Posts

Showing posts from November, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Hari ini 1 Muharram 1433, hari pertama dalam kelendar islam bagi 1433 hijriyi. Pada kebanyakan orang, inilah masanya untuk memasang niat atau revise niat tahun lepas sama ada tercapai atau tidak dan memasang target baru. Bagi aku yang berkelana ini, tahun 1432 adalah tahun bermakna bagi aku kerana pada tahun ini aku berjaya menghabiskan pengajian aku walaupun pernah tergelincir sedikit. Alhamdulillah semuanya telah berjaya diharungi dengan baik dan bersyukur kerana bukan senang kerjaya berkelana macam aku boleh bagi komitmen pada pelajaran. Pada 1432 juga ibu bapaku semakin sihat dan kami sekeluarga boleh dikatakan kembali ke rutin harian seperti biasa. Anti-establish , mungkin itulah ungkapan sesuai bagi aku sejak dulu. Relevancy nya pada tahun baru ini, aku inginkan anjakan paradigma dalam hidup aku. Memang ada beberapa perkara perlu dilakukan pada tahun baru ini, perkara yang agak besar dan perlukan penelitian yang baik seperti rumahtangga dan pekerjaan. 2 perkara ini sudah m...

Salam AidulAdha 1432H

Image
Salam hariraya dari saya sekeluarga, alhamdulillah tahun ni rezeki lebih sedikit, dah memang ada niat untuk mengerjakan ibadah korban pada tahun ini. Untuk satu bahagian pada tahun ini RM380.00. semoga dengan ibadah korban ini membuatkan diri bertambah beriman, bertawaduk serta dimurahkan rezeki. Tidak lupa pada yang memerlukan, semoga daging2 korban serata dunia dapat diagihkan terutama pada golongan- golongan yang amat memerlukan iaitu fakir miskin, anak- anak yatim, dan sesiapa sahaja berstatus umat islam. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin