Thursday, October 9, 2014

Momentum sebuah kehidupan

Dizaman yang penuh mencabar ini, diri sentiasa kusut memikirkan apakah ada sinar untuk kesian hari- hari yang mendatang. Dibebani dengan pelbagai kerenah dunia dan masyarakat, mungkin nilai- nilai estetika yang dikecapi oleh orang- orang zaman dahulu hanya tinggal impian buat kita masyarakat sekarang dan akan datang. Apa yang kita impikan didalam kehidupan? Sebuah perjalanan singkat yang akhirnya semua orang tahu kemana destinasinya. Tatkala kita berlumba- lumba untuk mengapai sesuatu yang belum pasti, sehingga melupakan nilai- nilai kemanusian yang telah hilang di dalam sanubari kita. Adakah kita sedar? Polimik ini berlaku di sekeliling kita tanpa mengira siapa kah kita, pekerjaan apakah kita, semua hanya sebagai batu hiasan yang diletakkan di dalam bungkah- bungkah kecil yang tidak dapat dilihat oleh seseorang. Ke mana hilangnya harga diri?

Tatkala ini, hanya Allah tempat mengadu, tempat merayu, tempat memohon agar memberi keberkatan hidup seterusnya menurunkan rahmat keseluruh umatnya. Datanglah hajat itu edalam sanubari sekilian alam agar tebentuk ukhwan yang terpelihara anatara manusia dan Rabbulalamin.

Thursday, January 30, 2014

Tahun baru 2014...Cabaran

Setelah 30 hari berlalu, bermula lembaran baru tahun 2014 yang penuh cabaran dan dugaan, semoga ditabahkan usaha dan mendapat rahmat dari nya. Semoga dipanjangkan usia, dimurah rezeki, di berkati seisi keluarga. 

Dengan kaedah pentadbiran kerajaan yang pelik sekarang, dimohon rakyat semoga bersabar dan banyakkan berdoa semoga diberi terbaik dalam kehidupan.

AMIN