Posts

Permergian Daddy tersayang

Daddy, panggilan bagi ayahku sejak aku kecil hingga dewasa. Panggilan yang kadang- kadang menggerunkan kami sekeluarga dengan ketegasan serta lemah lembut yang dimiliki. Raut mata serta janggut yang manis akan membuatkan orang terpesona untuk mendekatinya. Petah berbicara hal keduniaan dan juga akhirat seterusnya menjadi rujukan bagi anak- anaknya. Sedia membantu sesiapa sahaja walaupun sering ditipu dan diambil kesempatan, namun hati tulusnya tidak pernah membalas. Dia tahu Allah itu ada, dia takut akan pembalasannya. Zuhud dunia sentiasa menyelubunginya, namun tidak pula lupakan hal dunia semata- mata. seiring dunia- akhirat lebih molek katanya. Kini suaranya tiada, Allah meminjamkan hambanya roh buat seketika. Kini dia telah berhijrah ke suatu destinasi. negeri yang lain dan terjamin. Semoga rohnya disis Allah dan di tempat dikalangan orang- orang beriman dan di redhai-Nya..Amin..Hj. Osman Bin Hj. Chik 1945-2012

Salam Maal Hijrah 1433

Hari ini 1 Muharram 1433, hari pertama dalam kelendar islam bagi 1433 hijriyi. Pada kebanyakan orang, inilah masanya untuk memasang niat atau revise niat tahun lepas sama ada tercapai atau tidak dan memasang target baru. Bagi aku yang berkelana ini, tahun 1432 adalah tahun bermakna bagi aku kerana pada tahun ini aku berjaya menghabiskan pengajian aku walaupun pernah tergelincir sedikit. Alhamdulillah semuanya telah berjaya diharungi dengan baik dan bersyukur kerana bukan senang kerjaya berkelana macam aku boleh bagi komitmen pada pelajaran. Pada 1432 juga ibu bapaku semakin sihat dan kami sekeluarga boleh dikatakan kembali ke rutin harian seperti biasa. Anti-establish , mungkin itulah ungkapan sesuai bagi aku sejak dulu. Relevancy nya pada tahun baru ini, aku inginkan anjakan paradigma dalam hidup aku. Memang ada beberapa perkara perlu dilakukan pada tahun baru ini, perkara yang agak besar dan perlukan penelitian yang baik seperti rumahtangga dan pekerjaan. 2 perkara ini sudah m...

Salam AidulAdha 1432H

Image
Salam hariraya dari saya sekeluarga, alhamdulillah tahun ni rezeki lebih sedikit, dah memang ada niat untuk mengerjakan ibadah korban pada tahun ini. Untuk satu bahagian pada tahun ini RM380.00. semoga dengan ibadah korban ini membuatkan diri bertambah beriman, bertawaduk serta dimurahkan rezeki. Tidak lupa pada yang memerlukan, semoga daging2 korban serata dunia dapat diagihkan terutama pada golongan- golongan yang amat memerlukan iaitu fakir miskin, anak- anak yatim, dan sesiapa sahaja berstatus umat islam. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Fire Drill Exercise

Image
Harini ofis aku ada mengadakan latihan kebakaran anjuran Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan PPUKM. Banyak manfaat yang diperoleh darip ada program ini antara nya langkah- langkah persediaan dan perlaksanaan apabila kebakaran bermula serta cara- cara penggunaan alat pemadam api (fire estinguisher) dengan berkesan dan betul. Taklimat yang diberi juga tertumpu pada jenis penggunaan fire estinguisher dan tempoh keberkesanan nya apabila disimpan. Aku sempat pergi program taklimat dan juga penggunaan fire estinguisher sahaja, apabila sesi fire drill, aku tak sempat nak join sebab ada kerja luar pula. Tetapi dari maklum balas rakan lain, fire drill exercise di ofis aku kali ni berjalan lancar dan berjaya. Berikut gambar- gambar yang sempat aku rakamkan.;-

Kasih Sayang Tanpa Kejujuran

Badai ombak kadang- kadang tak la terlalu tinggi, tapi selalunya membuat orang nya terjatuh. Lumrah dalam perhubungan, ada yang jernih, ada yang kelam..tapi semuanya bergantung pada keadaan dan diri sendiri. Kalau takut dibadai ombak, jangan berumah ditepian pantai. Naluri hidup berkasih kadang- kadang terlalu tajam sampai menyengat hati. Di paut indah sekian lama akhirnya berlubang juga di liku- liku jalan yang begitu jauh. Salah siapa? Mungkin diri sendiri, tapi kalau takut dengan liku- liku tersebut, mengapa perlu berkasih? Jangan salahkan sesiapa kalau ianya terjadi pada diri sendiri. Jiwa yang kental belum tentu dapat tempuhi jalan sebegitu perit. Perit di hati, perit di jiwa, perit di sanubari insan yang berstatus khalifah. Jiwa dituntut untuk berkasih sayang, jiwa juga diajar untuk menerima kasih sayang, sehitam mana hati seorang manusia, kasih sayang tetap wujud, tali cinta tetap bersemi. Kalau itulah jodoh, dekatkan aku. Kalau ianya hanya halusi, berlalu lah ia pergi. Pergi ...

Pengurusan yang tak Terurus.

Kadang- kadang manusia lupa, betapa indahnya ciptaan Allah. Ada dilahirkan baik, jahat, terurus, mengurus, pengurus, dan tak kalah juga yang diurus. Bukan semua dilahirkan menjadi pengurus, kaum adam dilahirkan untuk menjadi pengurus, tapi bukan semua yang capai tahap begitu. Kaum adam boleh mengurus rumah tangga, dan kaum hawa boleh menjadi penolong kaum adam untuk mengurus. Semuanya cantik sehinggalah istilah queen control, house captain, dan pelbagai lagi keluar menunjukkan kaum hawa telah mengambil alih peranan tersebut. Melanggar hukum, tapi realiti. Nak salah kan siapa?sistem?sistem tak pernah silap…yang silap ialah manusia. Kalau hukum dapat berkata- kata,biarlah ia berlalu sebagai degilan manusia. Indah ciptaan hukum manusia, hanya jauhari mengenal manikam.

Perang Jihad…Armarhum Syahid Osama Bin Laden

1 Mei 2011 detik hitam bagi dunia islam apabila seorang lagi tokoh pejuang jihad islam terkorban dalam satu pertempuran di Afganistan. Dalam 9 tahun sejak tragedi 11 September 2001 WTC, sudah beberapa kali dunia dikhabarkan bahawa Osama Laden terbunuh namun tiada bukti diberikan. Namun kali ini, jasad Osama dan 3 yang lain telah dibawa oleh CIA untuk dijadikan bukti dan ianya telah disahkan oleh tulin ole Jabatan Keselamatn Amerika Syarikat. Tragedi ini memberi kesan yang amat besar kepada dunia islam khususnya rangkaian Al-Qaeda yang memperjuangkan jihad diseata dunia terutama di Afghanistan, Pakistan, dan juga beberapa negara di Asia tenggara. Pembunuhan terancang oleh tentera salib Amerika laknatullah ini memberi gambaran jelas bahawa perang salib bakal dilancarkan secara besar- besaran dan pergolakan di dunia- dunia arab diambil kesempatan oleh syaitan-syaitan ini untuk menduduki bumi arab secara berperingkat- peringkat. Ini dapat dilihat pada siri pembunuhan keluarga pemi...