Demam Piala Dunia
Actually, aku memang jarang main bola..bukan pasal kaki bangku sebab dulu aktif jugak main kat kampung and sekolah. Time cuti sekolah, main kat depan rumah dengan abang aku and the jiran- jiran. Seingat aku, last sekali main bola masa kerja di Stamford College untuk liga bagi sukan tahun 2007. Aku cam biasala main untuk team staff, Penyerang lak tu. Futsal memang jarang main coz tak minat, aku lebih prefer main bola kat padang. Sekarang musim piala dunia, tadi baru balik dari tengok match Jepon vs paraguay. paraguay menang penalti. nampaknya, jepon memang liat untuk dikalahkan. Semangat samurai?Lupakanlah, sebab jepon main memang bagus dan menghiburkan. Bukan kerana semangat samurainya. Kalau ada pun hanya mempengaruhi 3% dari perlawanan. Fenomena sekarang amat berbeza, tempat lepak mamk habis penuh dengan orang terutama dah masuk pusingan kedua sekarang. makin murah reeki mamak- mamak kat sekitar lembah kelang ni. penuh riuh rendah gelak ketawa, ada yang marah tapi tetap menghiburkan...