Posts

Showing posts from January, 2011

Bye-bye Sabah…

Image
Selama 2 bulan berada di Tawau, Sabah, nov 10- jan 2011. Apa yang dapat aku katakan bagi ekspidisi ke-3 aku bekerja di Sabah tahun ini ialah Sabah memang best. Terdapat kecenderongan untuk aku kembali semula di Sabah pada masa akan datang bersama teman- teman mahupun keluarga untuk melancong. Sabah negeri dibawah bayu sesuai sebagai tempat menghabiskan cuti beristirehat dan juga pusat membeli belah tempatan bagi kategori kraf. Tempat yang menarik sebelum ini tak tercapai dek akal membuat aku tertanya, mengapa orang tidak tertarik melancong di dalam Malaysia? Mengapa harus ke Bali, Hatyai, gold coast, or whatever sedangkan prestage pelancongan di Sabah amat tinggi kerana terdapat tempat- tempat yang amat menarik berkatagori ‘Heritage World’ disini. Jika sebelum ini bekesempatan menikmati keindahan Kota Kinabalu, Keningau, dan Ranau. Kini berkesempatan pula untuk mendiami bumi Tawau, dan berkunjung ke semporna. Umum ketahui faktor geografi bagi daerah Tawau yang terletak berhampiran n...

Kebangkitan bola sepak Negara

Image
Terharu dan rasa gundah gulana pun ada. Terharu kerana Malaysia menang buat pertama kali piala keagungan asia tenggara, piala AFF Suzuki (dulu dikenali piala tiger) dan gundah gulana kerana mampukah Malaysia meneruskan rentak dan momentum untuk menjadi jaguh di Asia tenggara bagi tempoh yang lama? Jika dilihat aspek pembangunan bola sepak kini, sudah ada ramai pelapis yang begitu berkualiti meningkat naik hasil gilapan dari sekolah sukan-sukan seluruh negara mahupun dari persatuab bola sepak negeri. Sambil dibantu oleh fasiliti sukan yang baik serta kecenderungan menggunakan kudrat tempatan, Malaysia mempunyai formula sendiri bergelar juara asia tenggara dalam tempoh 3 tahun kebangkitannya. Bermula dari juara pesta bola merdeka 2007, pingat emas sukan sea 2009, serta terbaru juara asia tenggara 2010. Semua sudah dirasai, sekarang masa untuk menambah baikan apa yang ada iaitu mencari pemain- pemain baru yang berkualiti terutama posisi penyerang bagi memantapkan pasukan malaysia bagi 10 ...