Cerita Minyak lagi dan Retoriknya
Umum ketahui kerajaan telah menaikkan secara mendadak harga minyak dan spekulasi minyak akan naik lagi dalam masa terdekat bertiup amat kencang. Dimana silapnya peranan yang dimainkan kerajaan dalam membantu rakyat khasnya golongan sederhana dan rendah yang amat menderita tinggal dibumi bertuah ini terutama di lembah klang. Secara jujrnya retorik kenaikan harga minyak adalah isu tahunan yang dimainkan kerajaan bagi mengimbangi keperluan kerajaan dalam mentadbir negara. Sebelum pilihanraya, isu minyak adalah sensitif dimana kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak dalam tahun ini. Namun janji pilihanraya memang tak boleh pakai, selepas diberi mandat lain pula jadinya. Umum ketahui kerajaan yang dipilih sekarang adalah kerajaan yang tidak kuat atau boleh dikatakan kerajaan yang menipu semasa pilihanraya. Atas sebab kebenaran itu, kerajaan telah membuat pusingan 360 darjah dengan menukar akujanji- akujanji yang dibuat semasa pilihanraya bagi memenuhkan poket masing- m...