelan. Baru aku rasa camana perit nya nak memulakan perjalanan seorang pelajar bertaraf MASTER ni. Aku dah mula rasa perit camana aku nak handle kerja azali aku kat hospital tu yang sentiasa outstation ke felda-felda chikukunya, camana pulak aku nak handle kerja-kerja kursus ...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009

Tahun baru telah membuka tirai, cabaran telahpun mengintai, jiwa telahpun bersedia melawan arus cabaran yang semakin mengilai. Adakah berjaya seperti tahun- tahun yang lepas atau lebih berjaya? kita tunggu dan lihat kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009. -Nazeri & keluarga-