Posts

Israel:Bila Daulah Islam Tiada

Marah, benggang, & sebagainya menyelubungi hati tatkala orang tersayang saudara islam diserang dan dibunuh tanpa belas kasihan ditanah suci Palestin. Apa yang dogusarkan, orang yang dibunuh bukan calang- calang makhluk Allah, mereka terdiri dari bujak pandai samada beragama islam mahupun kristian. Itulah terjadi pada hari ini tatkala kapal bantuan Misi kemanusian telah di serang oleh Yahudi dengan sekelip mata mengorbankan 20 orang. Bayangkan jika mereka-mereka ini yang terdiri dari kenamaan dan aktivis kemanusian seantero dunia berani dibunuh yahudi, inikan pula, makhluk- makhluk kerdil di palestin yang terdiri dari kaum-kaum intifada yang masih remaja, dan anak kecil yang masih tidak ada doa. inikah dinamakan penjagaan hak asasi manusia?IOC dimana?Liga arab mengapa membisu? Mesir dan Jordan jika secara logik adalh pelindung kepada palestin, mengapa mereka tidak berbuat apa-apa? Adakah negara- negara ini mempunyai ramai ulama-ulama yang mengeluarkan fatwa- fatwa bahawa menjaga per...

Ketenangan

Image
Lama betul tak update blog usang aku nih, semuanya kerana kebiadaban diri sendiri yang tidak memenuhi hak dan keperluan blog aku nih. Bak kata pepatah 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih' macam tu la kot perumpamaan aku dengan blog aku nih.. makin lama macam berat je aku nak jenguk blog ni, apatah lagi blog kawan-kawan sekalian. nak juga mengkomen kat blog kawan-kawan macam dulu, tapi banyak pulak dalik nya :-) apapun sedemikiannya tidaklah terlalu kritikal...kadang-kadang ada juga masa nak menjenguk tapi malas nak menulis kehidupan seharian kat sini. Semuanya banyak diterjemah kat facebook. Sekarang aku tengah bercuti mencari kedamaian...kedamaian dari kerja, study dan juga awek :-) hehehhehe oleh itu badan aku direlak kan dengan berjumpa pakar refleksilogi, pakar bekam, dan juga pakar terapi. Rasa tenang jugak la dalam seminggu ni meng- free kan badan dari semua tosik- tosik kotaraya. Aku tahu sekuat mana pun kerja, badan mesti direlakkan untuk kegunaan jangka masa panjang...

Happy Chinese New Year 2010

Kepada semua penganut agama budha ni Malaysia diucapkan selamat tahun baru China. Semoga success dalam bisness dan hidup untuk merumpunkan konsep '1 Malayisa' di bumi tercinta ini.

Allah...Hak Siapa?

Sejak kebelakangan ini banyak betul fenomena aneh berlaku di negara kita. Ada dah kahwin tapi tak mengaku, dah kena tangkap khalwat baru nak ngaku dah kahwin, gerhana bulan separa yang begitu aneh sekali, perayaan 1 januari yang lebih meriah dari 1 muharam, ulama saman ulama dan lebih aneh banyak benar pihak mengaku islam tapi tak berani mempertahankan akidahnya. Umum ketahui kemenangan pihak gerega katolik dalam penerbitan mingguan mereke 'The Herald' telah berjaya mendapatkan hak dalam penggunaan nama Allah dalam penerbitan mereka. umum ketahui Allah adalah milik orang muslim dan hanya kristian ortodok sahaja yang menggunakannya dalam aktiviti rasmi seperti dalam sembahyang mereka sahaja. Mengapa hal ini terjadi dan mengapa tidak di serang balas oleh orang islam secara keseluruhan tanah air. Yang ada hanyalah serpihan manusia berhati politik yang cuba mempropagandakan hal ini dengan tidak bersungguh-sungguh. Suungguh hina manusia- manusia ini dalam persoalan konflik manusia ...

Selamat tinggal 2009 & Welcome 2010

Banyak kenangan bakal menjadi sejarah sepanjang peristiwa 2009 ini. Ada yang manis ada yang pahit untuk dikenang, yang penting sudah dilalui dan menjadi iktibar dan pedoman dimasa hadapan. Antara perkara manis 2009 yang aku lalui seperti dapat naik pangkat, aku study dalam level master, anak buah aku bertambah, & hutang2 aku semakin langsai :-)....dan antara kenangan pahit pula seperti anak buah berkurangan :-( , kerja bertambah, ahali family keluar masuk hospital, & aku jual kereta kancil aku setelah 9 tahun huhuhuhu :-(... Semoga tahun 2010 yang bakal menjelma lagi beberapa jam lagi nih dapat memberi impak kepada diri dalam memastikan segala perancangan seperti bisnes, pelajaran, dan kerjaya bertambah cemerlang... Amin.. Happy New Year my family, officemate, classmate, and to all my friends..

1431H

Hari ni 1 Muharam 1431, detik permulaan, starting point, centre grid, detik perpindahan & penghijrahan untuk diri. Setiap tahun kita perbaharui azam dan jati diri, tetapi adakah kita buat post-mortem atas kejayaan azam kita yang lepas- lepas? Ada yang nak berenti merokok, ada yang nak kahwin, ada yang nak jadi baik, ada yang ingin menjadi sebaik- baik umat dan ada pulak yang tak mahu buat apa-apa azam. Azam adalah penting sebagai garis panduan hidup dalam mencapai sesuatu. Orang yang tidak mempunyai azam akan lebih mudah lalai dalam mengubah diri dari orang yang berazam. Walaupun tidak mencapai sasaran sekurang- kurangnya dapat mengubah fikiran sesorang tentang objektif kehidupan mereka. Bagi aku azam tetiap tahun tak perlu berubah, selagi azam yang lama tak capai sasaran...kita perlu teruskan tetapi dicampuri inti-inti baru dalam azam tersebut agar lebih segar sempena tahun baru. Selamat tahun baru kepada semua, diharap memberi sinar dan kemajuan terhadap diri, dan kehidupan. Sala...

Pemilikan Rumah.....

Terlebih dahulu nak ucap selamat hari raya AidilAdha 1430, semoga pengorbanan kita pada agama diterima oleh Allah dan memanfaat sekalian alam. Tahun ni ada rezeki lebih sikit so aku buat korban jugak, cuma yang tak bestnya, hari raya ni aku demam berpanjangan akibat cuaca yang tak menentu ni. So aktiviti korban tak dapat la aku join bersama keluar yang lain seperti tahun lepas coz sibuk g klinik. Akhir- akhir tahun atau penghujung tahun ni, nampak macam- macam promosi di dada- dada akhbar dan juga poster di sekelian tempat. sayugia mata amat terpesona dengan pakej- pakej hebat seperti diskaun dan rebat samada kereta, rumah, perabut, dan etc. Hati tertarik dengan iklan di akbar baru- baru ini mengenai kempen pemilikan rumah oleh WorlWide Holding yang membangunkan Subang Bestari. Hati terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut dan ternyata pakej yang disediakan amat menarik disamping harga yang berpatutan sesuai dengan penilaian kawasan berkenaan. hati meronta- ronta ingin memiliki salah s...