Posts

Salam Eid Fitri..& Kronologi Ramadhan :-).....:-(

Eid fitri menjelang tiba, semua orang suka gembira...tak kurang miskin dan kaya...dan juga insan berdukacita. Tentang berdukacita, ramadhan dan syawal tahun ni macam tak ceria sangat dalam keluarga aku.... sejak bulan ramadhan sampai la menyambut syawal ada je dugaan yang datang; dari kronologi anak buah aku operation jantung pada 20 ramadhan sehingga membawanya pada illahi pada 30 ramadhan dan juga kemasukan bapaku ke hospital kerana masalah denggi pada 26 ramadhan semua nya membuatkan syawal disambut sederhana sekali. Hidup mesti diteruskan, syawal perlu disambut kerana tuntutan agama tapi perlu la diiringi doa kepada yang telah tiada dan telah mengadap kepada-Nya.

Selamat Berpuasa

Sempena bulan ramadhan yang mulia, jauhilah mengumpat dan cela-cela...semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya. Amin... Selamat menyambut ramadhan Al-mubarak. nazeri & keluarga

Tekanan Perasaan Ditempat Orang

Genap 2 minggu kat terengganu, memang best tapi perasaan masih tertekan kerana banyak kerja tak siap terutama assignment dan juga hal2 peribadi lain kat keyall. Apa nak buat, bukan boleh balik selalu tetiap minggu coz anak buah ada untuk dijaga. Tapi stress management yang diajar semasa ceramah sebelum ini anjuran ofis di HUKM ternyata melesat jika tak ditrain dengan baik oleh diri sendiri. Hasilnya selalu la aku tak sedap hati tetiap hari walaupun berkaitan hal kecil seperti baju tak basuh & kuku tak potong :-(

Kelam kabut di Ofis

Tak tau la hormon apa yang merembes 2-3 hari nih kat badan aku, bila nampak pintu jer kaki naik atas pintu...tak pun penumbuk sekali das kat pintu tu. Kesian kat pintu tu..memang la sakit tapi apakan daya itu jer cara nak lepas kebingungan yang melampaui batas. Mungkin pasal rindu seseorang kot :-) .... Dengan esemen berlambak tak usik lagi, ditambah kelam kabut taufan apekebenda kat ofis nih (konon byk kerja kot) bertambah la kepala ni rungsing and tak sabar- sabar nak kerja kat luar yang boleh kata aman la lepas kul 3 petang. Tapi semangat nak kuar tak macam dulu lagi because dulu keluar takder siapa hirau and hati tak rindu sesiapa.... tapi sekarang dah ada orang hirau and rindu seseorang :-) so macam malas jer nak kuar. Takut la rindu- rindu lama-lama jadi gila. Harini hari terakhir kat ofis, after this 2 bulan kerja luar.. kepada yang selalu ambil port kat weblog ni (tak sampai 10 orang) harap jgn la lupakan blog ni kalau tak diupdate. Maklumla kalau dah outstation tu, sure la mal...

Kenapa La Aku Demam Sekarang?

Assignment berlambak-lambak (macam biasa last minit kerja), kerja opis banyak lak yang terpaksa pending, bukannya taknak buat tapi dah seminggu demam and takder mood automatically. So that terpaksa la aku berdoa pada Allah supaya mengandakan iltizam aku untuk hadapi semua ini. Kenapa La Aku Demam Sekarang?

Akhirnya... Aku Gembira kembali :-)

Alhamdulillah...Hari ini lebih kurang jam12.20 pagi hari sabtu, detik paling gembira dan tak ternilai bagi aku. Terharu and macam nak mengalir air mata pun ada. Aku akan menjaga apa yang di harapkan dengan ikhlas dan berdoa agar berkekalan. InsyaAllah...

Kuasa Senyuman :-)

Image
Hari ni macam biasa kerja jadi site- leader kat ppukm. Dan macam biasa aku masuk seawal mungkin, biasanya kul 7.30 pagi and set-up before start the rekrutmen coz biasanya aku akan start mengular bila rekrutmen start jam 8.30 pagi. Biasanya lepak kat pantry la QC makanan peserta dulu.huhuhuhu. Kerja kalau tiap-tiap hari gini memang boring berhadapan dengan orang ramai terutama yang tak paham bahasa. Tak kira la bahasa apa, yang penting aku jadi pening bila berhadapan dengan orang dlm kuantiti yang ramai pagi-pagi ni. Tapi ada satu jer cara nak cover pening aku nih sejak dulu lagi aku amalkan iaitu SENYUMAN. Tak kira la kalau kucing jadi peserta pun mungkin aku akan senyum kot, apatah lagi peserta-peserta bertaraf manusia yang lain.huhuhuhuhu kasar nya ayat. Ntah la aku dari dulu kalau orang kenakan aku pun aku senyum jer tapi dalam hati sumpah seranah jugak la tapi apakan daya aku jenis tak suka gaduh and cari masalah. Sekonyong-konyong bilamana diriku habis mengular, macam biasa aku ...