Sunday, December 2, 2012

Kenduri AFF 2012...

2 tahun telah berlalu, memori sebagai juara bola sepak bagi Benua Asia tenggara sang 'Harimau Malaya' terpalit lagi. Kini sang juara kembali untuk mengukir satu lagi sejarah bola sepak tanah air. Kali ini berbeza episod dengan pasukan Malaysia turun untuk mengekalkan gelaran Juara bagi kejohanan keramat asia tenggara ini. Apa yang pasti Skuad kendalian Rajagopal pasti sedikit menggelabah setelah aksi tidak konsisten bagi beberapa sesi perlawanan persahabatan yang tidak banyak berpihak pada skuad Malaysia.

Skuad ini bukannya tempang, tetapi memerlukan masa yang banyak untuk  membentuk persefahaman di atas padang. Ini realiti dalam bola sepak, Coach selalu menjadi sasaran bagi prestasi setiap pasukan dan bukannya pemain. Kenapa tak salahkan pemain apabila kalah? jawapannya senang je...tugas Coach selain memilih pemain adalah memastikan peranan yang sesuai bagi setiap pemain di atas padang mengikut rentak karaktor pemain semasa. Dalam ayat lain bermakna, tak semestinya seorang striker diturunkan menjadi striker dan tak semestinya midfield diturunkan menjadi midfield. Begitulah sedikit perumpamaan nya.

Dunia bola sepak sudah berubah, Selain skill individu, kecanggihan teknologi membina manusia yang sentisa pantas dan bijak adalah perkara amat penting dalam dunia bola sepak.Di Eropah, ini perkara asas untuk menjadi pemain bola sepak. Pengukuran prestasi diukur melalui berapa laju dan pastas mereka di padang selain berapa tajam otak mereka berfikir untuk mengawal bola dan menjaringkan gol. Anda boleh saksikan semua jenis kejuruteraan manusia ini setiap minggu dalam kancah EPL misalnya. Namun semua ini bukan mudah, ianya perlu dibayar dengan kos yang tinggi. Hanya kelab- kelab berkemampuan sahaja mampu membina peribadi manusia yang hebat diatas padang.


Oleh itu mentaliti para penyokong perlu berubah, Kita kena akui bahawa Malaysia memang ramai pemain berbakat tetapi kejuruteraan manusia untuk membina seorang manusia sebagai pemain berkualiti masih jauh kebelakang. Dalam konteks kesinabungan kecemerlangan dalam sesebuah pasukan menjadi sukar kerana faktor ini, hasilnya pasukan negara tidak konsisten dalam mencetak kemenangan. Kejurteraan manusia diakui boleh menstabilkan polar kehebatan Harimau Malaya ddi asia tenggara, malah boleh hingga peringgat seterusnya. pelbagai pihak perlu tampil untuk membantu FAM dalam memajukan industri ini. Sekarang terlalu banyak Universiti menawarkan kursusu sains sukan tetapi masih tidak lagi digunapakai secara optimum di arena- arena sukan tanah air. Inilah yang perlu kita ubah bagi merealisasikan doa kebanyakan rakyat Malaysia bagi kehebatan Harimau Malaya di pentas Dunia.