Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Hari ini 1 Muharram 1433, hari pertama dalam kelendar islam bagi 1433 hijriyi. Pada kebanyakan orang, inilah masanya untuk memasang niat atau revise niat tahun lepas sama ada tercapai atau tidak dan memasang target baru. Bagi aku yang berkelana ini, tahun 1432 adalah tahun bermakna bagi aku kerana pada tahun ini aku berjaya menghabiskan pengajian aku walaupun pernah tergelincir sedikit. Alhamdulillah semuanya telah berjaya diharungi dengan baik dan bersyukur kerana bukan senang kerjaya berkelana macam aku boleh bagi komitmen pada pelajaran. Pada 1432 juga ibu bapaku semakin sihat dan kami sekeluarga boleh dikatakan kembali ke rutin harian seperti biasa.

Anti-establish, mungkin itulah ungkapan sesuai bagi aku sejak dulu. Relevancy nya pada tahun baru ini, aku inginkan anjakan paradigma dalam hidup aku. Memang ada beberapa perkara perlu dilakukan pada tahun baru ini, perkara yang agak besar dan perlukan penelitian yang baik seperti rumahtangga dan pekerjaan. 2 perkara ini sudah mula berlegar difikiran aku sejak tahun lepas tetapi aku ketepikan dulu bagi memberi ruang untuk aku menghabiskan pengajian aku yang terbengkalai.

Perkahwinan memang perlu dalam islam, tetapi bagaimana kita membina institusi itu sangat penting untuk diperhalusi dan pelajari dari masa kesemasa. Aspek kerohanian serta budi bicara yang tinggi amat perlu dalam perkahwinan dan itulah yang aku sedang pelajari sekarang. Bukan tidak mahu berkahwin awal tetapi aku tahu tahap peribadi aku yang sentiasa negative dan perlu penyesuaian yang berpanjangan. Mungkin 1433 tahun yang sesuai kearah itu. Amin.

Perkerjaan pula adalah satu istilah subjektif bagi aku. Walaupun aku tak memilih kerja tetapi aku amat gemarkan cabaran- cabaran baru. Jika aku rasa tidak ada cabaran pada tempat tersebut dan tempat aku semakin selesa, aku akan mula memikirkan cabaran baru ditempat lain pula. Ironinya tak ramai orang berpikiran seperti aku. Memang ramai yang sukakan kedudukan dan tempat yang selesa dalam pekerjaan, tetapi aku lebih sukakan cabaran supaya diri ini dapat dimotivasikan secara berkekalan. Tempat kerja sekarang bagi aku adalah terbaik pernah aku berkhidmat tetapi mungkin diluar sana ada lagi kerja dan cabaran yang perlu disahut. Mungkin 1433 adalah tahun terbaik kearah itu.

Semoga tahun baru memberi impak kepada kita semua, salam maal Hijrah 1433.

Sunday, November 6, 2011

Salam AidulAdha 1432H



Salam hariraya dari saya sekeluarga, alhamdulillah tahun ni rezeki lebih sedikit, dah memang ada niat untuk mengerjakan ibadah korban pada tahun ini. Untuk satu bahagian pada tahun ini RM380.00. semoga dengan ibadah korban ini membuatkan diri bertambah beriman, bertawaduk serta dimurahkan rezeki. Tidak lupa pada yang memerlukan, semoga daging2 korban serata dunia dapat diagihkan terutama pada golongan- golongan yang amat memerlukan iaitu fakir miskin, anak- anak yatim, dan sesiapa sahaja berstatus umat islam.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Thursday, October 6, 2011

Fire Drill Exercise

Harini ofis aku ada mengadakan latihan kebakaran anjuran Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan PPUKM. Banyak manfaat yang diperoleh darip
ada program ini antara nya langkah- langkah persediaan dan perlaksanaan apabila kebakaran bermula serta cara- cara penggunaan alat pemadam api (fire estinguisher) dengan berkesan dan betul. Taklimat yang diberi juga tertumpu pada jenis penggunaan fire estinguisher dan tempoh keberkesanan nya apabila disimpan.

Aku sempat pergi program taklimat dan juga penggunaan fire estinguisher sahaja, apabila sesi fire drill, aku tak sempat nak join sebab ada kerja luar pula. Tetapi dari maklum balas rakan lain, fire drill exercise di ofis aku kali ni berjalan lancar dan berjaya. Berikut gambar- gambar yang sempat aku rakamkan.;-

Friday, June 17, 2011

Kasih Sayang Tanpa Kejujuran

Badai ombak kadang- kadang tak la terlalu tinggi, tapi selalunya membuat orang nya terjatuh. Lumrah dalam perhubungan, ada yang jernih, ada yang kelam..tapi semuanya bergantung pada keadaan dan diri sendiri. Kalau takut dibadai ombak, jangan berumah ditepian pantai. Naluri hidup berkasih kadang- kadang terlalu tajam sampai menyengat hati. Di paut indah sekian lama akhirnya berlubang juga di liku- liku jalan yang begitu jauh. Salah siapa? Mungkin diri sendiri, tapi kalau takut dengan liku- liku tersebut, mengapa perlu berkasih? Jangan salahkan sesiapa kalau ianya terjadi pada diri sendiri. Jiwa yang kental belum tentu dapat tempuhi jalan sebegitu perit. Perit di hati, perit di jiwa, perit di sanubari insan yang berstatus khalifah. Jiwa dituntut untuk berkasih sayang, jiwa juga diajar untuk menerima kasih sayang, sehitam mana hati seorang manusia, kasih sayang tetap wujud, tali cinta tetap bersemi. Kalau itulah jodoh, dekatkan aku. Kalau ianya hanya halusi, berlalu lah ia pergi. Pergi sebagai badai menghempas lautan. Jatuh, sakit, dan perit.

- kurikendi-

Pengurusan yang tak Terurus.

Kadang- kadang manusia lupa, betapa indahnya ciptaan Allah. Ada dilahirkan baik, jahat, terurus, mengurus, pengurus, dan tak kalah juga yang diurus. Bukan semua dilahirkan menjadi pengurus, kaum adam dilahirkan untuk menjadi pengurus, tapi bukan semua yang capai tahap begitu. Kaum adam boleh mengurus rumah tangga, dan kaum hawa boleh menjadi penolong kaum adam untuk mengurus. Semuanya cantik sehinggalah istilah queen control, house captain, dan pelbagai lagi keluar menunjukkan kaum hawa telah mengambil alih peranan tersebut. Melanggar hukum, tapi realiti. Nak salah kan siapa?sistem?sistem tak pernah silap…yang silap ialah manusia. Kalau hukum dapat berkata- kata,biarlah ia berlalu sebagai degilan manusia. Indah ciptaan hukum manusia, hanya jauhari mengenal manikam.

Monday, May 2, 2011

Perang Jihad…Armarhum Syahid Osama Bin Laden

1 Mei 2011 detik hitam bagi dunia islam apabila seorang lagi tokoh pejuang jihad islam terkorban dalam satu pertempuran di Afganistan. Dalam 9 tahun sejak tragedi 11 September 2001 WTC, sudah beberapa kali dunia dikhabarkan bahawa Osama Laden terbunuh namun tiada bukti diberikan. Namun kali ini, jasad Osama dan 3 yang lain telah dibawa oleh CIA untuk dijadikan bukti dan ianya telah disahkan oleh tulin ole Jabatan Keselamatn Amerika Syarikat. Tragedi ini memberi kesan yang amat besar kepada dunia islam khususnya rangkaian Al-Qaeda yang memperjuangkan jihad diseata dunia terutama di Afghanistan, Pakistan, dan juga beberapa negara di Asia tenggara.

Pembunuhan terancang oleh tentera salib Amerika laknatullah ini memberi gambaran jelas bahawa perang salib bakal dilancarkan secara besar- besaran dan pergolakan di dunia- dunia arab diambil kesempatan oleh syaitan-syaitan ini untuk menduduki bumi arab secara berperingkat- peringkat. Ini dapat dilihat pada siri pembunuhan keluarga pemimpin Libya, Muammar Gadaffi yang menerima tamparan hebat pada tarikh yang sama Osama dibunuh apabila anak serta cucu- cucu nya terbunuh dalam serangan tentera salib NATO di Tripoli.

Yang nyata, siri- siri serangan ini telah disambut meriah dibumi Uncle Sam oleh rakyat- rakyatnya dan sekaligus menunjukkan keegoan serta kebongkakan para pemimpinnya yang diketuai oleh Barack Hussein Obama. Kejayaan Obama dalam pembunuhan terancang ini amat diperlukan bagi popularity serta untuk dipilih semula menjadi Presiden pada tahun hadapan.

Seperyi biasa, dunia islam terus membisu..dunia arab terus terlena..saudara islam lain terus terngaga. Semuanya sedap tidur di bilik aircond, sedap makan makanan yang lazat, sedap pakai pakaian yang mewah, dan sedap hidup dalam suasana yang mewah tanpa pedulikan dunia islam yang main kecundang.

InsyaAllah, dunia islam pasti bangkit, perang salib pasti akan kita menangi. Termaktub dalam al-quran, era kegelapan islam akan berlalu jua dan datangnya keinsafan dan ketaqwaan. Innalillah Wainna Ilahirajiun.

Wasalam

Sunday, March 20, 2011

Cameron Highland


Baru- baru ini aku berkesempatan ke Cameron Highland, Pahang, antara salah satu tempat percutian terbaik di Malaysia. Sejak kebelakangan ini, destinasi tanah tinggi menjadi pilihan aku untuk berkunjung memandangkan aku suka benda yang sejuk- sejuk, huhuhuhu. Seingat aku, ini kali ke-3 menjejak kan kaki ke Cameron Highland dan kali ni tak sempat nak jelajah ke semua tempat- tempat menarik yang ada dalam carta tempat yang patut dikunjungi memandangkan peruntukan waktu yang singkat iaitu sehari.

Seperti biasa ladang teh menjadi tempat wajib untuk dikunjungi bila datang ke Cameron Highland. Kali ni aku ke Boh Estate. Sempat jugak la tengok proses buat teh kat kilang teh. Owner ladang ni orang India dan berasal dari India. Kemudian tempat wajib kedua ialah ladang strawberry. Terdapat banyak ladang strawberry dan ladang strawbeery yang aku pergi ni antara yang terkenal iaitu Big Red Strawberry Farm yang terletak di Tanah Rata. Owner still orang India, kaya orang India kat Cameron ni rupanya. Kat sini sempat pekena aiskrim goreng. Mantap dan santai tempatnya. Ada lagi satu tempat iaitu Healthy Strawberry Farm. Kat sinilah tempat aku beli strawberry untuk dibawa balik.

Sebelum balik sempat gak singgah di pasar Tanah Rata. Kat pasar ni banyak produk cameron seperti sayur, strawberry, dan produk pasar biasa lain. Semua harga yang ditawarkan memang murah, lebih murah dari ladang dan semuanya fresh. Kalau nak diikutkan terdapat banyak lagi tempat yang menarik tak sempat nak pergi seperti taman rama- rama, bees farm, ladang bunga, cactus farm, dan lain- lain lagi. Aku memang plan untuk datang lagi untuk misi balas dendam dan kali ni nak stay lama sikit.

Sekali lagi bagi pendapat aku, tempat perlancongan di Malaysia masih relevan untuk dikunjungi terutama bagi tempat peranginan tanah tinggi. Pihak kerajaan harus membuat sesuatu agar tempat- tempat ini terus dipromosikan sebagai tempat warisan perlancongan yang berpotensi menjana ekonomi rakyat dan negara. Prasarana serta kemudahan seperti jalanraya harus di naik taraf bagi kemudahan pengunjung di masa akan datang. Sudah sampai masanya Cameron Highland bergerak lebih agresif dan usaha menajadi kawasan ini berautonomi seperti Genting Highland perlu dilakukan segera untuk melihat kawasan ini lebih maju pada masa akan datang dan dikenali oleh perlancong asing.


Friday, January 28, 2011

Bye-bye Sabah…







Selama 2 bulan berada di Tawau, Sabah, nov 10- jan 2011. Apa yang dapat aku katakan bagi ekspidisi ke-3 aku bekerja di Sabah tahun ini ialah Sabah memang best. Terdapat kecenderongan untuk aku kembali semula di Sabah pada masa akan datang bersama teman- teman mahupun keluarga untuk melancong. Sabah negeri dibawah bayu sesuai sebagai tempat menghabiskan cuti beristirehat dan juga pusat membeli belah tempatan bagi kategori kraf. Tempat yang menarik sebelum ini tak tercapai dek akal membuat aku tertanya, mengapa orang tidak tertarik melancong di dalam Malaysia? Mengapa harus ke Bali, Hatyai, gold coast, or whatever sedangkan prestage pelancongan di Sabah amat tinggi kerana terdapat tempat- tempat yang amat menarik berkatagori ‘Heritage World’ disini. Jika sebelum ini bekesempatan menikmati keindahan Kota Kinabalu, Keningau, dan Ranau. Kini berkesempatan pula untuk mendiami bumi Tawau, dan berkunjung ke semporna. Umum ketahui faktor geografi bagi daerah Tawau yang terletak berhampiran negara jiran Indonesia (berenang pun sampai) dan juga dikelilingi dengan bukit membuatkan daerah bekas jajahan Sultan Sulu ini membangun dari segi agro-pelancongan, perikanan, koko, dan juga kraftangan yang sebahagian diambil dari negara jiran Filipin dan Indonesia. Bagi perempuan, Pasar gantung atau centre market dan juga pasar Tanjung menjadi tempat menghabiskan duit.

Sepanjang berada di Tawau, selain Pasar Tanjung dan Gantung, antara tempat yang berjaya dikunjungi ialah Bukit Gemuk, kat sini sampai gate depan jer sebab guard yang jaga gate tido. Dua kali pergi, dua kali balik. Orang tempatan kata ada hari- hari tertentu gate akan dibuka untuk orang ramai masuk. Bayaran dikenakan, tak tau berapa RM. Tempat lain ialah Taman Bukit Tawau, bayaran masuk Rm3. Kat sini ada air terjun yang cantik tetapi ditutup untuk orang ramai kerana bahaya, dapat mandi sungainya pun cukupla, disini aku berjaya sampai ke`Pokok Tropika Tertinggi Didunia’. Puasa hati aku masa ni, tapi nak panjat bukit, tuhan saja yang tahu. Sini juga ada pantai, so kalau rajin, boleh la berjoging. Selain itu terdapat banyak gua disini, tetapi aku sempat ke gua madai yang terkenal dengan indistri sarang burung. Aku kat sini siap panjang gua lagi, gila babi la susah rupanya panjat gua ni.

Sebelum pulang ke semenanjung, sempat juga aku berkunjung ke Semporna. Kat sini aku naik bot ke Pulau Mabul. Tempat percutian aku paling superb setakat ni. Menginap di Pulau Mabul memberi banyak makna tentang keindahan dan tempat ni betul- betul tenang. Bagi kaki dive dan juga snorkeling, tempat ini amat mantap untuk dikunjungi. Tempat ni juga adalah transit untuk sesiapa berhajat ke Sipadan- Kipalai. Semoga dapat lagi peluang ke tempat- tempat sebegini dimasa akan datang didalam ekspedisi kerja aku akan datang.

-adios-


Saturday, January 1, 2011

Kebangkitan bola sepak Negara


Terharu dan rasa gundah gulana pun ada. Terharu kerana Malaysia menang buat pertama kali piala keagungan asia tenggara, piala AFF Suzuki (dulu dikenali piala tiger) dan gundah gulana kerana mampukah Malaysia meneruskan rentak dan momentum untuk menjadi jaguh di Asia tenggara bagi tempoh yang lama? Jika dilihat aspek pembangunan bola sepak kini, sudah ada ramai pelapis yang begitu berkualiti meningkat naik hasil gilapan dari sekolah sukan-sukan seluruh negara mahupun dari persatuab bola sepak negeri. Sambil dibantu oleh fasiliti sukan yang baik serta kecenderungan menggunakan kudrat tempatan, Malaysia mempunyai formula sendiri bergelar juara asia tenggara dalam tempoh 3 tahun kebangkitannya. Bermula dari juara pesta bola merdeka 2007, pingat emas sukan sea 2009, serta terbaru juara asia tenggara 2010. Semua sudah dirasai, sekarang masa untuk menambah baikan apa yang ada iaitu mencari pemain- pemain baru yang berkualiti terutama posisi penyerang bagi memantapkan pasukan malaysia bagi 10 tahun akan datang. Bola sepak seperti roda, kita tak semestinya sentiasa diatas, boleh dilihat pasukan Thailand dan juga vietnam yang tersungkur walaupun mereka memang gah bagi tempah yang agak lama. Kini Filipina mengikut jejak Malaysia menggunakan tenaga muda dan hasilnya mereka berjaya ke separuh akhir sebelum tumbang di tangan Indonesia.

Dah lama tak merasai kehangatan bola sepak Malaysia, tetapi malam penentuan di Bukit Jalil menunjukkan Malaysia sebenarnya mempunyai penyokong fanatik yang agak kuat serta disiplin yang tinggi berbanding penyokong Indonesia yang rata- rata nya adalah tidak bermoral seperti dikatakan oleh Safie Salie. Apa yang penting sekarang, jatuh bangun nya bola sepak tempatan harus ditunjangi oleh peminat yang perlu menyokong pasukan Malaysia dan pihak FAM perlu menunjukkan sedikit minat untuk menghargai penyokong- penyokong bola sepak negara ini. Jauhilah politik sempit yang telah menghancurkan bola sepak tempatan bagi tempoh 2 dekad dan realistiklah bahawa apa yang ada sekarang mampu kita jaga bagi tempoh yang agak lama kerana mempertahankan kejuaraan yang dimiliki lebih sukar dari memperolehnya.

Apapun syabas Malaysia. Semoga tahun baru memberi semangat baru bagi semua. Selamat tahun baru 2011.