Tuesday, October 15, 2013

Bicara Cinta di Aidiladha....

Ketika berbicara, umat islam di Arafah sujud dan berdoa menadah untuk berita gembira. Apakan daya di kejauhan masih boleh menadah seumpamanya. Hanya takbir mengiringi doa, tatkala segalanya bermula sehingga masuknya semula si mentari, tempoh mengadu manusia yang mengalami insafi. Harapan jauh di suatu tika, makbul segala yang alami, bahtera di kemudi tidak disesali untuk fana yang kejam beerti.

Sang insan terlalu leka, mengejar dunia yang tak seberapa. Adakah ini akhiran dunia, metropolitan matlamat diri. Dulu leka sekarang menderita, mencari ilham dimana dia? mukatamad cinta yang tersetia, itulah Allah Rabulalamin.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul adha dari Nazeri Sekeluarga....Mohon korbanku diterima Ilahi...

Sunday, September 29, 2013

Cerita Minyak lagi dan Retoriknya

Umum ketahui kerajaan telah menaikkan secara mendadak harga minyak dan spekulasi minyak akan naik lagi dalam masa terdekat bertiup amat kencang. Dimana silapnya peranan yang dimainkan kerajaan dalam membantu rakyat khasnya golongan sederhana dan rendah yang amat menderita tinggal dibumi bertuah ini terutama di lembah klang. Secara jujrnya retorik kenaikan harga minyak adalah isu tahunan yang dimainkan kerajaan bagi mengimbangi keperluan kerajaan dalam mentadbir negara. Sebelum pilihanraya, isu minyak adalah sensitif dimana kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak dalam tahun ini. Namun janji pilihanraya memang tak boleh pakai, selepas diberi mandat lain pula jadinya. 

Umum ketahui kerajaan yang dipilih sekarang adalah kerajaan yang tidak kuat atau boleh dikatakan kerajaan yang menipu semasa pilihanraya. Atas sebab kebenaran itu, kerajaan telah membuat pusingan 360 darjah dengan menukar akujanji- akujanji yang dibuat semasa pilihanraya bagi memenuhkan poket masing- masing sebelum apa- apa yang buruk berlaku. Bila perkara ini berlaku, kerajaan telah membelanjakan banyak wang berbilion- bilian hanya atas nama pengurusan pembangunan negara, namun realitinya, projek- projek pembangunan negara hanya diberi bagi survival hidup mereka. Berjuta- juta komisen masuk ke poket- poket mereka, inilah apa yang orang politik mahukan. Namun bila defisit ketas belanjawan negara berlaku terlalu tinggi, maka rakyat menjadi mangsa...di potong subsidi minyak, naikkan, tol, tiada kawalan pada harga makanan dan yang buruk sekali jenayah semakin meningkat.

Sampai bila perkara ini akan berlaku, tahniah pada sesiapa yang sanggup gunapakai kerajaan sekarang kerana anda seorang yang tabah. Bagi yang kuat dengan azam yang tinggi, berniaga adalah jalan terbaik namun bukan semua ada sifat untuk berniaga. Sesiapa yang makan gaji, perbelanjaan perlu berhemah dari sekarang, banyakkan tabungan dan simpanlah emas dan perak. Bagi berkemampuan belilah property untuk tabungan jagnka hayat yang lama.

Malaysia tanah airku, sampai masa kita akan bertukar juga. INIKALILAH. Setiadak- tidaknya legasi Najib akan turun, Legasi Chedet memerintah semula. Kita tidak perlukan seorang melayu memerintah Malaysia jika melayu tersebut memerintah dengan kejam. Dan telah terbukti seorang mamak india telah memerintah Malaysia selama 23 tahun dengan maju dan lebih bersistematik serta berwawasan. 

Mana pilihan kita? UMNO election akan kembali, pilihlah dengan baik...


Saturday, August 17, 2013

Bingkisan Anak Sulung...

2 Syawal, jam 2 pagi, isteri  aku kejutkan aku, air ketuban dah pecah katanya. Aku bawa  isteri ke HUKM dan admit wad. 2cm bukaan katanya. Jam 8 pagi masuk Dewan bersalin....aku pun ada la bersama menjaga sang isteri yang bertarung nyawa sebelum bukaan 8cm. Kesian aku tengok isteri aku, sampai la jam 2 petang doktor terpaksa keluarkan baby dengan segera walaupun tak cukup 10cm lagi kerana bimbang baby dah lemas. maklumla baby dah overdue 5 hari pastu bukaan buka sikit2.

Suasana kat tempat bersalin memang klasik, tak macam dalam drama2 kat tv...takda orang menjerit- jerit bila nak beranak, doktor pun relek tak gelabah- gelabah macam kat tv and yng penting tempat bersalin amatlah selesa bagi suami meneman isteri.

Tepat jam 3.40 ptg, lahirlah putera sulung kami dari perut ibunya dengan berat 3.51kg. Alhamdulillah bersalin normal dan yang penting kedua- dua selamat. Tak sangka boleh bersalin secara normal, kalau ikut kiraan pada scan terakhir, operate pilihan terbaik katanya sebab baby dah membesar dan overdue. Apapun Allah lebih tahu perancangannya, semua nya selamat dan discharge dari HUKM pada keesokan harinya jam 1ptg. Terima kasih kepada semua doktor, jururawat, dan PK yang terlibat.

Saturday, April 20, 2013

PRU 13- Hari Raya Malaysia, Semoga Malaysia Diberkati

Tup...Tup...Tup 5 tahun dah berlalu, pilihanraya kali ke 13 akan muncul pada 5 Mei 2013. Paling mencipta sejarah apabila buat kali pertama, inilah pilihanraya paling panas dan ganas berlaku sejak 12 pilihanraya yang lalu. Jika senario 2008 diambil kira, undi seakan telah beralih ke pembangkang. Senario ini berkembang dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat seakan bermaharajalela di Malaysia. Selaku kerajaan yang memerintah, Barisan Nasional (BN) seakan tidak senang dengan fenomena ini dan pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Malaysia.

Maka terjadilah perkara- perkara yang tidak patut berlaku dalam landskap politik bumi Malaysia seperti budaya samseng politik, pengeluaran video- video seks palsu dan tulin pemimpin parti, dan yang paling ngeri adalah pemberian rasuah kepada rakyat Malaysia secara besar- besaran dan terang- terangan (boleh pikir- pikirkan sendiri) oleh kerajaan pemerintah.

Kita telah merdeka 55 tahun, dan telah mengharungi 12 pilihanraya secara gentlemen. Mengapa sekarang berlaku perkara- perkara negatif begini. Rakyat semakin matang dalam berpolitik namun pihak pemerintah pula yang makin menjengkelkan. Mengapa berlaku sekarang? Mungkin rakyat sudah muak dengan ragam BN ketika memerintah. Ketika senang pinggirkan rakyat, ketika susah baru nak cari rakyat. Atau mungkin turning point kejatuhan BN bermula zaman Paklah apabila konflik anak menantu menyelubungi Putrajaya dan disusuli pula pada zaman Najib yang mendominasi Putrajaya berproksi isteri tercinta Datin Seri  Rosmah. Tanhiah pada PR kerana berjaya mengambil kesempatan atas kelemahan- kelamahan BN ini dan diharap peluang yang diberi  oleh rakyat tidak akan disia- siakan begitu saja untuk mentadbir negeri atau negara.

Sebagai pengundi, kita mestilah memilih yang terbaik untuk negara kita. Sistem demokrasi di Malaysia tidaklah berlaku dengan baik dan adil dimasa kini. Oleh itu, sistem ini perlu dibaik pulih menerusi pelbagai cara seperti kebebasan media, sikap yang adil terhadap semua parti politik di Malaysia, dan perlunya badan bebas yang menjaga proses pilihanraya di Malaysia. Perlu diingat SPR hanya mejalankan tugas pilihanraya, bukan memastikan proses pilihanraya dijalankan dengan adil. Bermaknya, pemerhati- pemerhati bebas perlu diwujudkan oleh parti- parti politik sendiri seperti yang diamalkan oleh negara luar. 

Selamat Berjuang PR dan BN. Kepada pengundi...INIKALILAH :-)