PRU 13- Hari Raya Malaysia, Semoga Malaysia Diberkati
Tup...Tup...Tup 5 tahun dah berlalu, pilihanraya kali ke 13 akan muncul pada 5 Mei 2013. Paling mencipta sejarah apabila buat kali pertama, inilah pilihanraya paling panas dan ganas berlaku sejak 12 pilihanraya yang lalu. Jika senario 2008 diambil kira, undi seakan telah beralih ke pembangkang. Senario ini berkembang dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat seakan bermaharajalela di Malaysia. Selaku kerajaan yang memerintah, Barisan Nasional (BN) seakan tidak senang dengan fenomena ini dan pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Malaysia. Maka terjadilah perkara- perkara yang tidak patut berlaku dalam landskap politik bumi Malaysia seperti budaya samseng politik, pengeluaran video- video seks palsu dan tulin pemimpin parti, dan yang paling ngeri adalah pemberian rasuah kepada rakyat Malaysia secara besar- besaran dan terang- terangan (boleh pikir- pikirkan sendiri) oleh kerajaan pemerintah. Kita telah merdeka 55 tahun, dan telah mengharungi 12 pilihanraya secara gentlem...