Thursday, December 31, 2009

Selamat tinggal 2009 & Welcome 2010

Banyak kenangan bakal menjadi sejarah sepanjang peristiwa 2009 ini. Ada yang manis ada yang pahit untuk dikenang, yang penting sudah dilalui dan menjadi iktibar dan pedoman dimasa hadapan. Antara perkara manis 2009 yang aku lalui seperti dapat naik pangkat, aku study dalam level master, anak buah aku bertambah, & hutang2 aku semakin langsai :-)....dan antara kenangan pahit pula seperti anak buah berkurangan :-( , kerja bertambah, ahali family keluar masuk hospital, & aku jual kereta kancil aku setelah 9 tahun huhuhuhu :-(... Semoga tahun 2010 yang bakal menjelma lagi beberapa jam lagi nih dapat memberi impak kepada diri dalam memastikan segala perancangan seperti bisnes, pelajaran, dan kerjaya bertambah cemerlang... Amin..

Happy New Year my family, officemate, classmate, and to all my friends..

Friday, December 18, 2009

1431H

Hari ni 1 Muharam 1431, detik permulaan, starting point, centre grid, detik perpindahan & penghijrahan untuk diri. Setiap tahun kita perbaharui azam dan jati diri, tetapi adakah kita buat post-mortem atas kejayaan azam kita yang lepas- lepas? Ada yang nak berenti merokok, ada yang nak kahwin, ada yang nak jadi baik, ada yang ingin menjadi sebaik- baik umat dan ada pulak yang tak mahu buat apa-apa azam.

Azam adalah penting sebagai garis panduan hidup dalam mencapai sesuatu. Orang yang tidak mempunyai azam akan lebih mudah lalai dalam mengubah diri dari orang yang berazam. Walaupun tidak mencapai sasaran sekurang- kurangnya dapat mengubah fikiran sesorang tentang objektif kehidupan mereka.

Bagi aku azam tetiap tahun tak perlu berubah, selagi azam yang lama tak capai sasaran...kita perlu teruskan tetapi dicampuri inti-inti baru dalam azam tersebut agar lebih segar sempena tahun baru. Selamat tahun baru kepada semua, diharap memberi sinar dan kemajuan terhadap diri, dan kehidupan.

Salam 1431H...

Friday, December 4, 2009

Pemilikan Rumah.....

Terlebih dahulu nak ucap selamat hari raya AidilAdha 1430, semoga pengorbanan kita pada agama diterima oleh Allah dan memanfaat sekalian alam. Tahun ni ada rezeki lebih sikit so aku buat korban jugak, cuma yang tak bestnya, hari raya ni aku demam berpanjangan akibat cuaca yang tak menentu ni. So aktiviti korban tak dapat la aku join bersama keluar yang lain seperti tahun lepas coz sibuk g klinik.
Akhir- akhir tahun atau penghujung tahun ni, nampak macam- macam promosi di dada- dada akhbar dan juga poster di sekelian tempat. sayugia mata amat terpesona dengan pakej- pakej hebat seperti diskaun dan rebat samada kereta, rumah, perabut, dan etc. Hati tertarik dengan iklan di akbar baru- baru ini mengenai kempen pemilikan rumah oleh WorlWide Holding yang membangunkan Subang Bestari. Hati terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut dan ternyata pakej yang disediakan amat menarik disamping harga yang berpatutan sesuai dengan penilaian kawasan berkenaan. hati meronta- ronta ingin memiliki salah satu pakej rumah tersebut sebagai persiapan aset akan datang dan sehingga kini sedang berusaha untuk mendapatkannya. Walaupun ini merupakan rumah kedua yang ingin dimiliki tetapi perasaan bagaikan seperti ingin membeli rumah pertama.
Rumah merupakan satu keperluan bagi setiap insan atau keluarga, belilah murah atau mahal macammana pun namun harga tetap dijamin naik sabun tahun menjadikannya amat popular dijadikan modal persaraan dimasa tua. Sebagai momentum industri negara, pemilikan rumah telah dijadikan kempen oleh kerajaan kerana tahu potensi dan kepentingannya sehingga pernah dijalankan kempen pemilikan rumah kedua. Ini bermakna kerajaan telah yakin, gabungan sumber kewangan individu dan juga keramahan industri perumahan negara dalam mengolah industri ini seperti mendatangkan keuntungan kepada semua pihak. Jadi gabungan ini menjadi inspirasi oleh kerajaan dan diperluaskan baru- baru ini melalui skim pemilikan PPRT yang diaptasi dari kerajaan Singapura dan United Kingdom. Ini bermakna semua rakyat ada hak untuk memiliki rumah sendiri sekurang- kurangnya sebagai hak asasi mereka.
Tatkala melepasi alam pembelajaran yang penuh penat, masuk pula alam kerja yang penuh pancaroba, arakian berlumba- lumba kebanyakan rakan membeli kereta dan harta- harta susut nilai yang lain. Mereka lupa yang sebenarnya rumah adalah yang uatama perlu dipikirkan selepas mendapat gaji pertama iaitu perlu menabung sikit demi sedikit khas untuk membeli rumah. Ramai pekerja dimalaysia tidak menyedari mereka tidak mempunyai objektif begini...mereka hanya memikir untuk bayaran kereta, bil- bil, keperluan parent, personal loan dan simpanan sedikit untuk kecemasan. Simpanan berupa saving & investment, dan juga rumah tidak difikirkan sama sekali dan ini amat membimbangkan kerana rata- rata berfikiran membeli rumah apabila sudah kahwin lebih baik. Tanggapan ini harus di tangani. Ini kerana pembelian rumah tidak semestinya untuk diduduki tetapi lebih kepada modal untuk kita bersara kelak. Rumah tersebut boleh disewa dan juga dijual semula jika mahu jika ia mendatangkan keuntungan kepada kita walaupun sedikit. Inilah penangan aset kepada pemiliknya.
Oleh itu, berfikirlah, kelangsungan hidup kita kebanyakannya tidaklah mewah mana, cukup makan dan pakai dan janganlah boros. Berfikir untuk pemilikan aset seperti rumah dimasa muda amat bagus supaya sekurang- kurangnya dapat mengukuhkan kewangan individu. Sekarang aku dalam proses nak beli rumah nombor dua, tapi duit tak cukup- cukup lagi........Waaaaaaaaaa :-(
Adios