Thursday, July 23, 2009

Kelam kabut di Ofis

Tak tau la hormon apa yang merembes 2-3 hari nih kat badan aku, bila nampak pintu jer kaki naik atas pintu...tak pun penumbuk sekali das kat pintu tu. Kesian kat pintu tu..memang la sakit tapi apakan daya itu jer cara nak lepas kebingungan yang melampaui batas. Mungkin pasal rindu seseorang kot :-) .... Dengan esemen berlambak tak usik lagi, ditambah kelam kabut taufan apekebenda kat ofis nih (konon byk kerja kot) bertambah la kepala ni rungsing and tak sabar- sabar nak kerja kat luar yang boleh kata aman la lepas kul 3 petang. Tapi semangat nak kuar tak macam dulu lagi because dulu keluar takder siapa hirau and hati tak rindu sesiapa.... tapi sekarang dah ada orang hirau and rindu seseorang :-) so macam malas jer nak kuar. Takut la rindu- rindu lama-lama jadi gila.

Harini hari terakhir kat ofis, after this 2 bulan kerja luar.. kepada yang selalu ambil port kat weblog ni (tak sampai 10 orang) harap jgn la lupakan blog ni kalau tak diupdate. Maklumla kalau dah outstation tu, sure la malas nak carik internet.. So berkulat la blog ni...Aku akan habis and balik kl pada 18 september 2009 bersamaan dengan hari jadi aku yang ke 27 tahun. Selamat hari jadi yang ke 27 bagi aku...kalau boleh aku nak habiskan belajar aku pada umur 28 tahun aku and terus dapat isteri yang solehah untuk aku pada tahun depan gak :-) hehehheheh kalau orang nak la kawin dengan aku...
wassalam

Tuesday, July 21, 2009

Kenapa La Aku Demam Sekarang?

Assignment berlambak-lambak (macam biasa last minit kerja), kerja opis banyak lak yang terpaksa pending, bukannya taknak buat tapi dah seminggu demam and takder mood automatically. So that terpaksa la aku berdoa pada Allah supaya mengandakan iltizam aku untuk hadapi semua ini. Kenapa La Aku Demam Sekarang?

Saturday, July 18, 2009

Akhirnya... Aku Gembira kembali :-)

Alhamdulillah...Hari ini lebih kurang jam12.20 pagi hari sabtu, detik paling gembira dan tak ternilai bagi aku. Terharu and macam nak mengalir air mata pun ada. Aku akan menjaga apa yang di harapkan dengan ikhlas dan berdoa agar berkekalan. InsyaAllah...

Wednesday, July 15, 2009

Kuasa Senyuman :-)


Hari ni macam biasa kerja jadi site- leader kat ppukm. Dan macam biasa aku masuk seawal mungkin, biasanya kul 7.30 pagi and set-up before start the rekrutmen coz biasanya aku akan start mengular bila rekrutmen start jam 8.30 pagi. Biasanya lepak kat pantry la QC makanan peserta dulu.huhuhuhu. Kerja kalau tiap-tiap hari gini memang boring berhadapan dengan orang ramai terutama yang tak paham bahasa.

Tak kira la bahasa apa, yang penting aku jadi pening bila berhadapan dengan orang dlm kuantiti yang ramai pagi-pagi ni. Tapi ada satu jer cara nak cover pening aku nih sejak dulu lagi aku amalkan iaitu SENYUMAN. Tak kira la kalau kucing jadi peserta pun mungkin aku akan senyum kot, apatah lagi peserta-peserta bertaraf manusia yang lain.huhuhuhuhu kasar nya ayat. Ntah la aku dari dulu kalau orang kenakan aku pun aku senyum jer tapi dalam hati sumpah seranah jugak la tapi apakan daya aku jenis tak suka gaduh and cari masalah.

Sekonyong-konyong bilamana diriku habis mengular, macam biasa aku akan ke stesen-stesen and paling wanted soal selidik la. Bila mana lepak kat sini ada sorang cina tua panggil aku macam samseng. "Hey encik mari sini" sambil tangan hayun dari atas sampai bawah macam kipas kdk rosak. Dalam hati apa pulak la kali nih, gaduh pasal nombor giliran ker? tapi macam biasa aku senyum dan ask him "Yes sir"..."Aku arrrr banyak suka la ini hukm, manyak beza dengan GH.. macam langit sama bumi"..."Why sir?" exspress feedback from me... "Sini arrr orang banyak baik, lu pun suka senyum tak sama itu GH banyak busuk punya orang...hati banyak sakit loooo, sikit-sikit mau marah-marah orang....." and ada la lagi dia ngomel puji-puji aku and petugas lain and paling last ayat dia masa soal selidik ialah "Saya mesti puji you all". Peserta ni walaupun kena menunggu lama macam peserta lain tapi dia sikit pun tak marah coz dia kata dia dilayan dengan baik dan yang penting staff ada manyak senyum maaa...

Jarang la jumpa orang macam ni tapi aku bersyukur la pasal puji-pujian tu aku tiba-tiba insaf dan mula bekerja dgn ikhlas lagi and paling berkesan aku tetiba jadi rajin plak, mana taknya kali pertama aku tak g rehat kul 10pagi maupun 1ptg hasil motivasi tadi. Ditambah lagi jam dah kul 4 pun aku still dok depan pc baru start nak semak report yang tak siap-siap sejak tahun lepas. Selalu time-time gini aku dah hilang g lepak2 pantry cari makanan huhuhuhuhu.

Bila habis kerja aku mula berfikir, hanya dengan senyuman kepada orang ianya boleh mendatangkan kesan yangi besar terutama organisasi. Tak pasal-pasal hukm dapat publisiti free hasil senyuman aku. Patut la kerajaan dulu bawah Kementerian Pelancongan pernah buat kempen Smile. Polis pelancong pon ada badge senyum kat baju mereka sikit masa dulu. tapi harus diingat bukan semua tempat kita boleh senyum, takut orang kata kita gila tapi bagi aku tak kisah la nak senyum kat sesiapa pun anggap la senyum itu sedekah, dan sedekah itu biarlah ikhlas...seikhlas cintaku pada Allah pencipta alam dan para rasul-Nya.

-adios-

Tuesday, July 14, 2009

BELANJA KAHWIN

"Tak sama rupa nya, lorrr susah gak, gilok punyo kojo, mati la aku, perghhhhh mantap punya kerja"....Keluhan-keluhan dari bibir seorang pemuda yang masih bujang seperti aku dalam liku-liku berjuang menyimpan duit untuk kahwin.

Petang-petang kat opis macam biasa mengular la kat mana-mana ruang opis lepas selesai semua kerja-kerja and port kali nih kat pantry jer....ada la bersembang sesama staff 1-2 jam sebelum tunggu masa balik and tajuk persembangan kali ni ialah....BELANJA KAHWIN..

Huhuhuhuhu, mau nya tak best topic daripada 2-3 orang tiba-tiba pantry jadi sesak berdebat pasal kahwin. Kahwin bagi aku adalah tuntutan agama dan sunat mua'kad hukumnya...Nabi pernah mewasiatkan bahawa 'ikutlah sunnah nya, dan salah satu daripadanya ialah bernikah'. So bagi sesiapa yang tak ada niat langsung nak kahwin tu, something wrong la tu pada diri sendiri dan agama nya. Kahwin bagi aku memang best kot, tapi yang tak best belanja kahwin...Kenapa la banyak sangat sampai memerlukan hingga 20k-30k dan ini angka standard utk sesiapa nak kahwin sekarang mengikut ISO nya huhuhuhuhu and lelaki la yang selalu jadi mangsa keadaan dlm menyediakan wang hantaran dan sebagainya. Kita akui dengan masalah global melanda ditambah ekonomi yang amat meragukan kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja termasukkan dalam hal perkahwinan. mana yang boleh jimat kita jimatkan semaksima mungkin agar lepas kahwin takder la muka macam cipanzi memikirkan hutang keliling pinggang. Islam memang membolehkan hutang tapi tak menggalakkannya kerana hutang boleh menjerumus kekufuran.

Sunday, July 12, 2009

Kenali Diri Anda...

Pernahkah anda mengenali diri anda? Sampai tahap apa you all kenali diri sendiri? Adakah benar anda mengenali diri anda atau hanya tersedar apabila diberitahu oleh seseorang tentang anda? Mengapa kita perlu mengenali diri sendiri? Sejauh mana kemampuan kita untuk mengenali diri sendiri? Adakah benar sesiapa yang tidak mengenali diri sendiri dikira orang yang mampu membuat kejutan untuk diri sendiri?



Dah 27 tahun hidup, aku rasa gabungan nostalgia, enigma hidup bercerita kugiran jiwa sendiri, dan mentaliti kenali kehidupan semasa banyak menyumbang tahap kebatinan diri aku dalam mengenali kehidupan diri sendiri tetapi masih belum tercapai sasaran atau kehendak diri yang mahukan lebih dari itu. kesimpulan ayat nya, aku masih tak paham siapa diri aku...Huhuhuhuhu. Bukan aku jer yang tak paham, kadang2 orang lain pun tak paham. Mana tak nya kadang2 aku ok, kadang2a tak ok, kadang2 selalu bantu orang, tapi selalu nya tak bantu pun, kadang2 egois, tamak, suka bangga diri tetapi kadang2 tunduk pada keadaan sekeliling, pandai hormat orang, suka bantu-membantu, pemurah dan etc. Aku pun pelik, kenapa dah 27 tahun hidup masih ada benda yang aku tak paham tentang diri aku....So macam biasa... LU PIKIR LA SENDIRI...huhuhuhu

Saturday, July 11, 2009

Lepak-melepak...uitm & aku- night version

Jarang benor aku dapat calling dari geng budak jahat uitm (2000-2003) di suruh ajak lepak. ada la dalam setahun 3-4 kali dapat lepak ramai-ramai sekitar shah alam. Dulu-dulu masa zaman remaja boleh la lepak kat karaoke ke, turun key all (selalu uptoen damansara utama la) ke sampai ke larut pagi. Sekarang semua dah berubah. Ramai yang dah kahwin dan beranak pinak, kecuali aku...so terpaksa la lepak kat tempat yang mudah jumpa and kali ni kat kopitiam Li di shah alam seksyen 7. Majlis lepaking ditaja oleh inspektor jsj cheras cilabai. Majlis ini juga dihadiri oleh ciklias (tokey travel egency trg), jebeng (consultant team building), aku (macai govt), cupu (jaga indon kerja), kongo (uitm maintenance), sikodeng (tokey advertisement), and junior2 uitm yang aku tak kenal.

Aturcara macam biasa sembang-sembang kosong sambil makan free and cerita perkara2 pelik yang berlaku 9 tahun lepas antara kami semua. Kadang2 bila jumpa2 macam ni, teringat la nostalgia baru masuk uitm dulu, and masa melalui alam student yang paling best dalam hidup. Pejam celik, pejam celik sekejap je masa berlalu..dah 9 tahun kitorang still contact each other to make close forever. masing-masing sekarang pangkat tinggi-tinggi, tak kurang dah jadi tokei, and badan masing-masing bulat-bulat termasukla aku huhuhuhuhu....

Lepak-melepak ni sebenarnya penting dan perlu di buat secara berkala agar talian hayat persahabatan terus kekal sehingga bila-bila. Pernah dahulu zaman 1997-1999 kerajaan buat kempen jangan melepak. tapi kebaikan nya masih ada. Betul Ker? LU PIKIRLA LA SENDIRI....:-)

Thursday, July 9, 2009

PPSMI...What the hell Pm'

Sedih, pilu, resah, marah dan geram. Apa masalahnya diberhentikan pembelajaran sains & matematik dalam bahasa inggeris? Mana la letak otak-otak udang orang politik dalam menilai program hebat yang direka khas zaman pentadbiran chedet dulu tahun 2002. Tak sedarkah mangkuk hayun semua ni bahawa langkah yang diambil hanya langkah terkebelakang kerajaan? kat mana ahli akademik yang menyokong PPSMI suatu ketika dahulu?Uitm, USM, UM, Unitar and banyak lagi IPT yang menyokong PPSMI suatu ketika dahulu dengan objektif mudahnya untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa inggeris sebagai persedian integrasi menguasai ilmu alam dan manusia (rampaian sains) pada masa hadapan. Adakah objektif ini sejak 2002 telah tersasar atau tiada kemajuan langsung?

Perlu kita toleh disudut tersembunyi mengapa PPSMI dilobi untuk dimansuh padahal telah terbukti berjaya memartabatkan institusi pendidikan negara sejak 50, 60 & 70 an. PPSMI bukan benda baru, mak ayah kita kebanyakannya belajar dalam bahasa inggeris disekolah2 bantuan kerajaan atau sekolah nazir negeri (sebelum merdeka) bukan sahaja dalam subject sains dan matematik, malah dalam subjek komulatif yang lain seperti sastera dan juga sejarah. kemudian revolusi akhir 70 an sistem pelajaran di Malaysia berubah sejajar peredaran zaman untuk mengkebangsaan kan sekolah-sekolah diMalaysia. Mengapa PPSMI cuba dipolitikkan? Cuba kita lihat dimanakah melayu ketika ini di negara malaysia?PPSMI memang dicipta oleh chedet khas untuk orang melayu dalam memperbaik sosio- akademik, dan terjemahan focus sekunder diri dimana orang melayu diminta tercabar dengan kehendak global dunia bahawa kita perlu menguasai bahasa asing dengan baik untuk menguasai orang asing tersebut. Sampai bila kita mahu dihina dan tidak majukan diri? PPSMI ini lah turning point supaya kita lebih kondusif dalam mencari ilmu dan mengusainya secara ilmiah dan all out. Sesetengah pihak telah mencemburui kejayaan anak2 melayu yang rata-rata hebat mencapai kecemerlangan dalam pelajaran hasil PPSMI. Buktinya sejak 2007 hingga kini, anak melayu yang ramai medapat keputusan cemerlang dlm sains dan matematik hasil PPSMI. Fakta ini tidak boleh dipadam dari hasil survey yang dijalankan jabatan pendidikan dan diakui oleh kementerian pelajaran. hal ini ramai dicemburui oleh non-malay dan ditambah garam sedikit oleh parti-parti politik yang mengambil kesempatan sebagai jalan pintas untuk populariti parti. maka PPSMI berjaya dimansuhkan pada 2012.

Namaun bagi aku mesti ada muslihat mengapa 2012?kenapa tidak sekarang?hehehhehehheh, otak najib memang geliga cam chedet gak, cuma kureng sikit dari segi idea.. So jawapannya...Lu Pikirla sendiri....

-adios-p

Wednesday, July 8, 2009

Information Overload at TMC


"Mana nak letak fail-fail aku ni?". Almari dah penuh, space ofis dah takder, yang aku nampak tong sampah besar. kalau ikutkan hati dah lama aku campak semua fail dalam tong sampah and buang dalam lombong. tapi apa kan daya, semua harta-harta ni milik kerajaan yang kalau dikutkan akta rasmi arkib negara, layak digelar dokumen tak aktif. So boleh di asingkan dan dibuang atau dilupuskan dalam masa 10 tahun, 25 tahun, atau sebagainya mengikut kesesuaian keadaan.
Masalah information overload kat ofis aku TMC semakin kritikal kerana tiadanya pegawai bertauliah mengenai pengurusan rekod yang dapat manage all file secara international standard dan pengaruh paper yang digunapakai banyak menyusahkan dari segi pentadbiran untuk retrieve data serta maklumat that what they storage. Dalam hal ini, tak hairanla pada tahun 2007 kerajaan membuat polisi bahawa sesuatu jabatan kerajaan dimestikan mempuny seorang Pegawai Rekod sekurang-kurang nya untuk mengatasi masalah pengurusan maklumat ini. Perkara ini juga pernah dibincang dalam pentadbiran Tun Mahathir dahulu yaitu kerajaan membuat polisi untuk mengurangkan penggunaan kertas (paperless) dalam pentadbiran.
Tapi apa kan daya, takder apa2 tindakan pon diambil kerajaan untuk melaksanakan secara menyeluruh. Ini yang amat kita kesali dan hal sekecil ini boleh menjadi barah dan terjadilah masalah information overload.

Monday, July 6, 2009

Mengapa Kita Perlu Bersatu?

Sejak kebelakangan ini, selalu kita lihat kepincangan antara umat islam didunia amnya, dan di malaysia orang melayu islam khasnya. Mengapa ianya sering terjadi tatkala kita diancam oleh pelbagai elemen seperti, masalah ekonomi yang mungkin berlarutan hingga 2015, masalah sosio-budaya yang menunjukkan tahap kematangan manusia sudah setaraf seperti binatang, masalah politik dunia yang pelbagai ragam iaitu dari kapitalis hinggalah ke kumpulan radiakal islam, masalah pemanasan global dan juga jati diri manusia yang sidah tiada hala tuju dan mementingkan diri sendiri.

Di Malaysia, Mengapa kita Perlu Bersatu berdasarkan fakta tadi?
Lu pikirla sendiri