Saturday, April 20, 2013

PRU 13- Hari Raya Malaysia, Semoga Malaysia Diberkati

Tup...Tup...Tup 5 tahun dah berlalu, pilihanraya kali ke 13 akan muncul pada 5 Mei 2013. Paling mencipta sejarah apabila buat kali pertama, inilah pilihanraya paling panas dan ganas berlaku sejak 12 pilihanraya yang lalu. Jika senario 2008 diambil kira, undi seakan telah beralih ke pembangkang. Senario ini berkembang dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat seakan bermaharajalela di Malaysia. Selaku kerajaan yang memerintah, Barisan Nasional (BN) seakan tidak senang dengan fenomena ini dan pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Malaysia.

Maka terjadilah perkara- perkara yang tidak patut berlaku dalam landskap politik bumi Malaysia seperti budaya samseng politik, pengeluaran video- video seks palsu dan tulin pemimpin parti, dan yang paling ngeri adalah pemberian rasuah kepada rakyat Malaysia secara besar- besaran dan terang- terangan (boleh pikir- pikirkan sendiri) oleh kerajaan pemerintah.

Kita telah merdeka 55 tahun, dan telah mengharungi 12 pilihanraya secara gentlemen. Mengapa sekarang berlaku perkara- perkara negatif begini. Rakyat semakin matang dalam berpolitik namun pihak pemerintah pula yang makin menjengkelkan. Mengapa berlaku sekarang? Mungkin rakyat sudah muak dengan ragam BN ketika memerintah. Ketika senang pinggirkan rakyat, ketika susah baru nak cari rakyat. Atau mungkin turning point kejatuhan BN bermula zaman Paklah apabila konflik anak menantu menyelubungi Putrajaya dan disusuli pula pada zaman Najib yang mendominasi Putrajaya berproksi isteri tercinta Datin Seri  Rosmah. Tanhiah pada PR kerana berjaya mengambil kesempatan atas kelemahan- kelamahan BN ini dan diharap peluang yang diberi  oleh rakyat tidak akan disia- siakan begitu saja untuk mentadbir negeri atau negara.

Sebagai pengundi, kita mestilah memilih yang terbaik untuk negara kita. Sistem demokrasi di Malaysia tidaklah berlaku dengan baik dan adil dimasa kini. Oleh itu, sistem ini perlu dibaik pulih menerusi pelbagai cara seperti kebebasan media, sikap yang adil terhadap semua parti politik di Malaysia, dan perlunya badan bebas yang menjaga proses pilihanraya di Malaysia. Perlu diingat SPR hanya mejalankan tugas pilihanraya, bukan memastikan proses pilihanraya dijalankan dengan adil. Bermaknya, pemerhati- pemerhati bebas perlu diwujudkan oleh parti- parti politik sendiri seperti yang diamalkan oleh negara luar. 

Selamat Berjuang PR dan BN. Kepada pengundi...INIKALILAH :-)