KURIKENDI.COM: A NEW BLOGGING ERA

Bila diamati semula, personal blog aku ini telah hampir berusia 7 tahun. Namun, tidak banyak isi- isi yang terdapat pada blog aku ini. Asal idea blog ini wujud adalah untuk berkongsi hal- hal kehidupan dari pelbagai sisi mahupun perspectif. Tidak seperti blog- blog yang lain yang lebih kepada berkongsi maklumat 'sharing information' . Sekian lama blog ini semakin tidak relevan seiring peredaran masa. Namun blog ini mempunyai jiwa nya yang tersendiri yang akan berdiri suatu hari nanti mengikut identiti tersendiri.

Umum ketahui, masalah- masalah negara banyak di tonjolkan selain isu- isu semasa yang seakan topik berat didalam blog ini. Isu- isu ini dikupas mengikut idea peribadi aku sendiri tanpa mengambil dari mana- mana sumber seperti blog- blog lain. Selepas diamati semula, mungkin selepas ini, KURIKENDI akan bernafas baru dengan iltizam serta perkongsian yang lebih baik merangkumi semua aspek yang ada sekeliling kita.

Sesuatu perlu dikorbankan bagi merealisasikan kemajuan dalam diri, ini termasukkan blog peribadi berkisar kepada kehidupan agar menjadi tatapan rakyat marhaen di Malaysia mahupun serata dunia.

Bismillahirrahmanirrahim, Bermula lah era baru blog bagi KURIKENDI.COM

Comments

Popular Posts