Monday, October 27, 2008

Seloka...Epilog Salam Eid fitri...episod akhir

Pejam celik...pejam celik dah sebulan berhari raya. Ada yang gembira tak kalah juga yang berduka. Yang gembira kerana berjaya menyambut dengan kesyukuran, yang tak gembira kerana menyambut dengan hutang-piutang. Sang koperasi dan bank berjela-jela membuat tawaran. Senyumlah seketika sang peminjam untuk sebulan tiga. Bukan mencaci dan menghina, kaum melayu si banyak angkara...suka bermegah walau berduka, tak sedar dek gaji yang tak semana.
Puasa sebulan ibadah terbaik sepanjang zaman, berakhir dengan penuh kejayaan. Puasa enam pelengkap ketaqwaan, bagi mengubat rasa kerinduan. Open house bersilih ganti, perut boroi sentiasa menanti. Ada yang pergi, ada pula yang kirim ganti...namun tetap disambut dengan berlebihan. Bukan cemburu atau benci, sekadar pengigat untuk generasi. Adakah ini yang dikata rezeki?
Orang buat ketupat pakai daun kelapa muda, ada juga pakai sabut kelapa. Tapi jangan tergadai iman dan juga agama. Resepsi iman sukar disewa beli, oleh iburaya , bapa tak mungkin di turun ganti...tambah nilai iman diberi di syawal yang mulia ini. Semoga selamat dunia akhirat.
Semoga berjumpa dilain hari, buat pelengkap santai tauladan. jangan difikir dosa semalam...cubalah pikirkan pahala esoknya. Selamat hari raya, maaf zahir & Batin
-nazeri alsubangi-