Akibat Perpecahan Islam
Minggu ini umat islam Malaysia dikejutkan penangkapan Dr. Asri mantan Mufti Perlis oleh JAIS iaitu badan profesional bagi memantau dan mengurus hal umat islam di Selangor melalui Sultan Selangor. Dr. Asri seorang ulama progresif yang banyak mengutarakan pandangan dari sudut berbeza dan tidak disenangi oleh sebahagian ulama atau mufti-mufti di malaysia. caranya begitu progresif dan disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat yang telah lama dahagakan islam yang betul- betul membuka minda manusia bernama islam dan tidak terikat dengan mana-mana fahaman lama konvensional oleh ulama- ulama muktabar yang pendekatannya kadang- kadang tidak boleh diserapi kepada sesetengah orang.
Bukan hendak menangkan sesiapa, tetapi selagi tidak meganggu akidah dan tauhid serta di Malaysia ini terjurus kepada mazhab sunnah waljamaah...ianya boleh dikira islam yang benar disisi Allah. Bukannya seperti konsep 'islam hadhari' dan 'islam moderate' yang dicipta oleh kerajaan suatu ketika dulu yang disokong oleh sebahagian ulama dan mufti di Malaysia. Yang mana lebih keliru dan memecah belahkan masyarakat? Pandangan ulama progresif atau konsep baru islam seperti islam hadhari?
Arakian kita ketahui sudah lama dunia islam tidak mempunyai seorang imam yang umum selepas jatuhnya kerajaan islam khalifah pada sekita 1920-an di turki. Imam bergelar khalifah ini menjadi penunjuk asas kepada keseluruhan dunia islam tanpa sepadan seperti mana yang dimiliki oleh agama lain seperti Pope bagi dunia kristian, dalai lama bagi dunia budha, dan sebagainya. Mereka ini dahulunya mengikut cara kerja islam seperti melantik amir dan khalifah bagi dunia agama mereka tetapimalang bagi dunia islam, jatuhnya kerajaan othmaniah di turki maka tumbangla jaluran pemerintahan islam didunia ini selama-lamanya. Perlu diingat pentingnya seorang khalifah bagi dunia islam bagi memastikan islam berkembang dan tidak di perlekah oleh mana-mana pihak seperti sekarang. Peranan khalifah juga menjaga kepentingan dunia islam keseluruhan dan memajukan islam kepelusuk dunia. Maka tidak wujudlah hari raya berlainan hari di setiap benua disunia jika sistem khalifah digua pakai seperti dahulu.
Konsep khalifah ini kita boleh diaplikasi di Malaysia dahulu dengan mewujudkan seorang khalifah sahaja di Malaysia dan mufti sebagai penolong khalifah dalam menyelaraskan peranan dan hukum fatwa di Malaysia. Jika berjaya, sistem ini boleh dibawa ke OIC untuk penyelarasan umat. Oleh itu Dr. Asri dan juga ulama-ulama lain bolehlah bekerjasama dengan mudah dan tidak lagi menuding jari antara satu sama lain.
Comments