kursus oh kursus
Harini 12 hingga 14 oktober aku menghadiri kursus induksi/ orientsi (kumpulan pengurusan & professional) bertempat di UKM. Ini kursus aku yang pertama lepas pertukaran pangkat awal tahun ni. Semua nya berjalan lancar sejak pagi jam 8.30 hingga lah tengah hari. Masuk petang aku dah naik meluat dengan kemengantukan aku sehinggakan aku bermain-main mesej dengan seseorang.huhuhuhu…tapi tak lama sebab bateri kong, so kenalah dengar jugak ceramah yang berguna pada logiknya, tapi membosankan pada akalnya. Ceramah untuk harini Cuma berkaitan sejarah, pentadbir, dan juga kewangan universiti yang perlu diambil tahu. Ilmu ni luas, kalau dah sehari dok dengar ceramah, dapat sikit-sikit pun kira ok dah, so takde la rugi sangat dtg kursus. Tambahan pula dengan hidangan makanan yang menyelerakan tapi apakandaya aku berpuasa sunat sepanjang kursus 3 harinih, so takder la rezeki nak merasa.huhuhuhuhu
Bagi aku kursus sebegini agak penting dan radikal untuk dikonsepkan pada setiap staff di UKM atau di tempat aku kerja sendiri bagi memupuk semangat kekerjaan yang baik. Takda la niat kerja 8-5 pastu balik tanpa apa-apa kesan ditinggalkan dalam diri dan persekitaran kerja. Cuma momentum dan isipadu kursus kurang cermat dengan membariskan modul-modul standard lama turun temurun yang boleh kita hayati sendiri kat internet. Mungkin ini kursus standard dan asas bagi pegawai, so benda simple2 pon ditekankan. Bagi pangkat cam aku ok la pegawai cabuk jer and masih baru lagi, tapi bagi doktor2 dan ketua unit yang dah 30 tahun kerja, menghadiri kursus disini hanya sia-sia sahaja.Cuma pelengkap kepada fail peribadi kerja masing-masing bagi kegunaan jabatan latihan. Perkara ini harus diperhalusi dan secara peribadi akan menghantar email kepada pendaftar. Biasa la aku kalau takder kerja, hantar komen jer…huhuhuhu bukan apa, tanggungjawab jugak tu untuk merealisasiakan sasaran universiti dan jangan terikut sangat dengan tradisi turun temurun. Tradisi ini membuatkan staff kerajaan secara amnya tak dapat bekerja secara kretif dan kolektif.
Esok hari kedua dan setrusnya, semoga aku tak mengantuk dalam kelas ceramah…amin…huhuhuhu

Comments