Posts

Showing posts from March, 2011

Cameron Highland

Image
Baru- baru ini aku berkesempatan ke Cameron Highland, Pahang, antara salah satu tempat percutian terbaik di Malaysia. Sejak kebelakangan ini, destinasi tanah tinggi menjadi pilihan aku untuk berkunjung memandangkan aku suka benda yang sejuk- sejuk, huhuhuhu. Seingat aku, ini kali ke-3 menjejak kan kaki ke Cameron Highland dan kali ni tak sempat nak jelajah ke semua tempat- tempat menarik yang ada dalam carta tempat yang patut dikunjungi memandangkan peruntukan waktu yang singkat iaitu sehari. Seperti biasa ladang teh menjadi tempat wajib untuk dikunjungi bila datang ke Cameron Highland. Kali ni aku ke Boh Estate. Sempat jugak la tengok proses buat teh kat kilang teh. Owner ladang ni orang India dan berasal dari India. Kemudian tempat wajib kedua ialah ladang strawberry. Terdapat banyak ladang strawberry dan ladang strawbeery yang aku pergi ni antara yang terkenal iaitu Big Red Strawberry Farm yang terletak di Tanah Rata. Owner still orang India, kaya orang India kat Cameron ni ...