Sunday, December 2, 2012

Kenduri AFF 2012...

2 tahun telah berlalu, memori sebagai juara bola sepak bagi Benua Asia tenggara sang 'Harimau Malaya' terpalit lagi. Kini sang juara kembali untuk mengukir satu lagi sejarah bola sepak tanah air. Kali ini berbeza episod dengan pasukan Malaysia turun untuk mengekalkan gelaran Juara bagi kejohanan keramat asia tenggara ini. Apa yang pasti Skuad kendalian Rajagopal pasti sedikit menggelabah setelah aksi tidak konsisten bagi beberapa sesi perlawanan persahabatan yang tidak banyak berpihak pada skuad Malaysia.

Skuad ini bukannya tempang, tetapi memerlukan masa yang banyak untuk  membentuk persefahaman di atas padang. Ini realiti dalam bola sepak, Coach selalu menjadi sasaran bagi prestasi setiap pasukan dan bukannya pemain. Kenapa tak salahkan pemain apabila kalah? jawapannya senang je...tugas Coach selain memilih pemain adalah memastikan peranan yang sesuai bagi setiap pemain di atas padang mengikut rentak karaktor pemain semasa. Dalam ayat lain bermakna, tak semestinya seorang striker diturunkan menjadi striker dan tak semestinya midfield diturunkan menjadi midfield. Begitulah sedikit perumpamaan nya.

Dunia bola sepak sudah berubah, Selain skill individu, kecanggihan teknologi membina manusia yang sentisa pantas dan bijak adalah perkara amat penting dalam dunia bola sepak.Di Eropah, ini perkara asas untuk menjadi pemain bola sepak. Pengukuran prestasi diukur melalui berapa laju dan pastas mereka di padang selain berapa tajam otak mereka berfikir untuk mengawal bola dan menjaringkan gol. Anda boleh saksikan semua jenis kejuruteraan manusia ini setiap minggu dalam kancah EPL misalnya. Namun semua ini bukan mudah, ianya perlu dibayar dengan kos yang tinggi. Hanya kelab- kelab berkemampuan sahaja mampu membina peribadi manusia yang hebat diatas padang.


Oleh itu mentaliti para penyokong perlu berubah, Kita kena akui bahawa Malaysia memang ramai pemain berbakat tetapi kejuruteraan manusia untuk membina seorang manusia sebagai pemain berkualiti masih jauh kebelakang. Dalam konteks kesinabungan kecemerlangan dalam sesebuah pasukan menjadi sukar kerana faktor ini, hasilnya pasukan negara tidak konsisten dalam mencetak kemenangan. Kejurteraan manusia diakui boleh menstabilkan polar kehebatan Harimau Malaya ddi asia tenggara, malah boleh hingga peringgat seterusnya. pelbagai pihak perlu tampil untuk membantu FAM dalam memajukan industri ini. Sekarang terlalu banyak Universiti menawarkan kursusu sains sukan tetapi masih tidak lagi digunapakai secara optimum di arena- arena sukan tanah air. Inilah yang perlu kita ubah bagi merealisasikan doa kebanyakan rakyat Malaysia bagi kehebatan Harimau Malaya di pentas Dunia.

Sunday, November 25, 2012

Permulaan tahun 1434...

Tahun baru menjelma lagi. Permulaan tragis umat islam diserata dunia. Ada yang syahid, ada yang merana, tak kurang ada yang meminta. Peranan yahudi menguasai dunia makin menjadi- jadi. Apa silapnya penduduk dunia beragama islam dan berhati mulia? Sanggup melihat orang- orang tak berdosa dibinasakan. Dimana akal apabila diperlukan rakan seagama? Adakah syahid tidak lagi dipandang mulia? atau zaman sekarang yang berteknologi kononnya, syahid perlu diterjemahkan dalam konteks moderate? 

Allah maha mengetahui runtun hambanya. Semoga pembebasan umat islam sama ada di Palestine, tanah arab, & serata dunia di permudahkan. AMIN.

Sunday, August 26, 2012

Raya...Yang Pertama

Alhamdulillah...bertemu lagi syawal setelah sebulan menempuh madrasah ramadan. Syawal 1423 kali ini penuh nikat dan bermakna bagi aku dan juga penuh duka bagi aku dan keluarga. namun apakan daya, roda hidup memang begitu. Yang hidup akan pergi, yang pilu akan berseri. Raya tahun ni aku ditemani orang baru dalam hidup iaitu isteriku yang tersayang. Sehingga syawal ini, cukuplah 6 bulan mendirikan rumah tangga bersama si dia yang begitu bermakna dalam hidup aku. Semoga aku dan isteri ditabahkan hati untuk mengharungi hidup sebagai sepasang suami isteri didunia pinjaman Allah ini... Amin...Tahun pertama bagiku raya sebagai suami :-)

Ayahku telah pergi lebih kurang 4 bulan yang lalu. Allah lebih sayangkannya, mungkin Allah nak lihat bagiamana ragam- ragam anak Allayarham Hj Osman apabila beliau sudah tiada didunia lagi. macam- macam ragam yang dilihat, ada yang sugul walaupun setelah 4 bulan berlalu, ada yang masih tak dapat terima kenyataan, dan ada yang sukar menerimanya termasuklah aku. namun sebagai orang yang ada agama, kita kena terima sebagai qada & qadar. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi, itu sudah pasti. Allah tahu apa yang Ia lakukan pada hambanya. kini suara daddy sudah tiada dipagi raya, cukup sekadar sedekah Al-fatihah dipusara, Moga Allah memeberkatinya dunia dan akhirat dan di tempatkan di kalangan hamba- hambanya yang beriman...Aminnn...Tahun pertama bagikuyah raya tanpa Ayah :-(


Hidup mesti diteruskan, Iman perlu ditebalkan, ya....Allah ampunilah dosa kami sempena syawal yang mulia ini, peliharakanlah kehidupan kami, sejahtera kan kami dunia & akhirat. Selamat hari Raya pada kenalan, Maaf  zahir & Batin...

Saturday, May 12, 2012

The Greatest of Gunung Stong

Negeri Kelantan memang terkenal dengan sejarah dan juga keindahan alam. Negeri Cik Siti Wan Kembang jolokan diberi memang tepat berdarul naim kerana keramahan penduduk dan juga persekitaran yang damai. Ekonomi disini berteraskan perlancongan dan sumber alam. Bagi sesiapa penggemar aktiviti eko- Kembara, disini terdapat banyak tempat- tempat menarik untuk dilawati. 

Kesempatan bekerja di Kota Bharu selama 2 bulan membuatkan hati ingin ke tempat di geruni dan terhebat di Asia tenggara iaitu Gunung Stong terletak di Kuala Krai. Tapi ekspedisi kali ni takde la sampai nak daki gunung tu, cukup la gi mandi di Air Terjun Jelawang yang berketinggian 303m dan dikatakan tertinggi di asia Tenggara. Ikut kan hati, memang nak daki sampai atas, tapi atas faktor masa just mandi pun ok lah. Pada sesiapa yang tidak pandai berenang hati- hati kerana kedalaman nya sehingga 12- 20 kaki atau lebih mengikut kata- kata orang tempatan. So mandi tepi- tepi pun jadi la macam aku :-). Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Kota Bharu sejauh 120km.







Selain Air Terjun Jelawang terdapat juga tumbuh- tumbuhan yang jarang dilihat disini, Belum naik gunung nya pun dah boleh nampak pelbagai pokok- pokok sepanjang denai ke Air Terjun. Cuma apa yang mendukacitakan, kebersihan taman ini semakin merosot walaupun caj yang dikenakan terhadap pengunjung RM2. Mungkin pihak berkuasa boleh buat sesuatu untuk menjaga taman yang sangat indah ini. InsyaAllah ada rezeki sampai lagi kaki disini- Adios-

Wednesday, April 4, 2012

Permergian Daddy tersayang

Daddy, panggilan bagi ayahku sejak aku kecil hingga dewasa. Panggilan yang kadang- kadang menggerunkan kami sekeluarga dengan ketegasan serta lemah lembut yang dimiliki. Raut mata serta janggut yang manis akan membuatkan orang terpesona untuk mendekatinya. Petah berbicara hal keduniaan dan juga akhirat seterusnya menjadi rujukan bagi anak- anaknya. Sedia membantu sesiapa sahaja walaupun sering ditipu dan diambil kesempatan, namun hati tulusnya tidak pernah membalas. Dia tahu Allah itu ada, dia takut akan pembalasannya. Zuhud dunia sentiasa menyelubunginya, namun tidak pula lupakan hal dunia semata- mata. seiring dunia- akhirat lebih molek katanya.

Kini suaranya tiada, Allah meminjamkan hambanya roh buat seketika. Kini dia telah berhijrah ke suatu destinasi. negeri yang lain dan terjamin. Semoga rohnya disis Allah dan di tempat dikalangan orang- orang beriman dan di redhai-Nya..Amin..Hj. Osman Bin Hj. Chik 1945-2012