Posts

Showing posts from 2013

Bicara Cinta di Aidiladha....

Ketika berbicara, umat islam di Arafah sujud dan berdoa menadah untuk berita gembira. Apakan daya di kejauhan masih boleh menadah seumpamanya. Hanya takbir mengiringi doa, tatkala segalanya bermula sehingga masuknya semula si mentari, tempoh mengadu manusia yang mengalami insafi. Harapan jauh di suatu tika, makbul segala yang alami, bahtera di kemudi tidak disesali untuk fana yang kejam beerti. Sang insan terlalu leka, mengejar dunia yang tak seberapa. Adakah ini akhiran dunia, metropolitan matlamat diri. Dulu leka sekarang menderita, mencari ilham dimana dia? mukatamad cinta yang tersetia, itulah Allah Rabulalamin. Selamat Menyambut Hari Raya Aidul adha dari Nazeri Sekeluarga....Mohon korbanku diterima Ilahi...

Cerita Minyak lagi dan Retoriknya

Umum ketahui kerajaan telah menaikkan secara mendadak harga minyak dan spekulasi minyak akan naik lagi dalam masa terdekat bertiup amat kencang. Dimana silapnya peranan yang dimainkan kerajaan dalam membantu rakyat khasnya golongan sederhana dan rendah yang amat menderita tinggal dibumi bertuah ini terutama di lembah klang. Secara jujrnya retorik kenaikan harga minyak adalah isu tahunan yang dimainkan kerajaan bagi mengimbangi keperluan kerajaan dalam mentadbir negara. Sebelum pilihanraya, isu minyak adalah sensitif dimana kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak dalam tahun ini. Namun janji pilihanraya memang tak boleh pakai, selepas diberi mandat lain pula jadinya.  Umum ketahui kerajaan yang dipilih sekarang adalah kerajaan yang tidak kuat atau boleh dikatakan kerajaan yang menipu semasa pilihanraya. Atas sebab kebenaran itu, kerajaan telah membuat pusingan 360 darjah dengan menukar akujanji- akujanji yang dibuat semasa pilihanraya bagi memenuhkan poket masing- m...

Bingkisan Anak Sulung...

Image
2 Syawal, jam 2 pagi, isteri  aku kejutkan aku, air ketuban dah pecah katanya. Aku bawa  isteri ke HUKM dan admit wad. 2cm bukaan katanya. Jam 8 pagi masuk Dewan bersalin....aku pun ada la bersama menjaga sang isteri yang bertarung nyawa sebelum bukaan 8cm. Kesian aku tengok isteri aku, sampai la jam 2 petang doktor terpaksa keluarkan baby dengan segera walaupun tak cukup 10cm lagi kerana bimbang baby dah lemas. maklumla baby dah overdue 5 hari pastu bukaan buka sikit2. Suasana kat tempat bersalin memang klasik, tak macam dalam drama2 kat tv...takda orang menjerit- jerit bila nak beranak, doktor pun relek tak gelabah- gelabah macam kat tv and yng penting tempat bersalin amatlah selesa bagi suami meneman isteri. Tepat jam 3.40 ptg, lahirlah putera sulung kami dari perut ibunya dengan berat 3.51kg. Alhamdulillah bersalin normal dan yang penting kedua- dua selamat. Tak sangka boleh bersalin secara normal, kalau ikut kiraan pada scan terakhir, operate pilihan terbaik ka...

PRU 13- Hari Raya Malaysia, Semoga Malaysia Diberkati

Tup...Tup...Tup 5 tahun dah berlalu, pilihanraya kali ke 13 akan muncul pada 5 Mei 2013. Paling mencipta sejarah apabila buat kali pertama, inilah pilihanraya paling panas dan ganas berlaku sejak 12 pilihanraya yang lalu. Jika senario 2008 diambil kira, undi seakan telah beralih ke pembangkang. Senario ini berkembang dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat seakan bermaharajalela di Malaysia. Selaku kerajaan yang memerintah, Barisan Nasional (BN) seakan tidak senang dengan fenomena ini dan pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Malaysia. Maka terjadilah perkara- perkara yang tidak patut berlaku dalam landskap politik bumi Malaysia seperti budaya samseng politik, pengeluaran video- video seks palsu dan tulin pemimpin parti, dan yang paling ngeri adalah pemberian rasuah kepada rakyat Malaysia secara besar- besaran dan terang- terangan (boleh pikir- pikirkan sendiri) oleh kerajaan pemerintah. Kita telah merdeka 55 tahun, dan telah mengharungi 12 pilihanraya secara  gentlem...