Pemilikan Rumah.....
Terlebih dahulu nak ucap selamat hari raya AidilAdha 1430, semoga pengorbanan kita pada agama diterima oleh Allah dan memanfaat sekalian alam. Tahun ni ada rezeki lebih sikit so aku buat korban jugak, cuma yang tak bestnya, hari raya ni aku demam berpanjangan akibat cuaca yang tak menentu ni. So aktiviti korban tak dapat la aku join bersama keluar yang lain seperti tahun lepas coz sibuk g klinik.
Akhir- akhir tahun atau penghujung tahun ni, nampak macam- macam promosi di dada- dada akhbar dan juga poster di sekelian tempat. sayugia mata amat terpesona dengan pakej- pakej hebat seperti diskaun dan rebat samada kereta, rumah, perabut, dan etc. Hati tertarik dengan iklan di akbar baru- baru ini mengenai kempen pemilikan rumah oleh WorlWide Holding yang membangunkan Subang Bestari. Hati terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut dan ternyata pakej yang disediakan amat menarik disamping harga yang berpatutan sesuai dengan penilaian kawasan berkenaan. hati meronta- ronta ingin memiliki salah satu pakej rumah tersebut sebagai persiapan aset akan datang dan sehingga kini sedang berusaha untuk mendapatkannya. Walaupun ini merupakan rumah kedua yang ingin dimiliki tetapi perasaan bagaikan seperti ingin membeli rumah pertama.
Rumah merupakan satu keperluan bagi setiap insan atau keluarga, belilah murah atau mahal macammana pun namun harga tetap dijamin naik sabun tahun menjadikannya amat popular dijadikan modal persaraan dimasa tua. Sebagai momentum industri negara, pemilikan rumah telah dijadikan kempen oleh kerajaan kerana tahu potensi dan kepentingannya sehingga pernah dijalankan kempen pemilikan rumah kedua. Ini bermakna kerajaan telah yakin, gabungan sumber kewangan individu dan juga keramahan industri perumahan negara dalam mengolah industri ini seperti mendatangkan keuntungan kepada semua pihak. Jadi gabungan ini menjadi inspirasi oleh kerajaan dan diperluaskan baru- baru ini melalui skim pemilikan PPRT yang diaptasi dari kerajaan Singapura dan United Kingdom. Ini bermakna semua rakyat ada hak untuk memiliki rumah sendiri sekurang- kurangnya sebagai hak asasi mereka.
Tatkala melepasi alam pembelajaran yang penuh penat, masuk pula alam kerja yang penuh pancaroba, arakian berlumba- lumba kebanyakan rakan membeli kereta dan harta- harta susut nilai yang lain. Mereka lupa yang sebenarnya rumah adalah yang uatama perlu dipikirkan selepas mendapat gaji pertama iaitu perlu menabung sikit demi sedikit khas untuk membeli rumah. Ramai pekerja dimalaysia tidak menyedari mereka tidak mempunyai objektif begini...mereka hanya memikir untuk bayaran kereta, bil- bil, keperluan parent, personal loan dan simpanan sedikit untuk kecemasan. Simpanan berupa saving & investment, dan juga rumah tidak difikirkan sama sekali dan ini amat membimbangkan kerana rata- rata berfikiran membeli rumah apabila sudah kahwin lebih baik. Tanggapan ini harus di tangani. Ini kerana pembelian rumah tidak semestinya untuk diduduki tetapi lebih kepada modal untuk kita bersara kelak. Rumah tersebut boleh disewa dan juga dijual semula jika mahu jika ia mendatangkan keuntungan kepada kita walaupun sedikit. Inilah penangan aset kepada pemiliknya.
Oleh itu, berfikirlah, kelangsungan hidup kita kebanyakannya tidaklah mewah mana, cukup makan dan pakai dan janganlah boros. Berfikir untuk pemilikan aset seperti rumah dimasa muda amat bagus supaya sekurang- kurangnya dapat mengukuhkan kewangan individu. Sekarang aku dalam proses nak beli rumah nombor dua, tapi duit tak cukup- cukup lagi........Waaaaaaaaaa :-(
Adios
Comments