Saman oh Saman
Semalam abang aku call, kata ada diskaun 50% untuk saman. Aku berbelah bagi nak bayar saman ni dari dulu lagi sebab yang utama pasal duit la. Bukan murah- murah nak bayar saman ni, paling koman rm50 akan melayang untuk satu saman atau kompoun. So kalau diikutkan secara rasmi aku ada 3 saman, semua nya dalam rm800, yang tak rasmi ada banyak gak…Cuma surat tak sampai rumah je lagi…hehhehhee. Semalam pikir punya pikir aku decide untuk bayar 2 saman dulu harga lepas diskaun rm250. Menyirap memang la ada, rm 250 banyak benda boleh buat. Tapi nak salahkan siapa kalau tak diri sendiri, takkan nak salahkan polis yang bagi saman. Diorang pun buat kerja diorang. Sebenarnya saman ni penting untuk memupuk disiplin rakyat supaya berdisiplin tak kira la atas jalan raya atau atas katil, tapi yang tak sedap ada sesetengah saman yang dah tak relevan atas faktor semasa seperti saman ekor. Walaupun saman ekor telah dihentikan buat seketika namun pihak polis masih melakukan penyaringan had laju di tempat-...