Aku Seorang Pelari...
Sebenarnya aku mula berlari sejak dari zaman sekolah lagi...tapi takda la secara serius..aku tahu aku laju tapi malas nak pergi jauh sebab kekurangan ilmu dan pendedahan...pernah jugak masa kokurikulum tapau pelari paling pantas sekolah pada masa itu...tapi itu zaman sekolah rendah...time sukan tahunan memang tak join apa-apa la selain sukaneka sebab malas nak pergi selection...takut tertinggal bas dalam pelajaran (kononnya).Itu zaman sekolah rendah...
Masuk Sekolah menengah memang fail habis, tak ada sukan langsung kecuali bola sepak yang main setahun sekali. Sekolah aku tak menintik beratkan sukan pada masa tu, so apa2 acara sukan semua kami student yang buat sendiri..so pendedahan dari guru adalaah minima sekali berkaitan sukan...
Masuk universiti pun masih tidak aktif bersukan terutama larian, cuma nak harapkan larian pagi dan petang jer la masa dalam rotu dulu...ada la juga masuk marathon yang pihak universiti set kan...tak terlintas nak join secara aktif acara2 sukan terutama marathon ni. Tapi masih ada peningkatan kerana 5 tahun di uitm rajin juga joging di tasik shah alam yang besar tu kadang- kadang solo, kadang- kadang dgn kwn...Motif berlari time ni adalah fitness.
Masuk alam pekerjaan aku semakin aktif berlari secara solo secara santai..dan ada masa utk beberapa tahun aku berhenti dlm tempoh yang lama kerana satu sebab sahaja ...MALAS...sampai la satu ketika doktor sahkan aku ada pelbagai penyakit orang kaya seperti darah tinggi, uric asid, kolestrol, dan obesiti....semua penyakit- penyakit ni membuatkan aku menjadi lesu dan untuk beberapa ketika moral jadi down....dah try banyak suppliment dan ubat tapi semua hanya sementara sampailah doktor menegaskan agar aku buat sesuatu sebelum terlambat dan masa tu umur masih dibawah 30 tahun..Doktor tidak galakkan mengambil ubat atas faktor usia yang muda tetapi memberi pandangan bahawa aktiviti fizikal adalah penyelamat secara konsisten selain dari diet bagi penyakit2 aku ini. Dan dari sini aku terpikir benda yang boleh aku buat secara solo untuk konsisten dan aku memilih benda paling murah iaitu BERLARI...
Berlari tidak memerlukan peralatan yang mahal..berbogel pun boleh. tapi secara standard nya memerlukan pakaian yang sesuai iaitu kasut, baju dan seluar sahaja dan boleh secara solo dimana saja anda suka. Kalau nak banding dengan sukan- sukan yang lain yang memelurkan peralatan dan tempat yang sesuai selain group dlm 2 org keatas....berlari is just a simple sport....
Dimasa akan datang aku akan cerita bagaimana turning point akumasuk game larian dari 3km, 5km, 7km, 10km, 15km, 21km, 42km sehinggalah bergelar ultramarathon.....sesustu yg aku fikir amata mustahil untuk dilakukan tetapi telah menjadi kenyataan...semuanya kerana satu iaitu kesihatan dan gaya hidup sihat...
"Forget you pace, just run"
Comments