Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Hari ini 1 Muharram 1433, hari pertama dalam kelendar islam bagi 1433 hijriyi. Pada kebanyakan orang, inilah masanya untuk memasang niat atau revise niat tahun lepas sama ada tercapai atau tidak dan memasang target baru. Bagi aku yang berkelana ini, tahun 1432 adalah tahun bermakna bagi aku kerana pada tahun ini aku berjaya menghabiskan pengajian aku walaupun pernah tergelincir sedikit. Alhamdulillah semuanya telah berjaya diharungi dengan baik dan bersyukur kerana bukan senang kerjaya berkelana macam aku boleh bagi komitmen pada pelajaran. Pada 1432 juga ibu bapaku semakin sihat dan kami sekeluarga boleh dikatakan kembali ke rutin harian seperti biasa.

Anti-establish, mungkin itulah ungkapan sesuai bagi aku sejak dulu. Relevancy nya pada tahun baru ini, aku inginkan anjakan paradigma dalam hidup aku. Memang ada beberapa perkara perlu dilakukan pada tahun baru ini, perkara yang agak besar dan perlukan penelitian yang baik seperti rumahtangga dan pekerjaan. 2 perkara ini sudah mula berlegar difikiran aku sejak tahun lepas tetapi aku ketepikan dulu bagi memberi ruang untuk aku menghabiskan pengajian aku yang terbengkalai.

Perkahwinan memang perlu dalam islam, tetapi bagaimana kita membina institusi itu sangat penting untuk diperhalusi dan pelajari dari masa kesemasa. Aspek kerohanian serta budi bicara yang tinggi amat perlu dalam perkahwinan dan itulah yang aku sedang pelajari sekarang. Bukan tidak mahu berkahwin awal tetapi aku tahu tahap peribadi aku yang sentiasa negative dan perlu penyesuaian yang berpanjangan. Mungkin 1433 tahun yang sesuai kearah itu. Amin.

Perkerjaan pula adalah satu istilah subjektif bagi aku. Walaupun aku tak memilih kerja tetapi aku amat gemarkan cabaran- cabaran baru. Jika aku rasa tidak ada cabaran pada tempat tersebut dan tempat aku semakin selesa, aku akan mula memikirkan cabaran baru ditempat lain pula. Ironinya tak ramai orang berpikiran seperti aku. Memang ramai yang sukakan kedudukan dan tempat yang selesa dalam pekerjaan, tetapi aku lebih sukakan cabaran supaya diri ini dapat dimotivasikan secara berkekalan. Tempat kerja sekarang bagi aku adalah terbaik pernah aku berkhidmat tetapi mungkin diluar sana ada lagi kerja dan cabaran yang perlu disahut. Mungkin 1433 adalah tahun terbaik kearah itu.

Semoga tahun baru memberi impak kepada kita semua, salam maal Hijrah 1433.

Sunday, November 6, 2011

Salam AidulAdha 1432H



Salam hariraya dari saya sekeluarga, alhamdulillah tahun ni rezeki lebih sedikit, dah memang ada niat untuk mengerjakan ibadah korban pada tahun ini. Untuk satu bahagian pada tahun ini RM380.00. semoga dengan ibadah korban ini membuatkan diri bertambah beriman, bertawaduk serta dimurahkan rezeki. Tidak lupa pada yang memerlukan, semoga daging2 korban serata dunia dapat diagihkan terutama pada golongan- golongan yang amat memerlukan iaitu fakir miskin, anak- anak yatim, dan sesiapa sahaja berstatus umat islam.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin