Welcome back che det & Najib


Semalam berita paling best secara peribadi aku ialah kepulangan che det ke gelanggang UMNO. Ramai melayu yang membenci beliau tetapi percayalah, kebencian anda semua tidak dapat menyanggah bahawa beliau seorang negarawan bukan sahaja di Malaysia tetapi bagi negara ketiga juga dan negara-negara islam. Aku banyak membaca buku beliau dan dapati konsep penyuburan islam yang dibawa beliau sangat unik dengan menekankan pencapaian teknologi supaya islam dipandang tinggi oleh masyarakat dunia. Umum diketahui bahawa hubungannya bersama najib sangat rapat, malah menjadi anak emas semasa pemerintahan che det. Mungkin kerana rasa terhutang budi che det kepada bapa najib, perdana menteri kedua yang membawa nya semula masuk ke dalam UMNO dan menjadi seorang rejim yang memakmurkan malaysia sesudah itu.
Rentetan menjadikan najib orang paling muda bergelar menteri besar pahang dan juga ahli kabinet paling muda dan agresif, che det menganggap hinaan terhadap najib yang sering dipandang serong oleh pebangkang oleh kes altantunya dan juga peribadinya hanyalah sia-sia perubahan dan hanya membuatkan mahathir jelik kerana beliau menganggap perubahan dasar negara adalah lagi penting untuk dikeutarakan daripada menyerang peribadi orang.
Kini, perubahan politik negara akan bertukar lagi. semoga dengan kepulangan chedet, orang melayu aka bersatu semula ke landasan sebenar memartanatkan agama, bangsa dan negara.

Comments

Popular Posts