Posts

Showing posts from November, 2009

Perasaan...

Apa yang anda tahu mengenai perasaan?kadang- kadang baik, teruk, moody, nak bunuh orang pon ada, tapi itulah namanya perasaan. Tatkala yang menguasainya adalah jiwa dan hati tapi sebenarnya melibatkan persekitaran. Apa yang dilihat luaran sebenarnya hitam didalam, suci ditepi jendela kerinduan yang hakiki. Sanubari bertanya, adakah hati ini milik sang pujangga yang mengerti erti kehidupan norma- norma yang batasnya di perhalusi jiwa kehidupan yang abadi?

Akibat Perpecahan Islam

Minggu ini umat islam Malaysia dikejutkan penangkapan Dr. Asri mantan Mufti Perlis oleh JAIS iaitu badan profesional bagi memantau dan mengurus hal umat islam di Selangor melalui Sultan Selangor. Dr. Asri seorang ulama progresif yang banyak mengutarakan pandangan dari sudut berbeza dan tidak disenangi oleh sebahagian ulama atau mufti-mufti di malaysia. caranya begitu progresif dan disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat yang telah lama dahagakan islam yang betul- betul membuka minda manusia bernama islam dan tidak terikat dengan mana-mana fahaman lama konvensional oleh ulama- ulama muktabar yang pendekatannya kadang- kadang tidak boleh diserapi kepada sesetengah orang. Bukan hendak menangkan sesiapa, tetapi selagi tidak meganggu akidah dan tauhid serta di Malaysia ini terjurus kepada mazhab sunnah waljamaah...ianya boleh dikira islam yang benar disisi Allah. Bukannya seperti konsep 'islam hadhari' dan 'islam moderate' yang dicipta oleh kerajaan suatu ketika dulu yang...