Pengurusan Berat Badan
Sejak kebelakangan ini, kita digemparkan dengan pelbagai penemuan industri dan klinikal berkaitan punca- punca penyakit yang berkaitan berat badan. Terlalu membimbangkan peratusan tertinggi obesiti adalah dari penduduk asia. Di barat peratusan nya telah mula menurun kerana mereka telah sedar amalan hidup sihat yang perlu diamalkan seharian.
Di Malaysia terlalu banyak fast food corner tumbuh bak cendawan dikawasan- kawasan penempatan yang memeperlihatkan kaedah akses mudah keatas kiosk- kisok ini. Dulu kita kena ke bandar- bandar untuk mencari kfc, mcd dan sebagainya, sekarang setiap perumahan baru yang berpotensi kepadatan penduduk yang tinggi wajib ada fast food corner ini. Tidak hairanlah dengan gaya hidup yang amat sibuk, kekangan memasak di rumah telah mengalakkan kiosk- kiosk fast food ini terlalu cepat berkembang. Ianya amat mempengaruhi peningkatan peratusan obesiti di kalangan pendudukan di Malaysia.
Selain itu, faktor makan malam juga telah mendorong peratusan obesiti di kalangan penduduk Malaysia. Di lembah Klang terutamanya, Kedai- kedai makan seperti mamak yang beroperasi 24 jam tumbuh bak cendawan di sekitar kediaman- kediaman kelas pertengahan keatas. Makan di lewat malam ini adalah trend terkini yang amat membimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun itulah hakikatnya di Malaysia, siang penuh aktiviti mencari sara hidup, malam masa untuk enjoy minum bersama rakan mahupun keluarga.
Sebenarnya, faktor- faktor penyebab yang disebut tadi bukanlah segala- galanya obesiti di Malaysia, tetapi kesedaran dari awal berkaitan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, amat kurang dikalangan penduduk Malaysia. jika perkara- perkara ini dititik beratkan sudah pasti kawalan obesiti dapat dilaksanakan. Sekarang ini kalau kita lihat pelbagai program penurunan berat badan telah diadakan samaada di peringkat komuniti penduduk sehingga ke peringkat nasional. Jika berat badan kita ideal, InsyaAllah penyakit- penyakit tidak berjangkit seperti disebut tadi tidak akan ada di badan kita.
Pengalaman aku, aku pernah gemuk yang amat sangat sehingga sukar bernafas dan ada pelbagai penyakit lain, kini aku dalam proses penurunan berat badan dan satu persatu penyakit yang aku ada dahulu telah hilang seperti kesukaran bernafas dan darah tinggi. Aku akui aku suka makan, tetapi diimbangi dengan pelbagai jenis senaman dan aktiviti dan aku memilih Running & Walking. Benda yang mudah bagi aku boleh buat sorang- sorang dan berkumpulan. Sekarang masih lagi kategori obes, InsyaAllah, dalam masa 2 tahun aku nak dapatkan berat badan ideal yang aku impikan, biar lambat asal selamat. Cubalah dan berusahalah kerana semua penyakit adalah berkaitan berat badan, cubalah uruskan nya selagi yang mampu agar kita tidak menyusahkan orang sekeliling kita di kemudian hari.
Kita adalah apa yang kita makan...That is the fact... Selamat berusaha....
Comments