Saturday, September 27, 2008

Seloka...Epilog Salam Eid fitri...episod 1

Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu terakhir ramadhan, ada yang suka tak kurang yang sedih menderita. Pelbagai ragam dan juga cerita, disebalik ramadhan yang mulia.. menerima kunjungan Syawal yang hampir tiba..semoga kita sejahtera hendaknya. Kepada yang berpuasa selamat sejahteralah atas kemenangannya...tak kurang juga yang ponteng puasa, atas kekalahan dimedan nafsu serakahnya.
Pada miskin dan juga kaya, hendaklah sederhana hendaknya dalam menyambut syawal yang mulia. Zakat fitrah jangan dilupa, rukun islam yang ke-4 tanggungannya... bagi setiap muslim yang berakal mulia. Jangan dilupa juga pada yang tiada, tambahan pula kepada yatim piatu. Hendaklah kita bersama-sama, bantu membantu amalan mulia. Ziarah menziarahi amalan berkat, berkat ditambah ziarahi pusara. Bagi mengenang pada yang tiada, bagi santapan rohani perkasa.
Kuih muih ketupat rendang, tak kurang juga almond london dan juga semperit. semua bergabung meriahkan suasana. Salam bermaafan kita bersama. Dodol dikacau 8 jam lamanya, santan ditambah penguat rasa. Iman dan taqwa siiringan bersama. dalam melengkapi akhiran ramadhan. Mercun meriam amalan china, jadi sandaran kanak-kanak dan dewasa. Namun awas kepada penjaga, penjara mandatori menanati anda.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Monday, September 1, 2008

Selamat Hari Merdeka, Salam Ramadhan Al Mubarak

31 ogos 2008, menyingkap sejarah 51 tahun lepas...negara telah terlepas dari tangan penjajah selama lebih kurang 400 tahun lamanya. Banyak baik buruk dalam zaman penjajahan yang kadang-kadang kita boleh terfikir sejenak, perlukah penjajahan pada masa akan datang lagi? Ini kerana jika lihat fenomena sekarang di Malaysia, remaja rata-rata tak faham erti kemerdekaan dalam kontek kehidupan dan juga civik. Pemahaman cacar marba telah memenuhi kepala setiap golongan muda seterusnya membantutkan sahsiah kehidupan mereka seharian. Diari kehidupan mereka penuh dengan kemusnahan, kemarahan tak bertempat, vandalisme dan bagi golongan melayu spirit "Malay power' masih menebal di hati mereka yang banyak membuatkan diri mereka sesat dengan nikmat perpaduan kaum di Malaysia.
Realiti kini, kita sedar penjajah semakin hari semakin menguasai kita kembali dalam bentuk spiritual. hampir semua sumber kehidupan kita diterjemah sedikit demi sedikit tanpa kita ragui kebolehannya. hasilnya, jadi lah kita warga yang kurang hajar kepada ibu bapa, tidak hormat kepada pemimpin negara dan kedaulatan jata, mat rempit bermaharajalela, bohsia bohjan beranak pinak, tak tahu majukan diri, suka makan subsidi, suka kritik kerja orang tanpa menyumbang, dan yang sedih bagi umat islam, lemas dalam hawa nafsu syaitan dengan rasuah dan nilai integriti yang amat merosot.
Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, peluang bagi kita individu yang lemah disisi-Nya merenung kembali apakah hak kita terhadap negara , bangsa dan negara dan apakah sumbangan kita membantu negara , agama , dan juga bangsa dalam memartabatkan kembali makna kemerdekaan Negara Malaysia ini mahupun untuk diri kita sendiri. Semoga kita menjadi seorang muslim yang beriman, dan seorang warga negara yang berintegriti mulia. Selamat Menjalani ibadah Puasa dengan sempurna...AMINNN...
-adios-