Cameron Highland


Baru- baru ini aku berkesempatan ke Cameron Highland, Pahang, antara salah satu tempat percutian terbaik di Malaysia. Sejak kebelakangan ini, destinasi tanah tinggi menjadi pilihan aku untuk berkunjung memandangkan aku suka benda yang sejuk- sejuk, huhuhuhu. Seingat aku, ini kali ke-3 menjejak kan kaki ke Cameron Highland dan kali ni tak sempat nak jelajah ke semua tempat- tempat menarik yang ada dalam carta tempat yang patut dikunjungi memandangkan peruntukan waktu yang singkat iaitu sehari.

Seperti biasa ladang teh menjadi tempat wajib untuk dikunjungi bila datang ke Cameron Highland. Kali ni aku ke Boh Estate. Sempat jugak la tengok proses buat teh kat kilang teh. Owner ladang ni orang India dan berasal dari India. Kemudian tempat wajib kedua ialah ladang strawberry. Terdapat banyak ladang strawberry dan ladang strawbeery yang aku pergi ni antara yang terkenal iaitu Big Red Strawberry Farm yang terletak di Tanah Rata. Owner still orang India, kaya orang India kat Cameron ni rupanya. Kat sini sempat pekena aiskrim goreng. Mantap dan santai tempatnya. Ada lagi satu tempat iaitu Healthy Strawberry Farm. Kat sinilah tempat aku beli strawberry untuk dibawa balik.

Sebelum balik sempat gak singgah di pasar Tanah Rata. Kat pasar ni banyak produk cameron seperti sayur, strawberry, dan produk pasar biasa lain. Semua harga yang ditawarkan memang murah, lebih murah dari ladang dan semuanya fresh. Kalau nak diikutkan terdapat banyak lagi tempat yang menarik tak sempat nak pergi seperti taman rama- rama, bees farm, ladang bunga, cactus farm, dan lain- lain lagi. Aku memang plan untuk datang lagi untuk misi balas dendam dan kali ni nak stay lama sikit.

Sekali lagi bagi pendapat aku, tempat perlancongan di Malaysia masih relevan untuk dikunjungi terutama bagi tempat peranginan tanah tinggi. Pihak kerajaan harus membuat sesuatu agar tempat- tempat ini terus dipromosikan sebagai tempat warisan perlancongan yang berpotensi menjana ekonomi rakyat dan negara. Prasarana serta kemudahan seperti jalanraya harus di naik taraf bagi kemudahan pengunjung di masa akan datang. Sudah sampai masanya Cameron Highland bergerak lebih agresif dan usaha menajadi kawasan ini berautonomi seperti Genting Highland perlu dilakukan segera untuk melihat kawasan ini lebih maju pada masa akan datang dan dikenali oleh perlancong asing.


Comments

Popular Posts