Posts

Showing posts from July, 2008

KAHWIN...Realisasi Agama!!!!

Kahwin adalah dituntut oleh agama terutama Islam bagi membiakkan umat Adam dimuka bumi ini secara sah. Apa yang perlu ditonjolkan dalam perkahwinan adalah sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain, dan bantu membantu disamping menjaga hak masing-masing didalam kehidupan seharian. Apa yang sering berlaku ketika ini adalah sebaliknya malah ada yang lebih teruk dari kehidupan binatang dimana isteri dicerai ketika hamil, bernikah hanya 10 hari, dan pelbagai lagi. kegagalan menjaga kualiti didalam kehidupan berumah tangga amat kritikal dimasa kini malah sesetengah perkahwinan boleh dilihat hanya untuk kepuasan peribadi bukannya kerana ibadah dan niat kerana Allah. Perubahan kehidupan ke era teknologi banyak mempengaruhi masyarakat kini dalam pergaulan, perniagaan, pembelajaran mahupun teman sosial. Dalam segmen perkahwinan, tak kurang hebatnya mencari jodoh melalui chatting , forum-forum dan lain-lain bagi sesiapa yang agak sukar bergaul secara konvensional. Pemilihan dalam tat...