Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H

Kepada pengunjung weblog ini, serta rakan dan kenalan, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 1430 Hijrah, semoga tahun baru ini akan membuatkan diri kita lebih cemerlang serta mantap untuk mengharungi dunia yang semakin mencabar ni.

-nazeri & keluarga-

Friday, December 12, 2008

Korban & Aidiladha


Lewat kata disusun sepuluh jari ampun maaf dipinta kepada semua sempena menyambut Aidiladha yang mulia. Dah habis raya baru nak wish, nampak pelik tapi apa nak buat tuntutan pekerjaan membuatkan aku sibuk sampai tak sempat nak update weblog ni.
Tahun ni Aidiladha meriah bagi aku kerana setelah sekian lama akhirnya tahun ni aku buat juga ibadah kurban (walaupun bapak aku yang bayarkan :-) tak kisah lah siapa yang bayar tapi ini sebagai turning point untuk aku mula belajar berkorban samaada masa, keringat, mahupun wang ringgit untuk melangkah kedepan memajukan diri sempena tahun baru. Banyak benda nak buat sempena tahun baru yang bakal menjelma 2009 (1430H) akan datang. Tapi biarlah planning yang dibuat membuah kan hasil walaupun mengambil masa yang lama. kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Nampaknya tahun 2008 (1429) ni tak banyak aktiviti atau projek yang aku buat, mungkin sibuk dengan kerjaya baru. Bisnes pun tak banyak masuk seperti tahun 2007 dan 2006 tapi aku akan pastikan semua berjalan dengan lancar pada tahun 2009 ini.

Saturday, November 15, 2008

PELAJARAN & MASA DEPAN

Salam Sejahtera, dah berabuk nampaknya weblog Kurikendi Republic ni because tak di update. Sorry kepada pembaca setia (kurang dari 15 orang kot) yang nak tau pasal status terkini pasal diri aku. Sekarang aku tengah sibuk utk mempersiapkan diri uuntuk mendaftar sebagai student di UiTM (Home of Cikaro) pada bulan Disember ini. Gementar pun ada jugak maklumlah dah 3 tahun meninggalkan alam pembelajaran kat Universiti. Dah hampir 3 tahun bekerja so aku ambil keputusan menyambung pelajaran semula dalam Degree of Master in Information Management. Target aku lepas habis belajar ni aku nak kembali ke swasta and jadi System Analyst yang berjaya tak pun System Engineer (sebenarnya nak gaji besar).
Sebenarnya, memang dah lama berhajat nak sambung belajar tapi baru sekarang terdetik because takut lebih lama tangguh, lagi berkarat la otak ni. Kerja sekarang ni pun macam makan angin jer, so tak la beban sangat bila kerja sambil belajar. Apapun, target untuk mendapat master before umur 30 tahun mencapai sasaran, cuma PHD nanti la pikir balik nak buat ker idak huhuhuhuhu....Apapun bapak aku dah beri perkenan suruh sambung PHD. Harap-harap dia nak support kuikuikui...
Berbalik kepada taraf pendidikan aku sekarang bukanlah mengejar kepada kebendaan dunia. Bukan bermakna belajar tinggi-tinggi untuk mengejar pangkat dan gaji besar. Itu hanyalah bonus because bagi aku pelajaran ni penting dalam hidup untuk orang menilai martabat seseorang disisi masyarakat. Kita mesti ada simpan sikit niat bahawa suatu hari kita akan bagi sesuatu kepada masyarakat tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun samaada Integriti kemasyarakatan, kepimpinan sosial, Akhlak Intelek, mahupun dalam Bidang Usrah Muamalat Islamiah.
Apapun harapan menggunung aku supaya aku dapat membuat sesuatu bila habis belajar nanti untuk masyarakat dan dapat memperbaiki diri supaya menjadi Intelektual yang amat beretika dalam kerjaya dan kehidupan.Amin

Monday, October 27, 2008

Seloka...Epilog Salam Eid fitri...episod akhir

Pejam celik...pejam celik dah sebulan berhari raya. Ada yang gembira tak kalah juga yang berduka. Yang gembira kerana berjaya menyambut dengan kesyukuran, yang tak gembira kerana menyambut dengan hutang-piutang. Sang koperasi dan bank berjela-jela membuat tawaran. Senyumlah seketika sang peminjam untuk sebulan tiga. Bukan mencaci dan menghina, kaum melayu si banyak angkara...suka bermegah walau berduka, tak sedar dek gaji yang tak semana.
Puasa sebulan ibadah terbaik sepanjang zaman, berakhir dengan penuh kejayaan. Puasa enam pelengkap ketaqwaan, bagi mengubat rasa kerinduan. Open house bersilih ganti, perut boroi sentiasa menanti. Ada yang pergi, ada pula yang kirim ganti...namun tetap disambut dengan berlebihan. Bukan cemburu atau benci, sekadar pengigat untuk generasi. Adakah ini yang dikata rezeki?
Orang buat ketupat pakai daun kelapa muda, ada juga pakai sabut kelapa. Tapi jangan tergadai iman dan juga agama. Resepsi iman sukar disewa beli, oleh iburaya , bapa tak mungkin di turun ganti...tambah nilai iman diberi di syawal yang mulia ini. Semoga selamat dunia akhirat.
Semoga berjumpa dilain hari, buat pelengkap santai tauladan. jangan difikir dosa semalam...cubalah pikirkan pahala esoknya. Selamat hari raya, maaf zahir & Batin
-nazeri alsubangi-

Saturday, September 27, 2008

Seloka...Epilog Salam Eid fitri...episod 1

Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu terakhir ramadhan, ada yang suka tak kurang yang sedih menderita. Pelbagai ragam dan juga cerita, disebalik ramadhan yang mulia.. menerima kunjungan Syawal yang hampir tiba..semoga kita sejahtera hendaknya. Kepada yang berpuasa selamat sejahteralah atas kemenangannya...tak kurang juga yang ponteng puasa, atas kekalahan dimedan nafsu serakahnya.
Pada miskin dan juga kaya, hendaklah sederhana hendaknya dalam menyambut syawal yang mulia. Zakat fitrah jangan dilupa, rukun islam yang ke-4 tanggungannya... bagi setiap muslim yang berakal mulia. Jangan dilupa juga pada yang tiada, tambahan pula kepada yatim piatu. Hendaklah kita bersama-sama, bantu membantu amalan mulia. Ziarah menziarahi amalan berkat, berkat ditambah ziarahi pusara. Bagi mengenang pada yang tiada, bagi santapan rohani perkasa.
Kuih muih ketupat rendang, tak kurang juga almond london dan juga semperit. semua bergabung meriahkan suasana. Salam bermaafan kita bersama. Dodol dikacau 8 jam lamanya, santan ditambah penguat rasa. Iman dan taqwa siiringan bersama. dalam melengkapi akhiran ramadhan. Mercun meriam amalan china, jadi sandaran kanak-kanak dan dewasa. Namun awas kepada penjaga, penjara mandatori menanati anda.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Monday, September 1, 2008

Selamat Hari Merdeka, Salam Ramadhan Al Mubarak

31 ogos 2008, menyingkap sejarah 51 tahun lepas...negara telah terlepas dari tangan penjajah selama lebih kurang 400 tahun lamanya. Banyak baik buruk dalam zaman penjajahan yang kadang-kadang kita boleh terfikir sejenak, perlukah penjajahan pada masa akan datang lagi? Ini kerana jika lihat fenomena sekarang di Malaysia, remaja rata-rata tak faham erti kemerdekaan dalam kontek kehidupan dan juga civik. Pemahaman cacar marba telah memenuhi kepala setiap golongan muda seterusnya membantutkan sahsiah kehidupan mereka seharian. Diari kehidupan mereka penuh dengan kemusnahan, kemarahan tak bertempat, vandalisme dan bagi golongan melayu spirit "Malay power' masih menebal di hati mereka yang banyak membuatkan diri mereka sesat dengan nikmat perpaduan kaum di Malaysia.
Realiti kini, kita sedar penjajah semakin hari semakin menguasai kita kembali dalam bentuk spiritual. hampir semua sumber kehidupan kita diterjemah sedikit demi sedikit tanpa kita ragui kebolehannya. hasilnya, jadi lah kita warga yang kurang hajar kepada ibu bapa, tidak hormat kepada pemimpin negara dan kedaulatan jata, mat rempit bermaharajalela, bohsia bohjan beranak pinak, tak tahu majukan diri, suka makan subsidi, suka kritik kerja orang tanpa menyumbang, dan yang sedih bagi umat islam, lemas dalam hawa nafsu syaitan dengan rasuah dan nilai integriti yang amat merosot.
Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, peluang bagi kita individu yang lemah disisi-Nya merenung kembali apakah hak kita terhadap negara , bangsa dan negara dan apakah sumbangan kita membantu negara , agama , dan juga bangsa dalam memartabatkan kembali makna kemerdekaan Negara Malaysia ini mahupun untuk diri kita sendiri. Semoga kita menjadi seorang muslim yang beriman, dan seorang warga negara yang berintegriti mulia. Selamat Menjalani ibadah Puasa dengan sempurna...AMINNN...
-adios-

Saturday, August 23, 2008

Accident


Dah lama tak accident, terbaru kat Felda pasir besar on the way nak ke felda Jelai, N.9 lori yang aku naik ngan driver hukm terbabas apabila melalui salah satu selekoh di KM2 Jln Pasir Besar. Bukan takat terbabas, rempoh pulak tiang letrik tnb sampai putus 2 dan lori masuk gaung kebun getah. Macam roller coaster pon ada, yang pelik..AKU HIDUP LAGI. Walaupun accident ni teruk, tapi aku cedera sikit aja, sama la ngan driver.

Mengikut riwayat penduduk setempat, tiang tnb yang aku langgar tu baru je ditegakkan balik bulan lepas after kereta accident kat situ juga, kedudukan tiang yang sama, tempat yang sama, dan cara yang sama kemalangan terjadi. Mengikut rekod polis, baru sorang je mati kat situ, rekod penduduk setempat pula dah ramai mati situ. Post Mortem awal mendapati jalan yang dilalui tidak rata diantara selekoh tajam jalan tersebut menyebabkan kepada sesiapa yang tak tahu terutama orang luar kawasan yang tidak berhati-hati akan berisiko ditimpa malang macam aku. Post mortem awal juga mendapati punca aku selamat kerana aku terpelanting keluar dari lori (setengah badan kat dlm lori, setengah kat luar) setelah cermin depan pecah dulu akibat rempuhan tiang tnb. So aku crawl keluar la dengan cepat dan cergas sebab aku ingat lori akan meletup (akibat pengaruh citer omputih la ni...). nak crawl keluar pun bukannya senang, sebab lurah licin kerana cuaca masih lagi hujan tapi aku berjaya juga, tak sia-sia la senior aku dalam askar dulu ajar aku crawl kat bukit tonggek uitm shah alam jam 2-3 pagi huhuhuhu. Ada banyak lagi pic aku tak upload kat sini kerana sisatan masih dijalankan. Hehehehehehe apapun tq yang wish keselamatan aku.
-adios-

Sunday, July 20, 2008

KAHWIN...Realisasi Agama!!!!

Kahwin adalah dituntut oleh agama terutama Islam bagi membiakkan umat Adam dimuka bumi ini secara sah. Apa yang perlu ditonjolkan dalam perkahwinan adalah sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain, dan bantu membantu disamping menjaga hak masing-masing didalam kehidupan seharian. Apa yang sering berlaku ketika ini adalah sebaliknya malah ada yang lebih teruk dari kehidupan binatang dimana isteri dicerai ketika hamil, bernikah hanya 10 hari, dan pelbagai lagi. kegagalan menjaga kualiti didalam kehidupan berumah tangga amat kritikal dimasa kini malah sesetengah perkahwinan boleh dilihat hanya untuk kepuasan peribadi bukannya kerana ibadah dan niat kerana Allah.
Perubahan kehidupan ke era teknologi banyak mempengaruhi masyarakat kini dalam pergaulan, perniagaan, pembelajaran mahupun teman sosial. Dalam segmen perkahwinan, tak kurang hebatnya mencari jodoh melalui chatting, forum-forum dan lain-lain bagi sesiapa yang agak sukar bergaul secara konvensional. Pemilihan dalam tatacara persahabatan seterusnya ke jinjang pelamin amat popular masa kini dan menjadi alternatif terutama di negara-negara maju seperti Jepun dan juga Singapura yang puratanya memilih Internet sebagai jalan penyelesaian mencari jodoh. Namun di negara membangun di Malaysia, ramai yang menyalahgunakan kemudahan ini dengan menipu daya pasangan masing-masing melalui perkenalan Internet dan juga Khidmat SMS maka terjadilah kes-kes seperti rogol, melarikan anak dara orang dan sebagainya. Agak menakjubkan baru berkenalan 2 minggu diInternet, sanggup ikut pasangan ke mana-mana tanpa hala tuju.
Perkahwinan adalah satu rahmat dari Allah, tak seharusnya dijadikan sebagai sampel kehidupan duniawi semata-mata. Perlu dihiasi dengan keikhlasan agar keturunan dari perkahwinan itu suci dan menjadi keturunan yang berguna. Kebolehan berkomunikasi juga adalah kunci kebahagian dalam perkahwinan, namun kunci itu perlu di jaga dengan baik agar dapat menjalinkan satu istilah kehidupan yang normal dan berkualiti disisi agama. Selamat pengantin baru kepada semua pengantin-pengantin baru dan tak lupa kepada Abang aku yang telah melangsungkan perkahwinan pada bulan jun lepas. Semoga kekal hingga akhir hayat...so lepas ni turn aku la pulak huhuhuhuhu :-)

Friday, June 20, 2008

Menjadi Ketua

KETUA, LEADER, MANDOR, KEPALA, PENGAWAS, KORDINATOR...makna yang sama disektor pekerjaan berbeza, namun tanggungjawab tetap sama iaitu menjadi ketua bagi memantau sesuatu kumpulan atau komuniti untuk menjalankan sesuatu kerja dengan lancar. Bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi ketua, ada yang dilahirkan hanya menjadi pengikut sahaja (maca'i)...Tetapi menjadi ketua tidak semudah yang disangka. ramai yang bercita-cita menjadi ketua tetapi tiada kekuatan atas tanggungjawab tersebut, sudahnya kerja tak terurus, anak buah tak dikontrol dengan baik, dan paling teruk kerja yang diberi tak jalan langsung.
Bagi aku, aku memang dilahirkan menjadi ketua sejak aku kecil hingga dewasa, tetapi aku tak pernah hargai kerana aku tak suka tanggung jawab yang diberikan (mayb sebab tu aku masih bujang) hehehhehhe. Bagi aku yang paling penting sanggupkah kita menanggung amanah yang diberikan dan bukannya populariti menjadi ketua. Melalui pengalaman aku sendiri, aku telah banyak kali letak jawatan sebagai ketua, bermula dengan perletakkan jawatan sebagai Pengawas Sekolah (Start jadi pengawas darjah3-6,Tingkatan 2-4, ting 5 letak jawatan), tingkatan 5 juga aku banyak lepaskan jawatan ketua samada dalam persatuan sukan sekolah mahupun persatuan lain semata-mata kerana nak tumpu SPM. Masa sekolah menengah juga bapak aku jadikan aku mandor kepada pekerja-pekerjanya dalam sektor pembinaan.. time cuti sekolah aja. Korang bayangkan seawal tingkatan 3 aku dilatih kerja mengarah orang oleh bapak sendiri dan aku mengarah orang yang lebih terer dari aku dalam kerja-kerja pembinaan yang umur mereka rata-rata 20-40an.
Kemudian di Universiti, pernah diberi peluang jadi exco kolej (penempatan rotu) tetapi aku tolak mentah-mentah sebab aku rasa ada lagi yang best dari aku. Habis diploma umur 21 (2003), jadi pegawai tentera sukarela (rejimen Askar Wataniah-515 Rejimen AW) ..masalah timbul bila aku sambung belajar maka aku pun jadi tak komited dan stim terhadap tugas yang diberi, tau tau ajerlah kalau dah jadi pegawai tentera tu teruk gak kerjanya walaupun dalam bab-bab pentadbiran jer, sudahnya aku jadi kokap sampai takut dengan diri sendiri. Sudahnya aku tak sambung kontrak yang tamat mei 2008. Habis Degree (2005) aku kerja kat perpustakaan kolej swasta (kepala reference unit), masalah timbul bila bos baru aku yang boleh dikatakan takda pengalaman dalam pentadbiran pustakaan sering kritik cara aku bekerja dan juga pentadbiran aku, mana tak angin aku maka pada tahun 2007 aku pun letak jawatan kerana malas nak bekerja dengan orang bodoh dan kebetulan dapat kerja baru yang aku rasa takder tekanan sangat iaitu dalam sektor kerajaan. Dalam sektor kerajaan pulak, tak la mencabar sangat peranan yang aku dapat kat sini kalau nak banding dengan tempat kerja lama aku dan pengalaman aku dalam urus tadbir sebelum ni. Cuma baru-baru ni diberi peluang menjadi Ketua Lapangan untuk projek, tapi kira okey la kokap sikit-sikit jer :-) perkara biasa la kot.
Fenomena aku berhenti menjadi ketua dalam pelbagai kerja dari sektor yang remeh sampai sektor yang sangat komplikated memberikan gambaran bahawa aku bukannya suka sangat jadi ketua tapi selalu diberi tempat sebegitu. Mungkin sebab nasib atau kebetulan namun punca aku selalu letak jawatan adalah kerana faktor-faktor mudah seperti tidak komited terhadap kerja apabila ada tugas lain yang lagi penting, faktor sekeliling juga memainkan peranan seperti bekerja dengan orang yang tak memahami kita, dan yang paling banyak, apabiila tanggungjawab yang diberi aku berat nak laksanakan.
Apabila menjadi ketua, kita kena ingat objektif kerja kita...macam aku, aku lebih suka bekerja secara fleksible, tanpa tekanan diberi kepada orang bawahan, dan yang paling utama ialah kebajikan pekerja . faktor ni semua adalah moral kepada petugas kita untuk menjayakan misi atau objektif projek yang diberi. Aku tak seperti orang lain yang minta dirinya dihormati apabila menjadi pegawai atau ketua tapi cukup sekadar mereka jalankan tugas mereka dengan baik, itupun dah kira ok kerana pangkat hanya rekaan manusia manakala tanggungjawab adalah amanah yang akan disoal dan dihisab oleh Allah di akhirat kelak.

Thursday, June 12, 2008

Minyak Naik Lagi...PM Senyum Macam Kera Separa Babi

Buat kali pertama aku tulis cerita sensitif lagi sensasi.MINYAKKK...nama diberi.kalau pikir balik memang la semua ni salah Bush yang start menyerang negara2 arab dan sejak itu harga minyak bermula seawal 2003 tidak stabil dipasaran sehingga menyebabkan inflasi yang tinggi diseluruh dunia.Hasil perang juga...harga minyak melambung tidak seiring dengan harga emas tulin dunia.ini amat memeranjatkan dan boleh buat harga minyak tak boleh kontrol oleh sesiapa kecuali permintaan terhadap minyak menurun, tapi itu agak mustahil dalam jangka masa pendek ini (mengambil konsep "difisit komoditi global" dalam ekonomi).

Apa yang aku nak membebel kat sini ialah kebodohon pemimpin malaysia yang terlau ikut "buku teks ekonomi tingatan 4&5 keluaran 80-an" apabila membuat sesuatu keputusan yang boleh dikata GILA dan BANGGANG dalam mendifinasikan ekonomi dan kekayaan negara.Oleh kerana aku ahli ekonomi tak bertauliah (sebab terlalu gemar baca buku ekonomi), aku terperasan konsep recovery yang diguna pakai negara dalam menangani harga minyak tidak praktikal malah perlu di struktur mengikut peredaran semasa yang sangat global. sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, rakyat tidak perlu dibebankan dengan kenaikan harga minyak setiap tahun oleh negara. Tambahan pula, dah tau harga minyak naik, PM banggang kita ni plak boleh buat projek2 mega (koridor) di seluruh negara.Konon keuntungan untuk masa panjang, padahal dalam masa yang sama suruh jimat cermat untuk hadapi krisi ekonomi sejagat.Apa kejadahnya la nasihat PM kita sorang ni, nasihat tak pakai otak atau otak kat kepala lutut.

Baru-baru ni dikurangkan 10-30% elaun keraian ahli YB negeri dan sebagainya dalam langkah redakan hati rakyat, tolong la sikit...berapa jer yang dapat jimat sedangkan banyak benda boleh kurangkan lagi belanjawan defisit negara pada setiap tahun.bagi aku kerajaan dah hilang peedoman dan berkepentingan peribadi, ko tunggula azab kat akhirat esok wahai Paklah Imam hadari kerana gagal melindungi rakyat.

bagi aku ada beberapa langkah yang boleh dibuat sejajar dengan perkembangan semasa seperti:
-Tambat semula Ringgit dipasaran,langkah jangka masa sederhana ini akan menjimatkan aliran duit keluar negara dan membantu penambah rezab kerajaan berskala sederhana.
-Nilai semula projek2 mega yang boleh dedifinasi sebagai membazir dan kalau boleh struktur semula perlaksana projek dengan memberi kepada syarikat kerajaan sahaja, bukannya konsesi bukan GLC seperti dimalkan kini.
-masukkan teknologi pertanian yang berdaya maju agar sektor pertanian dinegara ini mampu menampung permintaan eropah, seiring itu duti eksport dapat menghasilkap pendapatan negara.
-mengkomersialkan R&D rakyat2 malaysia terutama di IPTA agar pertumbuhan sektor berkenaan dapat menampung sektor peluang pekerjaan yang terhad kini seterusnya mengurangkan inflasi.
-Jangan ubah rupa bentuk wang malaysia bagi jangka masa yang lama, lagi lama tak tukar bentuk wang lagi bagus. Contohi Amerika dah 200 tahun tak tukar bentuk matawang dan ini benar2 dapat mengukuhkan nilai dipasaran walaupun nilai sebenar dibawah sifar jika dibanding dengan duit negara2 arab teluk.
dan last sekali sudah pasti la BUANG PEMIMPIN YANG SELALU TIDO MACAM PAKLAH.

Adios....

Sunday, June 1, 2008

KAWAN!!!!!!

Kawan, member, rakan, click, mate, mek(ini nama org gaji kot..hehhehe) dan macam-macam lagi perkataan yang bermaknakan hubungan dan persahabatan. bolehkah korang kira berapa jumlah kawan-kawan korang yang ada jika dikira dari zaman tadika, sek. rendah, sek. menenegah, universiti/kolej, tempat kerja, dan macam-macam lagi. Dan boleh tak korang kira berapa kerat kawan-kawan korang yang masih korang berhubung sehingga sekarang?
Kawan, ada bermacam kawan, ada jenis datang dan pergi, ada jenis teman minum lepak sampai ke subuh pagi, ader yang time sengkek baru nak berkawan pinjam duit, ada yang just nak ambil kesempatan kerana kepentingan, ada yang betul-betul ikhlas berkawan, ada kawan makan kawan dan pelbagai lagi. Pendek kata kawan kita banyak tetapi tak banyak yang boleh berada disamping kita dikala susah.
"Bestfriends"....Bagi aku, sejak dahulu sampai sekarang masih lagi aku takder bestfriend. Bukan sebab takder yang sekepala tapi malas aja nak beriya-iya berkawan sakan. lagipun lelaki kalau bab-bab bestfriend ni tak kisah sangat, tapi yang peliknya...kenapa ramai kaum perempuan tak boleh hidup tanpa bestfriends?teka-teki ni aku tinggalkan sebab aku malas nak tolong fikir sebab jam dah pukul 4 pagi,so aku nak tido...esok aku kena bangun awal nak cat rumah.....WOIIIIIII..mana kawan-kawan aku ni,kata nak tolong aku cat rumah.CINABENG LU ORANG !!!!!

Saturday, May 24, 2008

Hantu "busby babes" bantu Manchester United di Moscow?

Pantang maut sebelum ajal, berjuang hingga titisan darah terakhir,langkah mayat aku dahulu dan banyak lagi adalah contoh bait-bait kata hikmah yang selalu org melayu gunapakai dalam macam2 hal kehidupan sebagai pendorong seperti masa time belajar, exam,pertandingan bersukan, pergi berperang,ditimpa penyakit dan etc....contoh terbaru yg jelas dapat lihat ialah semasa M.U kalahkan chelsea dlm liga juara2 eropah 2008. ini kali kedua M.U mng dgn bantuan nasib sama seperti 1999.adakah ini hasil bantuan hantu-hantu tragedi plan crash busby babe (anak buah sir matt busby) ataupun diorang mengaplikasikan pepatah-pepatah melayu ini?

Mmg sekali tengok game tu mmg M.U hancur dibabak kedua ditambah pulak pak ronaldo yang gagal dalam sepakan penalti menambah kuatkan lagi pasukan satanic red ini akan kalah...tetapi oleh kerana mereka telah belajar pepatah melayu berjuang hingga titisan terakhir, maka kemenangan yang mustahil telah menjelma secara sekonyong-konyongnya...Pelik tapi Benar bukan sekali tapi 2 kali dilakukannya. Maka tak semena-mena semasa sidang akhabar, sir alex fergusan pengurus M.U dengan bangga menyatakan kemenagangan ini ada kaitan dengan semangat The Busby Babe.

Cerita-cerita begini sebenarnya seronok dibaca dan dihubung kaitkan walaupun nampak kelakar dan tak logik tetapi boleh dijadikan asas oleh golongan-golongan manusi terutama yang bernama melayu agar tak cepat mengalah dalam apa jua situasi samada perniagaan, pembelajaran, atau pun dalam pekerjaan. Atau mereka boleh memilih jalan yang salah dengan menggunakan hantu-hantu ciptaan dukun degawan untuk mebantu mereka dalam membuat mandrem perniagaan dan sebagainya.Lagi satu bidalan,tepuk dada tanya selera.

Monday, May 19, 2008

Akhirnya...inilah Weblog Rasmi aku

Salam takzim, sejahtera, Ahlan Wasahlan dan selamat datang ke Weblog rasmi aku yang pertama kali dalam sejarah aku bina atas dasar permintaan secara spontanious aku sendiri. Weblog yang berkonsepkan main gitar di jambatan ini mempunyai Prolognya yang tersendiri dan istimewanya merangkumi kisah sosiologi kemasyarakatan serta kisah semak otak yang aku lalui seharian.
Blog ini terbuka kepada sesiapa untuk dibaca, diterjemah dan memberikan pandangan samada secara lansung dan tidak langsung.Meminjam kata kekanda aku dalam blognya,
"Maka dengan ini, "saya" merasmikan blog ini dengan "Bismillahirrahmanirrahim"...tadaaa *potong reben kaler merah*
~KURIKENDI.dot.com~
Selamat berkhayal dan menulis..Hehehehehhehe.;-)