Posts

Showing posts from 2012

Kenduri AFF 2012...

Image
2 tahun telah berlalu, memori sebagai juara bola sepak bagi Benua Asia tenggara sang 'Harimau Malaya' terpalit lagi. Kini sang juara kembali untuk mengukir satu lagi sejarah bola sepak tanah air. Kali ini berbeza episod dengan pasukan Malaysia turun untuk mengekalkan gelaran Juara bagi kejohanan keramat asia tenggara ini. Apa yang pasti Skuad kendalian Rajagopal pasti sedikit menggelabah setelah aksi tidak konsisten bagi beberapa sesi perlawanan persahabatan yang tidak banyak berpihak pada skuad Malaysia. Skuad ini bukannya tempang, tetapi memerlukan masa yang banyak untuk  membentuk persefahaman di atas padang. Ini realiti dalam bola sepak, Coach selalu menjadi sasaran bagi prestasi setiap pasukan dan bukannya pemain. Kenapa tak salahkan pemain apabila kalah? jawapannya senang je...tugas Coach selain memilih pemain adalah memastikan peranan yang sesuai bagi setiap pemain di atas padang mengikut rentak karaktor pemain semasa. Dalam ayat lain bermakna, tak semestinya seoran...

Permulaan tahun 1434...

Tahun baru menjelma lagi. Permulaan tragis umat islam diserata dunia. Ada yang syahid, ada yang merana, tak kurang ada yang meminta. Peranan yahudi menguasai dunia makin menjadi- jadi. Apa silapnya penduduk dunia beragama islam dan berhati mulia? Sanggup melihat orang- orang tak berdosa dibinasakan. Dimana akal apabila diperlukan rakan seagama? Adakah syahid tidak lagi dipandang mulia? atau zaman sekarang yang berteknologi kononnya, syahid perlu diterjemahkan dalam konteks moderate?  Allah maha mengetahui runtun hambanya. Semoga pembebasan umat islam sama ada di Palestine, tanah arab, & serata dunia di permudahkan. AMIN.

Raya...Yang Pertama

Alhamdulillah...bertemu lagi syawal setelah sebulan menempuh madrasah ramadan. Syawal 1423 kali ini penuh nikat dan bermakna bagi aku dan juga penuh duka bagi aku dan keluarga. namun apakan daya, roda hidup memang begitu. Yang hidup akan pergi, yang pilu akan berseri. Raya tahun ni aku ditemani orang baru dalam hidup iaitu isteriku yang tersayang. Sehingga syawal ini, cukuplah 6 bulan mendirikan rumah tangga bersama si dia yang begitu bermakna dalam hidup aku. Semoga aku dan isteri ditabahkan hati untuk mengharungi hidup sebagai sepasang suami isteri didunia pinjaman Allah ini... Amin...Tahun pertama bagiku raya sebagai suami :-) Ayahku telah pergi lebih kurang 4 bulan yang lalu. Allah lebih sayangkannya, mungkin Allah nak lihat bagiamana ragam- ragam anak Allayarham Hj Osman apabila beliau sudah tiada didunia lagi. macam- macam ragam yang dilihat, ada yang sugul walaupun setelah 4 bulan berlalu, ada yang masih tak dapat terima kenyataan, dan ada yang sukar menerimanya termasuklah ak...

The Greatest of Gunung Stong

Image
Negeri Kelantan memang terkenal dengan sejarah dan juga keindahan alam. Negeri Cik Siti Wan Kembang jolokan diberi memang tepat berdarul naim kerana keramahan penduduk dan juga persekitaran yang damai. Ekonomi disini berteraskan perlancongan dan sumber alam. Bagi sesiapa penggemar aktiviti eko- Kembara, disini terdapat banyak tempat- tempat menarik untuk dilawati.  Kesempatan bekerja di Kota Bharu selama 2 bulan membuatkan hati ingin ke tempat di geruni dan terhebat di Asia tenggara iaitu Gunung Stong terletak di Kuala Krai. Tapi ekspedisi kali ni takde la sampai nak daki gunung tu, cukup la gi mandi di Air Terjun Jelawang yang berketinggian 303m dan dikatakan tertinggi di asia Tenggara. Ikut kan hati, memang nak daki sampai atas, tapi atas faktor masa just mandi pun ok lah. Pada sesiapa yang tidak pandai berenang hati- hati kerana kedalaman nya sehingga 12- 20 kaki atau lebih mengikut kata- kata orang tempatan. So mandi tepi- tepi pun jadi la macam aku :-). Perjalanan mengamb...

Permergian Daddy tersayang

Daddy, panggilan bagi ayahku sejak aku kecil hingga dewasa. Panggilan yang kadang- kadang menggerunkan kami sekeluarga dengan ketegasan serta lemah lembut yang dimiliki. Raut mata serta janggut yang manis akan membuatkan orang terpesona untuk mendekatinya. Petah berbicara hal keduniaan dan juga akhirat seterusnya menjadi rujukan bagi anak- anaknya. Sedia membantu sesiapa sahaja walaupun sering ditipu dan diambil kesempatan, namun hati tulusnya tidak pernah membalas. Dia tahu Allah itu ada, dia takut akan pembalasannya. Zuhud dunia sentiasa menyelubunginya, namun tidak pula lupakan hal dunia semata- mata. seiring dunia- akhirat lebih molek katanya. Kini suaranya tiada, Allah meminjamkan hambanya roh buat seketika. Kini dia telah berhijrah ke suatu destinasi. negeri yang lain dan terjamin. Semoga rohnya disis Allah dan di tempat dikalangan orang- orang beriman dan di redhai-Nya..Amin..Hj. Osman Bin Hj. Chik 1945-2012