Menjadi Ketua
KETUA, LEADER, MANDOR, KEPALA, PENGAWAS, KORDINATOR...makna yang sama disektor pekerjaan berbeza, namun tanggungjawab tetap sama iaitu menjadi ketua bagi memantau sesuatu kumpulan atau komuniti untuk menjalankan sesuatu kerja dengan lancar. Bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi ketua, ada yang dilahirkan hanya menjadi pengikut sahaja (maca'i)...Tetapi menjadi ketua tidak semudah yang disangka. ramai yang bercita-cita menjadi ketua tetapi tiada kekuatan atas tanggungjawab tersebut, sudahnya kerja tak terurus, anak buah tak dikontrol dengan baik, dan paling teruk kerja yang diberi tak jalan langsung.
Bagi aku, aku memang dilahirkan menjadi ketua sejak aku kecil hingga dewasa, tetapi aku tak pernah hargai kerana aku tak suka tanggung jawab yang diberikan (mayb sebab tu aku masih bujang) hehehhehhe. Bagi aku yang paling penting sanggupkah kita menanggung amanah yang diberikan dan bukannya populariti menjadi ketua. Melalui pengalaman aku sendiri, aku telah banyak kali letak jawatan sebagai ketua, bermula dengan perletakkan jawatan sebagai Pengawas Sekolah (Start jadi pengawas darjah3-6,Tingkatan 2-4, ting 5 letak jawatan), tingkatan 5 juga aku banyak lepaskan jawatan ketua samada dalam persatuan sukan sekolah mahupun persatuan lain semata-mata kerana nak tumpu SPM. Masa sekolah menengah juga bapak aku jadikan aku mandor kepada pekerja-pekerjanya dalam sektor pembinaan.. time cuti sekolah aja. Korang bayangkan seawal tingkatan 3 aku dilatih kerja mengarah orang oleh bapak sendiri dan aku mengarah orang yang lebih terer dari aku dalam kerja-kerja pembinaan yang umur mereka rata-rata 20-40an.
Kemudian di Universiti, pernah diberi peluang jadi exco kolej (penempatan rotu) tetapi aku tolak mentah-mentah sebab aku rasa ada lagi yang best dari aku. Habis diploma umur 21 (2003), jadi pegawai tentera sukarela (rejimen Askar Wataniah-515 Rejimen AW) ..masalah timbul bila aku sambung belajar maka aku pun jadi tak komited dan stim terhadap tugas yang diberi, tau tau ajerlah kalau dah jadi pegawai tentera tu teruk gak kerjanya walaupun dalam bab-bab pentadbiran jer, sudahnya aku jadi kokap sampai takut dengan diri sendiri. Sudahnya aku tak sambung kontrak yang tamat mei 2008. Habis Degree (2005) aku kerja kat perpustakaan kolej swasta (kepala reference unit), masalah timbul bila bos baru aku yang boleh dikatakan takda pengalaman dalam pentadbiran pustakaan sering kritik cara aku bekerja dan juga pentadbiran aku, mana tak angin aku maka pada tahun 2007 aku pun letak jawatan kerana malas nak bekerja dengan orang bodoh dan kebetulan dapat kerja baru yang aku rasa takder tekanan sangat iaitu dalam sektor kerajaan. Dalam sektor kerajaan pulak, tak la mencabar sangat peranan yang aku dapat kat sini kalau nak banding dengan tempat kerja lama aku dan pengalaman aku dalam urus tadbir sebelum ni. Cuma baru-baru ni diberi peluang menjadi Ketua Lapangan untuk projek, tapi kira okey la kokap sikit-sikit jer :-) perkara biasa la kot.
Fenomena aku berhenti menjadi ketua dalam pelbagai kerja dari sektor yang remeh sampai sektor yang sangat komplikated memberikan gambaran bahawa aku bukannya suka sangat jadi ketua tapi selalu diberi tempat sebegitu. Mungkin sebab nasib atau kebetulan namun punca aku selalu letak jawatan adalah kerana faktor-faktor mudah seperti tidak komited terhadap kerja apabila ada tugas lain yang lagi penting, faktor sekeliling juga memainkan peranan seperti bekerja dengan orang yang tak memahami kita, dan yang paling banyak, apabiila tanggungjawab yang diberi aku berat nak laksanakan.
Apabila menjadi ketua, kita kena ingat objektif kerja kita...macam aku, aku lebih suka bekerja secara fleksible, tanpa tekanan diberi kepada orang bawahan, dan yang paling utama ialah kebajikan pekerja . faktor ni semua adalah moral kepada petugas kita untuk menjayakan misi atau objektif projek yang diberi. Aku tak seperti orang lain yang minta dirinya dihormati apabila menjadi pegawai atau ketua tapi cukup sekadar mereka jalankan tugas mereka dengan baik, itupun dah kira ok kerana pangkat hanya rekaan manusia manakala tanggungjawab adalah amanah yang akan disoal dan dihisab oleh Allah di akhirat kelak.
Comments