Wednesday, April 4, 2012

Permergian Daddy tersayang

Daddy, panggilan bagi ayahku sejak aku kecil hingga dewasa. Panggilan yang kadang- kadang menggerunkan kami sekeluarga dengan ketegasan serta lemah lembut yang dimiliki. Raut mata serta janggut yang manis akan membuatkan orang terpesona untuk mendekatinya. Petah berbicara hal keduniaan dan juga akhirat seterusnya menjadi rujukan bagi anak- anaknya. Sedia membantu sesiapa sahaja walaupun sering ditipu dan diambil kesempatan, namun hati tulusnya tidak pernah membalas. Dia tahu Allah itu ada, dia takut akan pembalasannya. Zuhud dunia sentiasa menyelubunginya, namun tidak pula lupakan hal dunia semata- mata. seiring dunia- akhirat lebih molek katanya.

Kini suaranya tiada, Allah meminjamkan hambanya roh buat seketika. Kini dia telah berhijrah ke suatu destinasi. negeri yang lain dan terjamin. Semoga rohnya disis Allah dan di tempat dikalangan orang- orang beriman dan di redhai-Nya..Amin..Hj. Osman Bin Hj. Chik 1945-2012