Posts

Happy Chinese New Year 2010

Kepada semua penganut agama budha ni Malaysia diucapkan selamat tahun baru China. Semoga success dalam bisness dan hidup untuk merumpunkan konsep '1 Malayisa' di bumi tercinta ini.

Allah...Hak Siapa?

Sejak kebelakangan ini banyak betul fenomena aneh berlaku di negara kita. Ada dah kahwin tapi tak mengaku, dah kena tangkap khalwat baru nak ngaku dah kahwin, gerhana bulan separa yang begitu aneh sekali, perayaan 1 januari yang lebih meriah dari 1 muharam, ulama saman ulama dan lebih aneh banyak benar pihak mengaku islam tapi tak berani mempertahankan akidahnya. Umum ketahui kemenangan pihak gerega katolik dalam penerbitan mingguan mereke 'The Herald' telah berjaya mendapatkan hak dalam penggunaan nama Allah dalam penerbitan mereka. umum ketahui Allah adalah milik orang muslim dan hanya kristian ortodok sahaja yang menggunakannya dalam aktiviti rasmi seperti dalam sembahyang mereka sahaja. Mengapa hal ini terjadi dan mengapa tidak di serang balas oleh orang islam secara keseluruhan tanah air. Yang ada hanyalah serpihan manusia berhati politik yang cuba mempropagandakan hal ini dengan tidak bersungguh-sungguh. Suungguh hina manusia- manusia ini dalam persoalan konflik manusia ...

Selamat tinggal 2009 & Welcome 2010

Banyak kenangan bakal menjadi sejarah sepanjang peristiwa 2009 ini. Ada yang manis ada yang pahit untuk dikenang, yang penting sudah dilalui dan menjadi iktibar dan pedoman dimasa hadapan. Antara perkara manis 2009 yang aku lalui seperti dapat naik pangkat, aku study dalam level master, anak buah aku bertambah, & hutang2 aku semakin langsai :-)....dan antara kenangan pahit pula seperti anak buah berkurangan :-( , kerja bertambah, ahali family keluar masuk hospital, & aku jual kereta kancil aku setelah 9 tahun huhuhuhu :-(... Semoga tahun 2010 yang bakal menjelma lagi beberapa jam lagi nih dapat memberi impak kepada diri dalam memastikan segala perancangan seperti bisnes, pelajaran, dan kerjaya bertambah cemerlang... Amin.. Happy New Year my family, officemate, classmate, and to all my friends..

1431H

Hari ni 1 Muharam 1431, detik permulaan, starting point, centre grid, detik perpindahan & penghijrahan untuk diri. Setiap tahun kita perbaharui azam dan jati diri, tetapi adakah kita buat post-mortem atas kejayaan azam kita yang lepas- lepas? Ada yang nak berenti merokok, ada yang nak kahwin, ada yang nak jadi baik, ada yang ingin menjadi sebaik- baik umat dan ada pulak yang tak mahu buat apa-apa azam. Azam adalah penting sebagai garis panduan hidup dalam mencapai sesuatu. Orang yang tidak mempunyai azam akan lebih mudah lalai dalam mengubah diri dari orang yang berazam. Walaupun tidak mencapai sasaran sekurang- kurangnya dapat mengubah fikiran sesorang tentang objektif kehidupan mereka. Bagi aku azam tetiap tahun tak perlu berubah, selagi azam yang lama tak capai sasaran...kita perlu teruskan tetapi dicampuri inti-inti baru dalam azam tersebut agar lebih segar sempena tahun baru. Selamat tahun baru kepada semua, diharap memberi sinar dan kemajuan terhadap diri, dan kehidupan. Sala...

Pemilikan Rumah.....

Terlebih dahulu nak ucap selamat hari raya AidilAdha 1430, semoga pengorbanan kita pada agama diterima oleh Allah dan memanfaat sekalian alam. Tahun ni ada rezeki lebih sikit so aku buat korban jugak, cuma yang tak bestnya, hari raya ni aku demam berpanjangan akibat cuaca yang tak menentu ni. So aktiviti korban tak dapat la aku join bersama keluar yang lain seperti tahun lepas coz sibuk g klinik. Akhir- akhir tahun atau penghujung tahun ni, nampak macam- macam promosi di dada- dada akhbar dan juga poster di sekelian tempat. sayugia mata amat terpesona dengan pakej- pakej hebat seperti diskaun dan rebat samada kereta, rumah, perabut, dan etc. Hati tertarik dengan iklan di akbar baru- baru ini mengenai kempen pemilikan rumah oleh WorlWide Holding yang membangunkan Subang Bestari. Hati terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut dan ternyata pakej yang disediakan amat menarik disamping harga yang berpatutan sesuai dengan penilaian kawasan berkenaan. hati meronta- ronta ingin memiliki salah s...

Perasaan...

Apa yang anda tahu mengenai perasaan?kadang- kadang baik, teruk, moody, nak bunuh orang pon ada, tapi itulah namanya perasaan. Tatkala yang menguasainya adalah jiwa dan hati tapi sebenarnya melibatkan persekitaran. Apa yang dilihat luaran sebenarnya hitam didalam, suci ditepi jendela kerinduan yang hakiki. Sanubari bertanya, adakah hati ini milik sang pujangga yang mengerti erti kehidupan norma- norma yang batasnya di perhalusi jiwa kehidupan yang abadi?

Akibat Perpecahan Islam

Minggu ini umat islam Malaysia dikejutkan penangkapan Dr. Asri mantan Mufti Perlis oleh JAIS iaitu badan profesional bagi memantau dan mengurus hal umat islam di Selangor melalui Sultan Selangor. Dr. Asri seorang ulama progresif yang banyak mengutarakan pandangan dari sudut berbeza dan tidak disenangi oleh sebahagian ulama atau mufti-mufti di malaysia. caranya begitu progresif dan disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat yang telah lama dahagakan islam yang betul- betul membuka minda manusia bernama islam dan tidak terikat dengan mana-mana fahaman lama konvensional oleh ulama- ulama muktabar yang pendekatannya kadang- kadang tidak boleh diserapi kepada sesetengah orang. Bukan hendak menangkan sesiapa, tetapi selagi tidak meganggu akidah dan tauhid serta di Malaysia ini terjurus kepada mazhab sunnah waljamaah...ianya boleh dikira islam yang benar disisi Allah. Bukannya seperti konsep 'islam hadhari' dan 'islam moderate' yang dicipta oleh kerajaan suatu ketika dulu yang...