Posts

Showing posts from July, 2009

Kelam kabut di Ofis

Tak tau la hormon apa yang merembes 2-3 hari nih kat badan aku, bila nampak pintu jer kaki naik atas pintu...tak pun penumbuk sekali das kat pintu tu. Kesian kat pintu tu..memang la sakit tapi apakan daya itu jer cara nak lepas kebingungan yang melampaui batas. Mungkin pasal rindu seseorang kot :-) .... Dengan esemen berlambak tak usik lagi, ditambah kelam kabut taufan apekebenda kat ofis nih (konon byk kerja kot) bertambah la kepala ni rungsing and tak sabar- sabar nak kerja kat luar yang boleh kata aman la lepas kul 3 petang. Tapi semangat nak kuar tak macam dulu lagi because dulu keluar takder siapa hirau and hati tak rindu sesiapa.... tapi sekarang dah ada orang hirau and rindu seseorang :-) so macam malas jer nak kuar. Takut la rindu- rindu lama-lama jadi gila. Harini hari terakhir kat ofis, after this 2 bulan kerja luar.. kepada yang selalu ambil port kat weblog ni (tak sampai 10 orang) harap jgn la lupakan blog ni kalau tak diupdate. Maklumla kalau dah outstation tu, sure la mal...

Kenapa La Aku Demam Sekarang?

Assignment berlambak-lambak (macam biasa last minit kerja), kerja opis banyak lak yang terpaksa pending, bukannya taknak buat tapi dah seminggu demam and takder mood automatically. So that terpaksa la aku berdoa pada Allah supaya mengandakan iltizam aku untuk hadapi semua ini. Kenapa La Aku Demam Sekarang?

Akhirnya... Aku Gembira kembali :-)

Alhamdulillah...Hari ini lebih kurang jam12.20 pagi hari sabtu, detik paling gembira dan tak ternilai bagi aku. Terharu and macam nak mengalir air mata pun ada. Aku akan menjaga apa yang di harapkan dengan ikhlas dan berdoa agar berkekalan. InsyaAllah...

Kuasa Senyuman :-)

Image
Hari ni macam biasa kerja jadi site- leader kat ppukm. Dan macam biasa aku masuk seawal mungkin, biasanya kul 7.30 pagi and set-up before start the rekrutmen coz biasanya aku akan start mengular bila rekrutmen start jam 8.30 pagi. Biasanya lepak kat pantry la QC makanan peserta dulu.huhuhuhu. Kerja kalau tiap-tiap hari gini memang boring berhadapan dengan orang ramai terutama yang tak paham bahasa. Tak kira la bahasa apa, yang penting aku jadi pening bila berhadapan dengan orang dlm kuantiti yang ramai pagi-pagi ni. Tapi ada satu jer cara nak cover pening aku nih sejak dulu lagi aku amalkan iaitu SENYUMAN. Tak kira la kalau kucing jadi peserta pun mungkin aku akan senyum kot, apatah lagi peserta-peserta bertaraf manusia yang lain.huhuhuhuhu kasar nya ayat. Ntah la aku dari dulu kalau orang kenakan aku pun aku senyum jer tapi dalam hati sumpah seranah jugak la tapi apakan daya aku jenis tak suka gaduh and cari masalah. Sekonyong-konyong bilamana diriku habis mengular, macam biasa aku ...

BELANJA KAHWIN

"Tak sama rupa nya, lorrr susah gak, gilok punyo kojo, mati la aku, perghhhhh mantap punya kerja"....Keluhan-keluhan dari bibir seorang pemuda yang masih bujang seperti aku dalam liku-liku berjuang menyimpan duit untuk kahwin. Petang-petang kat opis macam biasa mengular la kat mana-mana ruang opis lepas selesai semua kerja-kerja and port kali nih kat pantry jer....ada la bersembang sesama staff 1-2 jam sebelum tunggu masa balik and tajuk persembangan kali ni ialah....BELANJA KAHWIN.. Huhuhuhuhu, mau nya tak best topic daripada 2-3 orang tiba-tiba pantry jadi sesak berdebat pasal kahwin. Kahwin bagi aku adalah tuntutan agama dan sunat mua'kad hukumnya...Nabi pernah mewasiatkan bahawa 'ikutlah sunnah nya, dan salah satu daripadanya ialah bernikah'. So bagi sesiapa yang tak ada niat langsung nak kahwin tu, something wrong la tu pada diri sendiri dan agama nya. Kahwin bagi aku memang best kot, tapi yang tak best belanja kahwin...Kenapa la banyak sangat sampai memerluk...

Kenali Diri Anda...

Pernahkah anda mengenali diri anda? Sampai tahap apa you all kenali diri sendiri? Adakah benar anda mengenali diri anda atau hanya tersedar apabila diberitahu oleh seseorang tentang anda? Mengapa kita perlu mengenali diri sendiri? Sejauh mana kemampuan kita untuk mengenali diri sendiri? Adakah benar sesiapa yang tidak mengenali diri sendiri dikira orang yang mampu membuat kejutan untuk diri sendiri? Dah 27 tahun hidup, aku rasa gabungan nostalgia, enigma hidup bercerita kugiran jiwa sendiri, dan mentaliti kenali kehidupan semasa banyak menyumbang tahap kebatinan diri aku dalam mengenali kehidupan diri sendiri tetapi masih belum tercapai sasaran atau kehendak diri yang mahukan lebih dari itu. kesimpulan ayat nya, aku masih tak paham siapa diri aku...Huhuhuhuhu. Bukan aku jer yang tak paham, kadang2 orang lain pun tak paham. Mana tak nya kadang2 aku ok, kadang2a tak ok, kadang2 selalu bantu orang, tapi selalu nya tak bantu pun, kadang2 egois, tamak, suka bangga diri tetapi kadang2 tunduk...

Lepak-melepak...uitm & aku- night version

Jarang benor aku dapat calling dari geng budak jahat uitm (2000-2003) di suruh ajak lepak. ada la dalam setahun 3-4 kali dapat lepak ramai-ramai sekitar shah alam. Dulu-dulu masa zaman remaja boleh la lepak kat karaoke ke, turun key all (selalu uptoen damansara utama la) ke sampai ke larut pagi. Sekarang semua dah berubah. Ramai yang dah kahwin dan beranak pinak, kecuali aku...so terpaksa la lepak kat tempat yang mudah jumpa and kali ni kat kopitiam Li di shah alam seksyen 7. Majlis lepaking ditaja oleh inspektor jsj cheras cilabai. Majlis ini juga dihadiri oleh ciklias (tokey travel egency trg), jebeng (consultant team building), aku (macai govt), cupu (jaga indon kerja), kongo (uitm maintenance), sikodeng (tokey advertisement), and junior2 uitm yang aku tak kenal. Aturcara macam biasa sembang-sembang kosong sambil makan free and cerita perkara2 pelik yang berlaku 9 tahun lepas antara kami semua. Kadang2 bila jumpa2 macam ni, teringat la nostalgia baru masuk uitm dulu, and masa melalu...

PPSMI...What the hell Pm'

Sedih, pilu, resah, marah dan geram. Apa masalahnya diberhentikan pembelajaran sains & matematik dalam bahasa inggeris? Mana la letak otak-otak udang orang politik dalam menilai program hebat yang direka khas zaman pentadbiran chedet dulu tahun 2002. Tak sedarkah mangkuk hayun semua ni bahawa langkah yang diambil hanya langkah terkebelakang kerajaan? kat mana ahli akademik yang menyokong PPSMI suatu ketika dahulu?Uitm, USM, UM, Unitar and banyak lagi IPT yang menyokong PPSMI suatu ketika dahulu dengan objektif mudahnya untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa inggeris sebagai persedian integrasi menguasai ilmu alam dan manusia (rampaian sains) pada masa hadapan. Adakah objektif ini sejak 2002 telah tersasar atau tiada kemajuan langsung? Perlu kita toleh disudut tersembunyi mengapa PPSMI dilobi untuk dimansuh padahal telah terbukti berjaya memartabatkan institusi pendidikan negara sejak 50, 60 & 70 an. PPSMI bukan benda baru, mak ayah kita kebanyakannya belajar dalam b...

Information Overload at TMC

Image
"Mana nak letak fail-fail aku ni?". Almari dah penuh, space ofis dah takder, yang aku nampak tong sampah besar. kalau ikutkan hati dah lama aku campak semua fail dalam tong sampah and buang dalam lombong. tapi apa kan daya, semua harta-harta ni milik kerajaan yang kalau dikutkan akta rasmi arkib negara, layak digelar dokumen tak aktif. So boleh di asingkan dan dibuang atau dilupuskan dalam masa 10 tahun, 25 tahun, atau sebagainya mengikut kesesuaian keadaan. Masalah information overload kat ofis aku TMC semakin kritikal kerana tiadanya pegawai bertauliah mengenai pengurusan rekod yang dapat manage all file secara international standard dan pengaruh paper yang digunapakai banyak menyusahkan dari segi pentadbiran untuk retrieve data serta maklumat that what they storage. Dalam hal ini, tak hairanla pada tahun 2007 kerajaan membuat polisi bahawa sesuatu jabatan kerajaan dimestikan mempuny seorang Pegawai Rekod sekurang-kurang nya untuk mengatasi masalah pengurusan maklumat ini...

Mengapa Kita Perlu Bersatu?

Sejak kebelakangan ini, selalu kita lihat kepincangan antara umat islam didunia amnya, dan di malaysia orang melayu islam khasnya. Mengapa ianya sering terjadi tatkala kita diancam oleh pelbagai elemen seperti, masalah ekonomi yang mungkin berlarutan hingga 2015, masalah sosio-budaya yang menunjukkan tahap kematangan manusia sudah setaraf seperti binatang, masalah politik dunia yang pelbagai ragam iaitu dari kapitalis hinggalah ke kumpulan radiakal islam, masalah pemanasan global dan juga jati diri manusia yang sidah tiada hala tuju dan mementingkan diri sendiri. Di Malaysia, Mengapa kita Perlu Bersatu berdasarkan fakta tadi? Lu pikirla sendiri