Relevensi Blogging Era 2018
Adakah masih releven menulis blog (blogging) di era 2018? sukar nak beri jawapan tetapi itulah sistem penyampaian maklumat (SPM) yang amat sukar diramal. Tatkala FB, IG, Twitter, dan seangkatannya mengambil alih kemasyuran blog suatu ketika dulu, kadang- kadang terpikir untuk berhenti menulis di blog. Aku secara peribadi pun hanya update di IG dan juga FB event- event penting yang berlaku, tidak lagi pada blok KURIKENDI ini.
KURIKENDI dibuat suatu ketika dulu hanya satu tujuan, iaitu ,menterjemahkan idea penulisan aku sendiri tak kira dalam apa jua bidang. Aku tahu trakfik yang membacanya hanya sedikit iaitu rakan- rakan terdekat sahaja, berbanding dengan IG dan FB yang mudah dilihat oleh rakan dan public. Aku juga tidak berniat untuk mengkomersialkan blog ini seperti disarankan oleh beberapa rakan....mungkin suatu masa nanti InsyaAllah. Apa yang penting, aku boleh menulis apa yang aku rasakan perlu diterjemahkan dari semasa kesemasa.
Pendapat aku, blog masih lagi relevan dan amat penting bagi perkongsian maklumat secara formal atau santai. Cuma pendekatan harus berubah seiring peredaran zaman dimana perlu di 'Integrated' kan dengan medium- medium media sosial lain. Ini penting kerana kita harus maklum, ramai yang mengakui jangka hayat sesuatu media sosial tidak lah lama, tetapi blog adalah konsisten dan telah terbukti mempunyai impak juga bertahan lama serta boleh dikawal oleh pemilik.
Kini ramai yang telah aktif semula menulis blog sebagai backup. Mereka seakan tahu kekurangan di media- media sosial tersebut, namun tidak dinafikan keberkesanan media- media sosial tersebut terutama bagi yang menjalankan perniagaan. Walaubagaimanapun bagi aku, yang hanya menggunakan blog dan media sosial bagi berkongsi maklumat dan pengalaman, kedua- duanya adalah begitu penting dan masing- masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
'Information Sharing, Information Wisdom'
Comments