Posts

Politik 2016

Apa yang terjadi ketika ini di Malaysia? Iklim politik Malaysia semakin tidak menentu. Adakah ianya hasil globalisasi? Atau lebih kepada kemahuan diri sendiri untuk menjadi raja dan terus menggila? Kadang- kadang terpikir difikiran, jati diri manusia yang sering berubah hanya dek kerana harta...seolah-olah diri tidak mati untuk menemui pencipta. Hasil dunia menjadi keutamaan seolah tiada sempadan...nyawa menjadi taruhan...Ingatlah wahai insan, yang abadi hanya ehsan...bukannya kemewahan....sujudlah, kembalilah, seperti bayi ersama tangisannya....  Nukilan: Sujud dunia

Happy Depavali

Happy Depavali to all hindus in Malaysia

KURIKENDI.COM: A NEW BLOGGING ERA

Bila diamati semula, personal blog aku ini telah hampir berusia 7 tahun. Namun, tidak banyak isi- isi yang terdapat pada blog aku ini. Asal idea blog ini wujud adalah untuk berkongsi hal- hal kehidupan dari pelbagai sisi mahupun perspectif. Tidak seperti blog- blog yang lain yang lebih kepada berkongsi maklumat 'sharing information' . Sekian lama blog ini semakin tidak relevan seiring peredaran masa. Namun blog ini mempunyai jiwa nya yang tersendiri yang akan berdiri suatu hari nanti mengikut identiti tersendiri. Umum ketahui, masalah- masalah negara banyak di tonjolkan selain isu- isu semasa yang seakan topik berat didalam blog ini. Isu- isu ini dikupas mengikut idea peribadi aku sendiri tanpa mengambil dari mana- mana sumber seperti blog- blog lain. Selepas diamati semula, mungkin selepas ini, KURIKENDI akan bernafas baru dengan iltizam serta perkongsian yang lebih baik merangkumi semua aspek yang ada sekeliling kita. Sesuatu perlu dikorbankan bagi merealisasikan kem...

Momentum sebuah kehidupan

Dizaman yang penuh mencabar ini, diri sentiasa kusut memikirkan apakah ada sinar untuk kesian hari- hari yang mendatang. Dibebani dengan pelbagai kerenah dunia dan masyarakat, mungkin nilai- nilai estetika yang dikecapi oleh orang- orang zaman dahulu hanya tinggal impian buat kita masyarakat sekarang dan akan datang. Apa yang kita impikan didalam kehidupan? Sebuah perjalanan singkat yang akhirnya semua orang tahu kemana destinasinya. Tatkala kita berlumba- lumba untuk mengapai sesuatu yang belum pasti, sehingga melupakan nilai- nilai kemanusian yang telah hilang di dalam sanubari kita. Adakah kita sedar? Polimik ini berlaku di sekeliling kita tanpa mengira siapa kah kita, pekerjaan apakah kita, semua hanya sebagai batu hiasan yang diletakkan di dalam bungkah- bungkah kecil yang tidak dapat dilihat oleh seseorang. Ke mana hilangnya harga diri? Tatkala ini, hanya Allah tempat mengadu, tempat merayu, tempat memohon agar memberi keberkatan hidup seterusnya menurunkan rahmat keseluruh ...

Tahun baru 2014...Cabaran

Setelah 30 hari berlalu, bermula lembaran baru tahun 2014 yang penuh cabaran dan dugaan, semoga ditabahkan usaha dan mendapat rahmat dari nya. Semoga dipanjangkan usia, dimurah rezeki, di berkati seisi keluarga.  Dengan kaedah pentadbiran kerajaan yang pelik sekarang, dimohon rakyat semoga bersabar dan banyakkan berdoa semoga diberi terbaik dalam kehidupan. AMIN

Bicara Cinta di Aidiladha....

Ketika berbicara, umat islam di Arafah sujud dan berdoa menadah untuk berita gembira. Apakan daya di kejauhan masih boleh menadah seumpamanya. Hanya takbir mengiringi doa, tatkala segalanya bermula sehingga masuknya semula si mentari, tempoh mengadu manusia yang mengalami insafi. Harapan jauh di suatu tika, makbul segala yang alami, bahtera di kemudi tidak disesali untuk fana yang kejam beerti. Sang insan terlalu leka, mengejar dunia yang tak seberapa. Adakah ini akhiran dunia, metropolitan matlamat diri. Dulu leka sekarang menderita, mencari ilham dimana dia? mukatamad cinta yang tersetia, itulah Allah Rabulalamin. Selamat Menyambut Hari Raya Aidul adha dari Nazeri Sekeluarga....Mohon korbanku diterima Ilahi...

Cerita Minyak lagi dan Retoriknya

Umum ketahui kerajaan telah menaikkan secara mendadak harga minyak dan spekulasi minyak akan naik lagi dalam masa terdekat bertiup amat kencang. Dimana silapnya peranan yang dimainkan kerajaan dalam membantu rakyat khasnya golongan sederhana dan rendah yang amat menderita tinggal dibumi bertuah ini terutama di lembah klang. Secara jujrnya retorik kenaikan harga minyak adalah isu tahunan yang dimainkan kerajaan bagi mengimbangi keperluan kerajaan dalam mentadbir negara. Sebelum pilihanraya, isu minyak adalah sensitif dimana kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak dalam tahun ini. Namun janji pilihanraya memang tak boleh pakai, selepas diberi mandat lain pula jadinya.  Umum ketahui kerajaan yang dipilih sekarang adalah kerajaan yang tidak kuat atau boleh dikatakan kerajaan yang menipu semasa pilihanraya. Atas sebab kebenaran itu, kerajaan telah membuat pusingan 360 darjah dengan menukar akujanji- akujanji yang dibuat semasa pilihanraya bagi memenuhkan poket masing- m...