Posts

CHINA.....CHINA....CHINA

Image
Negara China, dulu rakyatnya hanya pakai cangkul untuk menyara keluarga, ke tempat kerja menaiki basikal samada petani, mahupun doktor, gaji ko, gaji aku juga, semua sama kerana berkonsep adik beradik. Pelik tapi benar.tapi itulah hakikat sepanjang pemerintahan komunis tertutup sejak zaman revolusi sehingga 70an. Kini dengan mengekalkan konsep komunis tetapi berkonsep ekonomi terbuka, china lebih maju dari malaysia sekarang 10 tahun terkehadapan. Dengan populasi penduduk hampir 2 bilion, peranan pemerintah sangat berkesan dengan mengamalkan pendidikan dan kesihatan percuma dan juga sisitem pengangkutan paling mantap antara di dunia. Kini China memmang gagah samada sistem pertahanan, penjelajahan angkasa, bandaraya moden, dan juga nilai sejarah yang tinggi menjadi inspirasi China moden yang berdaya maju. Tapi kat Malaysia yang tercinta ini, kenapa masyarakat melayu susah benar nak bekerja seperti china yang mengamalkan kerja 7 eleven. Marilah kita renungkan bersama.

Pening!!! Ratib Seorang Pelajar Part Time

Pening dibuatnya, assignment semua reject kena buat balik."redo" kata professor aku. Kerja opis berlambak pending. Lepastu kena kerja luar, outstation 2 bulan. Camana pulak la nak handle test yang bakal menjelang tiba.Title takder lagi untuk final coursework. Bila la nak start carik title yang ntah apa ntah aku pun tak paham apakebenda yang aku belajar sampai sekarang? huhuhuhu, aku akan bertambah pening... dan pening...

PALESTIN OH PALESTIN...

Naik meluat pun ada bila Palestin kena bom dengan israel laknatullah, mana tak meluat, punya banyak negara islam bangsa arab di keliling palestin, satu negara pun takder telor nak serang balas israel yang wilayah nya hanya sekangkang kera. Hanya pertubuhan-pertubuhan jihad di labenon dan di palestin sahaja yang mampu menyerang balas dengan roket-roket yang tak seberapa canggih. Kat mana orang islam yang sibuk-sibuk simpati keatas israel? Cukup ker simpati dengan hanya menghulur duit tanda simpati didada akhbar saban hari yang tujuan utamanya hanya publisiti dan juga untuk pelepasan cukai semata. Macam mana nak tolong kalau orang islam palestin sesama sendiri bergaduh terutama hamas dan fatah. Patut dalam situasi sekarang semua orang islam bersatu, bukan bersekutu dengan kafir laknatullah. patutla sebahagian besar nabi dan rasul diturunkan khas untuk orang arab dan sebahagiannya pula khas utuk arab yahudi. sebab apa? sebab kedegilan sejak dulu lagi, sikap ego dan juga tamak menguasai d...

Selamat datang Buku dan Cikgu 2009

Hari pertama masuk belajar secara rasmi seminar pertama penuh drama Master of Science in Information Management. Gila babi jugak la mata bila tengok assignment yang ntah apa-apa aku tak paham. Rasa menyesal pun ada tapi tak guna kerana aku bukan pengecut pun nak harungi semua nih, sesuai dengan gelaran mr.cool yang diberi zaman yakuza dulu, aku tetap harungi dengan tabah dan cool. Master aku ambil ni jenis by coursework, so memang la banyak kerja yang kena nak buat. Disiplin mesti ada walaupun i'm very poor about dicipline.Tak macam study by research yang very independent but still tought. Balik dari seminar petang tadi, badan dah mula goyang, pening jangan cakap la...panadol memang sentiasa dalam bag untuk ditelan. Baru aku rasa camana perit nya nak memulakan perjalanan seorang pelajar bertaraf MASTER ni. Aku dah mula rasa perit camana aku nak handle kerja azali aku kat hospital tu yang sentiasa outstation ke felda-felda chikukunya, camana pulak aku nak handle kerja-kerja kursus ...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009

Tahun baru telah membuka tirai, cabaran telahpun mengintai, jiwa telahpun bersedia melawan arus cabaran yang semakin mengilai. Adakah berjaya seperti tahun- tahun yang lepas atau lebih berjaya? kita tunggu dan lihat kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009. -Nazeri & keluarga-

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H

Kepada pengunjung weblog ini, serta rakan dan kenalan, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 1430 Hijrah, semoga tahun baru ini akan membuatkan diri kita lebih cemerlang serta mantap untuk mengharungi dunia yang semakin mencabar ni. -nazeri & keluarga-

Korban & Aidiladha

Image
Lewat kata disusun sepuluh jari ampun maaf dipinta kepada semua sempena menyambut Aidiladha yang mulia. Dah habis raya baru nak wish, nampak pelik tapi apa nak buat tuntutan pekerjaan membuatkan aku sibuk sampai tak sempat nak update weblog ni. Tahun ni Aidiladha meriah bagi aku kerana setelah sekian lama akhirnya tahun ni aku buat juga ibadah kurban (walaupun bapak aku yang bayarkan :-) tak kisah lah siapa yang bayar tapi ini sebagai turning point untuk aku mula belajar berkorban samaada masa, keringat, mahupun wang ringgit untuk melangkah kedepan memajukan diri sempena tahun baru. Banyak benda nak buat sempena tahun baru yang bakal menjelma 2009 (1430H) akan datang. Tapi biarlah planning yang dibuat membuah kan hasil walaupun mengambil masa yang lama. kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nampaknya tahun 2008 (1429) ni tak banyak aktiviti atau projek yang aku buat, mungkin sibuk dengan kerjaya baru. Bisnes pun tak banyak masuk seperti tahun 2007 dan 2006 tapi aku akan pastik...