Sunday, July 20, 2008

KAHWIN...Realisasi Agama!!!!

Kahwin adalah dituntut oleh agama terutama Islam bagi membiakkan umat Adam dimuka bumi ini secara sah. Apa yang perlu ditonjolkan dalam perkahwinan adalah sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain, dan bantu membantu disamping menjaga hak masing-masing didalam kehidupan seharian. Apa yang sering berlaku ketika ini adalah sebaliknya malah ada yang lebih teruk dari kehidupan binatang dimana isteri dicerai ketika hamil, bernikah hanya 10 hari, dan pelbagai lagi. kegagalan menjaga kualiti didalam kehidupan berumah tangga amat kritikal dimasa kini malah sesetengah perkahwinan boleh dilihat hanya untuk kepuasan peribadi bukannya kerana ibadah dan niat kerana Allah.
Perubahan kehidupan ke era teknologi banyak mempengaruhi masyarakat kini dalam pergaulan, perniagaan, pembelajaran mahupun teman sosial. Dalam segmen perkahwinan, tak kurang hebatnya mencari jodoh melalui chatting, forum-forum dan lain-lain bagi sesiapa yang agak sukar bergaul secara konvensional. Pemilihan dalam tatacara persahabatan seterusnya ke jinjang pelamin amat popular masa kini dan menjadi alternatif terutama di negara-negara maju seperti Jepun dan juga Singapura yang puratanya memilih Internet sebagai jalan penyelesaian mencari jodoh. Namun di negara membangun di Malaysia, ramai yang menyalahgunakan kemudahan ini dengan menipu daya pasangan masing-masing melalui perkenalan Internet dan juga Khidmat SMS maka terjadilah kes-kes seperti rogol, melarikan anak dara orang dan sebagainya. Agak menakjubkan baru berkenalan 2 minggu diInternet, sanggup ikut pasangan ke mana-mana tanpa hala tuju.
Perkahwinan adalah satu rahmat dari Allah, tak seharusnya dijadikan sebagai sampel kehidupan duniawi semata-mata. Perlu dihiasi dengan keikhlasan agar keturunan dari perkahwinan itu suci dan menjadi keturunan yang berguna. Kebolehan berkomunikasi juga adalah kunci kebahagian dalam perkahwinan, namun kunci itu perlu di jaga dengan baik agar dapat menjalinkan satu istilah kehidupan yang normal dan berkualiti disisi agama. Selamat pengantin baru kepada semua pengantin-pengantin baru dan tak lupa kepada Abang aku yang telah melangsungkan perkahwinan pada bulan jun lepas. Semoga kekal hingga akhir hayat...so lepas ni turn aku la pulak huhuhuhuhu :-)