Ketenangan

Lama betul tak update blog usang aku nih, semuanya kerana kebiadaban diri sendiri yang tidak memenuhi hak dan keperluan blog aku nih. Bak kata pepatah 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih' macam tu la kot perumpamaan aku dengan blog aku nih.. makin lama macam berat je aku nak jenguk blog ni, apatah lagi blog kawan-kawan sekalian. nak juga mengkomen kat blog kawan-kawan macam dulu, tapi banyak pulak dalik nya :-) apapun sedemikiannya tidaklah terlalu kritikal...kadang-kadang ada juga masa nak menjenguk tapi malas nak menulis kehidupan seharian kat sini. Semuanya banyak diterjemah kat facebook. Sekarang aku tengah bercuti mencari kedamaian...kedamaian dari kerja, study dan juga awek :-) hehehhehe oleh itu badan aku direlak kan dengan berjumpa pakar refleksilogi, pakar bekam, dan juga pakar terapi. Rasa tenang jugak la dalam seminggu ni meng- free kan badan dari semua tosik- tosik kotaraya. Aku tahu sekuat mana pun kerja, badan mesti direlakkan untuk kegunaan jangka masa panjang...