Sunday, June 7, 2009

Orang Kahwin

Hati resah, gelisah, gulana, cemas semua nya ada. Apakan daya rakan sorang demi sorang tewas dalam memperjuangkan alam bujang mereka. Huhuhuhuhu. Tinggallah aku and beberapa lagi yang belum kawin ni menghitung hari, dan tragedi untuk membina alam rumah tangga. Tapi bila erk?Huhuhuhu



start cuti sekolah lepas, berduyun-duyun sms, kad jemputan, and calling samada dari kawan, family atau musuh menjemput ke walimatul urus mereka. Memang la nampak cam biasa tapi bila pikir balik, huhuhuhu tertekan jugak hati nih. maklumlah ada setengan tu anak dah masuk 3 orang. Aku habuk pun takder lagi.

Desaru

Terlalu lama bangat aku tak update kurikendi sampai dah naik berkulat. Takperla because takder siapa pun yang baca kecuali aku, and beberapa orang member aku yang tak sampai 10 orang yang baca kurikendi secara konsisten. Bukan malas nak update tapi maklumlah kerja outstation sampai berbulan-bulan ni buatkan aku takda masa nak tengok internet. Apatah lagi nak layan blog. apatah lagi kalau kita dicampakkan bekerja kat tengah-tengah belantara atau penghujung dunia macam desaru. Huhuhuhuhu.
Aku and staff berkampung kat desaru lebih kurang 2 bulan, Facility kat sini memang ada macam dobi, internet, rekreasi and macam-macam lagi tapi tak macam diharapkan. Tapi apakandaya terima jerlah segalanya dengan pasrah. Masa kecik-kecik dulu selalu jer orang cakap pasal desaru. Pasal pantainya bersih, keindahan memukau, dan tempat peranginan paling berprestige paling selatan tanah air. Memang pun semuanya betul, tapi kerajaan perlu lakukan sesuatu terhadap bandar yang paling dekat dengannya iaitu Bandar Penawar yang kalau difikirkan bertaraf pekan koboi yang kurang pesat membangun. Padahal bandar Penawar telah lama wujud di desaru. Jika bandar ini pesat membangun, maka tak hairan lah ramai yang gemar kesini. Kalau perhatikan sekarang, kedai makan pun terhad, kebanyakan tutup jam 10 malam. so Bandar ni jadi mati tanpa aktiviti. Memang boring jadi rakyat desaru kalau dah biasa hidup kat keyall cam aku. Huhuhuhuhuhu.
Tapi aku redha jer kat manapun aku dicampakkan bekerja kerana kerja itu ibadah dah perlu keikhlasan, barula tak boring walaupun kena campak tengah-tengah laut sekalipun untuk bekerja. Ada masa aku update pic desaru kat blog ni.
-adios-