Posts

Showing posts from December, 2009

Selamat tinggal 2009 & Welcome 2010

Banyak kenangan bakal menjadi sejarah sepanjang peristiwa 2009 ini. Ada yang manis ada yang pahit untuk dikenang, yang penting sudah dilalui dan menjadi iktibar dan pedoman dimasa hadapan. Antara perkara manis 2009 yang aku lalui seperti dapat naik pangkat, aku study dalam level master, anak buah aku bertambah, & hutang2 aku semakin langsai :-)....dan antara kenangan pahit pula seperti anak buah berkurangan :-( , kerja bertambah, ahali family keluar masuk hospital, & aku jual kereta kancil aku setelah 9 tahun huhuhuhu :-(... Semoga tahun 2010 yang bakal menjelma lagi beberapa jam lagi nih dapat memberi impak kepada diri dalam memastikan segala perancangan seperti bisnes, pelajaran, dan kerjaya bertambah cemerlang... Amin.. Happy New Year my family, officemate, classmate, and to all my friends..

1431H

Hari ni 1 Muharam 1431, detik permulaan, starting point, centre grid, detik perpindahan & penghijrahan untuk diri. Setiap tahun kita perbaharui azam dan jati diri, tetapi adakah kita buat post-mortem atas kejayaan azam kita yang lepas- lepas? Ada yang nak berenti merokok, ada yang nak kahwin, ada yang nak jadi baik, ada yang ingin menjadi sebaik- baik umat dan ada pulak yang tak mahu buat apa-apa azam. Azam adalah penting sebagai garis panduan hidup dalam mencapai sesuatu. Orang yang tidak mempunyai azam akan lebih mudah lalai dalam mengubah diri dari orang yang berazam. Walaupun tidak mencapai sasaran sekurang- kurangnya dapat mengubah fikiran sesorang tentang objektif kehidupan mereka. Bagi aku azam tetiap tahun tak perlu berubah, selagi azam yang lama tak capai sasaran...kita perlu teruskan tetapi dicampuri inti-inti baru dalam azam tersebut agar lebih segar sempena tahun baru. Selamat tahun baru kepada semua, diharap memberi sinar dan kemajuan terhadap diri, dan kehidupan. Sala...

Pemilikan Rumah.....

Terlebih dahulu nak ucap selamat hari raya AidilAdha 1430, semoga pengorbanan kita pada agama diterima oleh Allah dan memanfaat sekalian alam. Tahun ni ada rezeki lebih sikit so aku buat korban jugak, cuma yang tak bestnya, hari raya ni aku demam berpanjangan akibat cuaca yang tak menentu ni. So aktiviti korban tak dapat la aku join bersama keluar yang lain seperti tahun lepas coz sibuk g klinik. Akhir- akhir tahun atau penghujung tahun ni, nampak macam- macam promosi di dada- dada akhbar dan juga poster di sekelian tempat. sayugia mata amat terpesona dengan pakej- pakej hebat seperti diskaun dan rebat samada kereta, rumah, perabut, dan etc. Hati tertarik dengan iklan di akbar baru- baru ini mengenai kempen pemilikan rumah oleh WorlWide Holding yang membangunkan Subang Bestari. Hati terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut dan ternyata pakej yang disediakan amat menarik disamping harga yang berpatutan sesuai dengan penilaian kawasan berkenaan. hati meronta- ronta ingin memiliki salah s...