Posts

Showing posts from 2018

Pengurusan Berat Badan

Sejak kebelakangan ini, kita digemparkan dengan pelbagai penemuan industri dan klinikal berkaitan punca- punca penyakit yang berkaitan berat badan. Terlalu membimbangkan peratusan tertinggi obesiti adalah dari penduduk asia. Di barat peratusan nya telah mula menurun kerana mereka telah sedar amalan hidup sihat yang perlu diamalkan seharian. Di Malaysia terlalu banyak fast food corner tumbuh bak cendawan dikawasan- kawasan penempatan yang memeperlihatkan kaedah akses mudah keatas kiosk- kisok ini. Dulu kita kena ke bandar- bandar untuk mencari kfc, mcd dan sebagainya, sekarang setiap perumahan baru yang berpotensi kepadatan penduduk yang tinggi wajib ada fast food corner ini. Tidak hairanlah dengan gaya hidup yang amat sibuk, kekangan memasak di rumah telah mengalakkan kiosk- kiosk fast food ini terlalu cepat berkembang. Ianya amat mempengaruhi peningkatan peratusan obesiti di kalangan pendudukan di Malaysia. Selain itu, faktor makan malam juga telah mendorong peratusan obesiti...

Relevensi Blogging Era 2018

Adakah masih releven menulis blog (blogging) di era 2018? sukar nak beri jawapan tetapi itulah sistem penyampaian maklumat (SPM) yang amat sukar diramal. Tatkala FB, IG, Twitter, dan seangkatannya mengambil alih kemasyuran blog suatu ketika dulu, kadang- kadang terpikir untuk berhenti menulis di blog. Aku secara peribadi pun hanya update di IG dan juga FB event- event penting yang berlaku, tidak lagi pada blok KURIKENDI ini. KURIKENDI dibuat suatu ketika dulu hanya satu tujuan, iaitu ,menterjemahkan idea penulisan aku sendiri tak kira dalam apa jua bidang. Aku tahu trakfik yang membacanya hanya sedikit iaitu rakan- rakan terdekat sahaja, berbanding dengan IG dan FB yang mudah dilihat oleh rakan dan public . Aku juga tidak berniat untuk mengkomersialkan blog ini seperti disarankan oleh beberapa rakan....mungkin suatu masa nanti InsyaAllah. Apa yang penting, aku boleh menulis apa yang aku rasakan perlu diterjemahkan dari semasa kesemasa. Pendapat aku, blog masih lagi relevan dan...