Sunday, December 19, 2010

Saman oh Saman

Semalam abang aku call, kata ada diskaun 50% untuk saman. Aku berbelah bagi nak bayar saman ni dari dulu lagi sebab yang utama pasal duit la. Bukan murah- murah nak bayar saman ni, paling koman rm50 akan melayang untuk satu saman atau kompoun. So kalau diikutkan secara rasmi aku ada 3 saman, semua nya dalam rm800, yang tak rasmi ada banyak gak…Cuma surat tak sampai rumah je lagi…hehhehhee. Semalam pikir punya pikir aku decide untuk bayar 2 saman dulu harga lepas diskaun rm250. Menyirap memang la ada, rm 250 banyak benda boleh buat. Tapi nak salahkan siapa kalau tak diri sendiri, takkan nak salahkan polis yang bagi saman. Diorang pun buat kerja diorang.

Sebenarnya saman ni penting untuk memupuk disiplin rakyat supaya berdisiplin tak kira la atas jalan raya atau atas katil, tapi yang tak sedap ada sesetengah saman yang dah tak relevan atas faktor semasa seperti saman ekor. Walaupun saman ekor telah dihentikan buat seketika namun pihak polis masih melakukan penyaringan had laju di tempat- tempat tertentu untuk mengawal kemalangan. So ceritanya sama juga, ada tembak dan ada saman. Cuma kali ni saman dapat terus kat atas jalan. Tapi yang dikesali bawa 113km/j pun kena saman. Beza 3km/j pon tak boleh consider. Mungkin pihak kerajaan perlu menaikkan sedikit had laju diatas jalan supaya lebih relevan kerana rata- rata rakyat dah mampu pakai kereta ber-cc besar.

Secara praktikalnya dalam setahun rakyat di Malaysia perlu memperuntukkan sebahagian belanjawan tahunan mereka dengan membayar saman, macam aku buat sejak 5 tahun lepas. Tapi perlu diingat jangan lah peruntukan bayar saman dinaikkan dari tahun ketahun, tetapi cuba kurangkan dari setahun ke setahun. Mungkin ini dapat memupuk disiplin rakyat Malaysia secara semula jadi. Apa ada halberani buat, berani tanggung la...huhuhu habis duit imbuhan saguhati aku. Pi mai..Pi mai..tang tu gak....Adios

Friday, October 22, 2010

Persidangan Agong UMNO 2010

Banyak topik diperkatan menerusi sidang berlangsung minggu ini, ada perkara lapok ada yang baru. Intipati utama tetap sama memperjuangkan hak warisan orang melayu mengikut perlembagaan. Apa yang menarik kali ini pertembungan gergasi- gergasi UMNO yang dulu bercakaran kini telah pulih serta berganding bahu dan menunjukkan minat untuk merumpunkan kembali semangat Malay power pada abad akan mendatang. Aspek pendidikan dan glokal dititik beratkan serta transformasi ekonomi yang moden selaras model baru ekonomi bawah pelan induk bumiputera perlu disambut baik.



Aspek ekonomi menjadi perhatian pada sidang kali ini, kerana banyak pelan diketengahkan oleh perwakilan yang berkehendakan ekonomi orang melayu bertambah maju dan berdaya saing dengan negera lain. Oleh itu aspek birokrasi perlu ditangani secara konsisten supaya objektif serta wawasan tersebut tercapai. Mutu perbahasan pada kali ini tidak mencapai apa yang diharapkan. tetapi ianya boleh diperbaiki kerana perwakilan keseluruhannya ramai muka- muka baru yang perlu diberi peluang berbahas.



Apa yang perlu sekarang, orang melayu tidak perlu la leka dengan apa yang mereka ada hari ini, semua nya boleh direntap sekelip mata jika tidak dijaga dan dihiasi dengan kuasa yang kita ada sejak zaman merdeka hingga kini.



- Adios-

Wednesday, October 20, 2010

Sesuci Hati...Seindah perkenalan...Salam kedua...

Detik pertemuan adalah satu kebahagian. Walaupun dah lama berkenalan, kuasa tuhan tiada siapa yang mampu menahan. Berjumpa jua akhirnya dengannya, Detik kali kali kedua..tiba-tiba kuasa itu muncul kembali, ingin menghangatkan kembali apa yang telah lama mati. Keliru dengan situasi, adakah ianya realiti atau perasaan pribadi. Memendam apa yang dah pasti, saat itulah kasih hampir menjelma. Tatkala, bulan itu sedang bersinar, biarlah ia bersinar dengan lamanya. Aku kesunyiaan pabila bulan itu kembali pudar. Tuhan tolonglah, hampiri aku dengan dia, aku pasti itulah cinta terakhir ku. yang aku cari selama ini. Tuhan tolonglah.

Namun aku pasrah jika itu bukan takdirku, aku pasrah, dunia tak selalu adil pada ku, selama ini aku tunduk kepada mu, ketentuan tuhan. Aku tau cinta ini bertakdirkan halangan yang besar, tapi aku harap kekuatan agar cinta ini bukanlah bertepuk sebelah tangan. Tuhan aku mohon kekuatan. Ampuni aku...

Tuesday, September 14, 2010

Raya dah habis?

Tup..tup..tup dah habis raya rupanya. Bagi aku raya Aidilfitri ni satu hari jer, takde hari raya kedua dan ketiga. Orang kita jer yang rajin buat bidaah nih. tapi takpela, islam pun tak melarang umatnya merapatkan silaturrahim. So bolehlah kunjung mengunjung selama sebulan. Apapun raya kali ni amat meriah sebenarnya, cuma diselangi dengan berita- berita panas semasa dalam negara iaitu kes kehilangan jutawan produk kecantikan Datuk Sosilawati, dan juga kes pemasyuran Sultan Kelantan yang Baru, Sultan Faris menjadikan berita- berita didada akhbar panas dengan kes semasa nih dan tenggelamlah cerita- cerita perihal raya. Apapun aku tak kisah sangat la, dah kuasa akhbar memang begitu untuk melariskan jualan akhbar, so kena la ikut. Itula namanya akhbar ARUS PERDANA. Sampai pertunangan Memey dengan aktor Norman Hakim pun terpampang kat dada akhbar sebagai salah satu tipik utama. So, what the BULLSHIT..?
Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Jemputlah datang ke rumah.
-Adios-

Saturday, September 11, 2010

Mencari Kekuatan Di Aidilfitri

Tatkala aidilfitri berlalu pergi, hari demi hari…tatkala hujan lebat disusuli renyai- renyai di lewat hari… tatkala kemanisan berhari raya terpancar kembali, aku mencari kekuatan dimanakah si titik hebat didalam diri. Kesudahan cerita yang baik bermula dengan kepayahan dan kesusahan disusuli kejayaan. Semuanya bergantung pada kekuatan. Kalau ianya pergi, maka pergi la tak kembali, kalau ianya datang, kadang- kadang tak memberi erti…satu babak bercinta kalau dirungkai menjadi beberapa babak dalam kehidupan. Kehidupan juga perlu dilinangi dengan pengorbanan dan kekuatan. Jiwa dan rohani menjadi pemangkin ketas kekuatan, maka terciptalah sebua epiloh kisah hidup seorang karyawan. Melangkah lah dengan gagah kehadapan, berundur jangan dipikiri…setiap kesusahan ada rahmat disebaliknya…setiap kekuatan ada keterlanjuran ceritanya.

Carilah kekuatan di aidilfitri ini, semoga kejayaan berlahir ganti. Memupuk semangat dan juga insaniah didalam diri. Menjadi pedoman 1000 tahun lagi. Hanya padanya aku berserah. Iman dan Taqwa sebagai pendinding. Mencari Kekuatan di Aidilfitri.

Saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali.

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan datang lagi

11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H bermula la lagi seluruh umat islam berpuasa untuk menunaikan kewajipan kepada Allah. Tatkala kesyukuran terhadap penciptanya kerana menemukan kembali bulan yang penuh rahmat ini, hati ini tetap berkata adakah ini ramadhan yang terakhir? Jika ini adalah ramadhan terakhir...sucikanlah hati ini yang penuh dengan titik hitam akibat dosa. Muliakanlah aku dengan taqwa, dan lindungi aku dari segala bala bencana dan azab api teraka. Semoga ramadhan kali ini penuh bermakna dari ramadhan yang telah lalu. Kepada rakan taulan dan keluarga diucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak.semoga apa yang kita buat mendapat balasan disinya.InsyaAllah.

Tuesday, July 20, 2010

Keindahan Sabah


Selamat datang ke Sabah semula, kali ke-2 ke sabah atas urusan kerja pada tahun ni. Memang menyeronokkan tetapi kali ni lebih seronok pabila dapat kunjungi tempat-tempat menarik. ternyata sabah memang sebuah negeri yang membangun tetapi aset pelancongannya tidak boleh dipertikaikan kerana bertaraf dunia. Keindahan semula jadinya daripada Gunung Kinabalu sehingga Pulau Sipadan amat menakjubkan. Mengapa kita harus megah-megah untuk ke negara luar sedangkan didalam malaysia masih terdapat tempat- tempat yang terlalu menarik untuk dilawati. Gunung Kinabalu dapatla aku tengok dari dekat dan memasang hajat untuk menawannya sikit masa lagi. Sebelum tak larat, baik try. kalau gagal, itu adalah kehidupan. kali pertama tengok gunung ni memang seram kerana terlalu besar dan tinggi, tapi itulah keindahan pencipta yang menjadikan sesuatu itu bermakna.

Wednesday, June 30, 2010

Demam Piala Dunia

Actually, aku memang jarang main bola..bukan pasal kaki bangku sebab dulu aktif jugak main kat kampung and sekolah. Time cuti sekolah, main kat depan rumah dengan abang aku and the jiran- jiran. Seingat aku, last sekali main bola masa kerja di Stamford College untuk liga bagi sukan tahun 2007. Aku cam biasala main untuk team staff, Penyerang lak tu. Futsal memang jarang main coz tak minat, aku lebih prefer main bola kat padang.

Sekarang musim piala dunia, tadi baru balik dari tengok match Jepon vs paraguay. paraguay menang penalti. nampaknya, jepon memang liat untuk dikalahkan. Semangat samurai?Lupakanlah, sebab jepon main memang bagus dan menghiburkan. Bukan kerana semangat samurainya. Kalau ada pun hanya mempengaruhi 3% dari perlawanan. Fenomena sekarang amat berbeza, tempat lepak mamk habis penuh dengan orang terutama dah masuk pusingan kedua sekarang. makin murah reeki mamak- mamak kat sekitar lembah kelang ni. penuh riuh rendah gelak ketawa, ada yang marah tapi tetap menghiburkan suasana di mamak.

Mungkinkah Malaysia akan layak ke Piala Dunia suatu hari nanti? Kalau ya, maka bertambah lah meja tambahan di kedai- kedai mamak kelak dan semakin sesaklah jalan- jalan raya di seluruh Malaysia. semangat dah ada bagi pasukan Malaysia, cuma apa yang takda hanyalah daya tahan dan juga luck. kalau tak percaya kita lihat sukan sea nanti, dapatkah malaysia mempertahankan pingat emasnya? apapun doakan yang terbaik.

Pasukan sokongan pada kali ini tak lain dan tak bukan, ARGENTINA.... :-)

Tuesday, June 29, 2010

Suka Jadi Jahat atau Baik?

Tajuk pelik ini memang disukai oleh orang macam aku. Bosan jadi baik atau buat- buat baik kerana takut undang- undang atau patut jadi jahat demi kepuasan hidup didunia dan juga kebahagian diri sendiri. Ada yang suka mengambil pendekatan tengah- tengah, kadang- kadang baik dan kadang- kadang jahat tetapi orang sebegini selalu rugi kerana orang akan sentiasa mengigati perbuatan jahat dari kelakuan baik. Ini amat merugikan. Orang yang selalu buat jahat dan sesekali buat baik lebih diterima kelakuannya kerana beberapa faktor; seperti pengaruh kejahatan terhadap rakan sekeliling, sikap setiakawan terhadap kejahatan dan ego kejahatan terhadap kebaikan. Adakah ini normal pada masyarakat kini. Kesimpulannya, kita boleh lihat disekeliling kita orang jahat lebih diterima dari orang yang lurus atau baik serta johor. Salah siapa? Jawapannya ialah kita sendiri.

Dan dunia kini telah memperlihatkan kebinasaannya akibat daripada pengaruh kejahatan pemimpin- pemimpinnya. dan ini adalah bukti kekuasaan orang jahat diterima dimuka bumi ini.

Monday, May 31, 2010

Israel:Bila Daulah Islam Tiada

Marah, benggang, & sebagainya menyelubungi hati tatkala orang tersayang saudara islam diserang dan dibunuh tanpa belas kasihan ditanah suci Palestin. Apa yang dogusarkan, orang yang dibunuh bukan calang- calang makhluk Allah, mereka terdiri dari bujak pandai samada beragama islam mahupun kristian. Itulah terjadi pada hari ini tatkala kapal bantuan Misi kemanusian telah di serang oleh Yahudi dengan sekelip mata mengorbankan 20 orang. Bayangkan jika mereka-mereka ini yang terdiri dari kenamaan dan aktivis kemanusian seantero dunia berani dibunuh yahudi, inikan pula, makhluk- makhluk kerdil di palestin yang terdiri dari kaum-kaum intifada yang masih remaja, dan anak kecil yang masih tidak ada doa. inikah dinamakan penjagaan hak asasi manusia?IOC dimana?Liga arab mengapa membisu? Mesir dan Jordan jika secara logik adalh pelindung kepada palestin, mengapa mereka tidak berbuat apa-apa? Adakah negara- negara ini mempunyai ramai ulama-ulama yang mengeluarkan fatwa- fatwa bahawa menjaga periuk nasi sendiri lebih penting dari menjaga tepi kain orang seperti mana yang dilakukan oleh ulama-ulama Mesir yang terkenal dalam dewan ulama yang membenarkan pebinaan halangan dan tembok oleh rejim zionis bagi kesejahteraan Mesir. Tidakkah terlintas dihati ulama-ulama ini, orang yang perlu diselamatkan bukanlah rakyat Mesir sahaja, tetapi seluruh umat islam diserata dunia terutama yang ditindas seperti di Palestin.

Adakah sistem sekular dan nasionalism yang telah mempengaruhi ulama-ulama ini, dan jika daulah islamiah diambil sebagai penghususan pentadbian, nescaya perkara ini tidak akan berlaku. tanpa bangunnya sistem khalifah semula, nescaya harapan untuk menegakkan syiar islam semakin kelam dan menemui jalan buntu terutama dubiumi Paltestine.

Wahai penduduk dunia berdarah islam, lihatlah pekung sendir, tatkala kita seronok ihalama sendiri, sandara kita masih terpinga-pinga mencari bantuan yang tidak pasti. yang pasti hanyalah peluru-peluru hidup dari yahudi laknatullah. Apakah peranan kita? Fikir- fikirkanlah...

Thursday, March 25, 2010

Ketenangan

Lama betul tak update blog usang aku nih, semuanya kerana kebiadaban diri sendiri yang tidak memenuhi hak dan keperluan blog aku nih. Bak kata pepatah 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih' macam tu la kot perumpamaan aku dengan blog aku nih.. makin lama macam berat je aku nak jenguk blog ni, apatah lagi blog kawan-kawan sekalian. nak juga mengkomen kat blog kawan-kawan macam dulu, tapi banyak pulak dalik nya :-) apapun sedemikiannya tidaklah terlalu kritikal...kadang-kadang ada juga masa nak menjenguk tapi malas nak menulis kehidupan seharian kat sini. Semuanya banyak diterjemah kat facebook.


Sekarang aku tengah bercuti mencari kedamaian...kedamaian dari kerja, study dan juga awek :-) hehehhehe oleh itu badan aku direlak kan dengan berjumpa pakar refleksilogi, pakar bekam, dan juga pakar terapi. Rasa tenang jugak la dalam seminggu ni meng- free kan badan dari semua tosik- tosik kotaraya. Aku tahu sekuat mana pun kerja, badan mesti direlakkan untuk kegunaan jangka masa panjang. Aku berazam, bila masuk saja kerja...aku takkan rela badan aku dibebani dengan kerja lagi, tapi tak bermaksud buat kerja sambil lewa...maksud aku, buat la kerja setakat yang mampu. Pasal kerja la badan aku kondem sekarang, tak berbaloi plak dengan gaji yang diberi namun aku tetap la bersyukur masih ada kerja. Ramai la kata kerja aku senang, monitor sana, monitor sini...tapi ramai yang tak tau kerja aku belakang tabir yang telah membuatkan tangan kiri aku kena fisioterapi balik setelah 11 tahun. Biasala, ramai kat dunia ni reti kondem jer kerja orang dan tak pakai otak bila bercakap.


Aku tak tahu sampai bila nak kerja kat tempat berisiko macam ni, tambahan ada staf perangai cam lembu membuatkan badan bertambah lemah dan buat sakit jantung. tapi apa nak buat, hidup dan kerja mesti diteruskan. paling kuat pun biarla sampai aku habiskan study hujung tahun ni...baru la berkira-kira masuk kerja lain pula. Apapun aku masih ada masa nak ubah diri aku supaya fit dan lasak sebelum ke Sabah & Sarawak april ini. Semoga semuanya akan berlalu dengan baik dan dirahmati.

Sunday, February 14, 2010

Happy Chinese New Year 2010

Kepada semua penganut agama budha ni Malaysia diucapkan selamat tahun baru China. Semoga success dalam bisness dan hidup untuk merumpunkan konsep '1 Malayisa' di bumi tercinta ini.

Saturday, January 2, 2010

Allah...Hak Siapa?

Sejak kebelakangan ini banyak betul fenomena aneh berlaku di negara kita. Ada dah kahwin tapi tak mengaku, dah kena tangkap khalwat baru nak ngaku dah kahwin, gerhana bulan separa yang begitu aneh sekali, perayaan 1 januari yang lebih meriah dari 1 muharam, ulama saman ulama dan lebih aneh banyak benar pihak mengaku islam tapi tak berani mempertahankan akidahnya. Umum ketahui kemenangan pihak gerega katolik dalam penerbitan mingguan mereke 'The Herald' telah berjaya mendapatkan hak dalam penggunaan nama Allah dalam penerbitan mereka. umum ketahui Allah adalah milik orang muslim dan hanya kristian ortodok sahaja yang menggunakannya dalam aktiviti rasmi seperti dalam sembahyang mereka sahaja. Mengapa hal ini terjadi dan mengapa tidak di serang balas oleh orang islam secara keseluruhan tanah air. Yang ada hanyalah serpihan manusia berhati politik yang cuba mempropagandakan hal ini dengan tidak bersungguh-sungguh. Suungguh hina manusia- manusia ini dalam persoalan konflik manusia islam dinegara ini yang hampir kepada kekufuran...wallahualam..semoga Allah melindungi negara Malaysia dari pemimpin Islam durjana ini..