My Running Journey...

Secara serious aku mula berlari secara bermatlamat adalah setelah disahkan mempunyai pelbagi penyakit orang kaya. Aku hanya berlari secara santai/ jogging seminggu atleast 2-3 kali dan tak pernah terlintas untuk memasuki apa2 event berkaitan larian. matlamat utama keluarkan peluh disamping menjaga diet. masa tu tak tau la apa itu pace, splits, DNS/DNF, COT, marathon, ultramarathon, PB, karbo loading, LSD dan macam- macam lagi....yang aku tahu pakai kasut lari dan keluar peluh...alhamdulillah menjadi kenyataan, berat badan susut dan semua penyakit- penyakit aku kembali paras normal kecuali satu jer iaitu kolestrol.

Kalau ikutkan trend larian pada masa ni boleh dikatakan laju walaupun hanya berjoging dgn pace 5 sesuai dengan usia ketika itu...sesuai sangat nak masuk apa2 event dengan sikit lagi latihan boleh jadi regular runner dengan pace 4-5. Sampai la satu ketika aku terlalu busy dengan kerja yang menyebabkan aku tak berlari dalam masa yang lama, maka badan telah membesar double lebih dari sebelum ini, ditambah kolestrol yang mencanak sehingga terpaksa makan ubat. mujur penyakit2 lain tak hinggap macam dulu.

Masa untuk bermuhasabah, lihat apa yang kurang dan perbaiki secara kekal dan tidak boleh patah balik. YA, aku daftar event pertama aku secara rasmi iaitu 11 November 2012 "World Diabetes Day Run 2012" dalam kategori 5KM berjalan kaki :-)....ya itu lah pemulaan manis, dah la solo berjalan pulak tu bukan berlari, tapi tu je slot yg tinggal bila daftar walkin ;-) ..tapi memang puas bila dah habis 5KM...Selesai sahaja event ni aku terus cari pelbagai lagi event2 untuk aku masuk atleast sebulan sekali...Maka masuklah aku dalam event larian bagi 5KM, 7KM, 10KM, 15KM, 21KM, 42KM, 70KM.....larian ni termasuklah larian trail sehinggalah sekarang 2017 masih lagi aktif sebagai regular runner bagi event seluruh negara.

Pentingnya pada setiap event yang aku join ialah memerlukan preparation. Preparation ini menjadikan kita alert.  Aku jadikan event2 yang aku sertai sebagai penanda aras untuk aku menjaga tahap kesihatan termasuklah berkaitan makanan, latihan, tidur, serta gaya hidup lain. Ia satu bentuk disiplin untuk mencapai target semasa event. Bila kita ada target, disiplin, InsyaAllah semuanya akan senang. Pernah aku tak berlari dan tak masuk apa2 event dalam setengah tahun akibat injured buku lali...ianya menyebabkan aku leka dan lalai dalam semua aspek terutama pemakanan, maka hasilnya....si boyot kembali...;-(

Lain orang lain motivasi. Kini setelah 5 tahun berlari secara konsisten dan tahu serba sedikit berkaitan dunia larian dan fitness membuatkan kita bertambah sayang akan diri kita. Semua bermula dalam diri kita, azam, semangat, dan dorongan org sekeliling kita. Kini aku maintain dengan tahap kesihatan yang baik walaupun kolestrol masih paras tinggi tapi bak kata doktor tak apa asalkan kekal bersenam kerana aku memilih untuk tidak memakan ubat mahupun suppliment. Aku akan terus berlari sehingga keadaan memaksa aku berhenti pada suatu hari nanti.

Di masa akan datang, aku akan kongsikan pengalaman2 larian aku di pelbagai event di Malaysia ini dalam pelbagai aspek. InsyaAllah.


"Just Run, Forget your Gear"


Comments

Popular Posts