Posts

Seloka...Epilog Salam Eid fitri...episod akhir

Pejam celik...pejam celik dah sebulan berhari raya. Ada yang gembira tak kalah juga yang berduka. Yang gembira kerana berjaya menyambut dengan kesyukuran, yang tak gembira kerana menyambut dengan hutang-piutang. Sang koperasi dan bank berjela-jela membuat tawaran. Senyumlah seketika sang peminjam untuk sebulan tiga. Bukan mencaci dan menghina, kaum melayu si banyak angkara...suka bermegah walau berduka, tak sedar dek gaji yang tak semana. Puasa sebulan ibadah terbaik sepanjang zaman, berakhir dengan penuh kejayaan. Puasa enam pelengkap ketaqwaan, bagi mengubat rasa kerinduan. Open house bersilih ganti, perut boroi sentiasa menanti. Ada yang pergi, ada pula yang kirim ganti...namun tetap disambut dengan berlebihan. Bukan cemburu atau benci, sekadar pengigat untuk generasi. Adakah ini yang dikata rezeki? Orang buat ketupat pakai daun kelapa muda, ada juga pakai sabut kelapa. Tapi jangan tergadai iman dan juga agama. Resepsi iman sukar disewa beli, oleh iburaya , bapa tak mungkin di tur...

Seloka...Epilog Salam Eid fitri...episod 1

Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu terakhir ramadhan, ada yang suka tak kurang yang sedih menderita. Pelbagai ragam dan juga cerita, disebalik ramadhan yang mulia.. menerima kunjungan Syawal yang hampir tiba..semoga kita sejahtera hendaknya. Kepada yang berpuasa selamat sejahteralah atas kemenangannya...tak kurang juga yang ponteng puasa, atas kekalahan dimedan nafsu serakahnya. Pada miskin dan juga kaya, hendaklah sederhana hendaknya dalam menyambut syawal yang mulia. Zakat fitrah jangan dilupa, rukun islam yang ke-4 tanggungannya... bagi setiap muslim yang berakal mulia. Jangan dilupa juga pada yang tiada, tambahan pula kepada yatim piatu. Hendaklah kita bersama-sama, bantu membantu amalan mulia. Ziarah menziarahi amalan berkat, berkat ditambah ziarahi pusara. Bagi mengenang pada yang tiada, bagi santapan rohani perkasa. Kuih muih ketupat rendang, tak kurang juga almond london dan juga semperit. semua bergabung meriahkan suasana. Salam bermaafan kita bersama. Dodol dikacau 8...

Selamat Hari Merdeka, Salam Ramadhan Al Mubarak

31 ogos 2008, menyingkap sejarah 51 tahun lepas...negara telah terlepas dari tangan penjajah selama lebih kurang 400 tahun lamanya. Banyak baik buruk dalam zaman penjajahan yang kadang-kadang kita boleh terfikir sejenak, perlukah penjajahan pada masa akan datang lagi? Ini kerana jika lihat fenomena sekarang di Malaysia, remaja rata-rata tak faham erti kemerdekaan dalam kontek kehidupan dan juga civik. Pemahaman cacar marba telah memenuhi kepala setiap golongan muda seterusnya membantutkan sahsiah kehidupan mereka seharian. Diari kehidupan mereka penuh dengan kemusnahan, kemarahan tak bertempat, vandalisme dan bagi golongan melayu spirit " Malay power' masih menebal di hati mereka yang banyak membuatkan diri mereka sesat dengan nikmat perpaduan kaum di Malaysia. Realiti kini, kita sedar penjajah semakin hari semakin menguasai kita kembali dalam bentuk spiritual. hampir semua sumber kehidupan kita diterjemah sedikit demi sedikit tanpa kita ragui kebolehannya. hasilnya, jadi lah...

Accident

Image
Dah lama tak accident, terbaru kat Felda pasir besar on the way nak ke felda Jelai, N.9 lori yang aku naik ngan driver hukm terbabas apabila melalui salah satu selekoh di KM2 Jln Pasir Besar. Bukan takat terbabas, rempoh pulak tiang letrik tnb sampai putus 2 dan lori masuk gaung kebun getah. Macam roller coaster pon ada, yang pelik..AKU HIDUP LAGI. Walaupun accident ni teruk, tapi aku cedera sikit aja, sama la ngan driver. Mengikut riwayat penduduk setempat, tiang tnb yang aku langgar tu baru je ditegakkan balik bulan lepas after kereta accident kat situ juga, kedudukan tiang yang sama, tempat yang sama, dan cara yang sama kemalangan terjadi. Mengikut rekod polis, baru sorang je mati kat situ, rekod penduduk setempat pula dah ramai mati situ. Post Mortem awal mendapati jalan yang dilalui tidak rata diantara selekoh tajam jalan tersebut menyebabkan kepada sesiapa yang tak tahu terutama orang luar kawasan yang tidak berhati-hati akan berisiko ditimpa malang macam aku. Post mortem awal ju...

KAHWIN...Realisasi Agama!!!!

Kahwin adalah dituntut oleh agama terutama Islam bagi membiakkan umat Adam dimuka bumi ini secara sah. Apa yang perlu ditonjolkan dalam perkahwinan adalah sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain, dan bantu membantu disamping menjaga hak masing-masing didalam kehidupan seharian. Apa yang sering berlaku ketika ini adalah sebaliknya malah ada yang lebih teruk dari kehidupan binatang dimana isteri dicerai ketika hamil, bernikah hanya 10 hari, dan pelbagai lagi. kegagalan menjaga kualiti didalam kehidupan berumah tangga amat kritikal dimasa kini malah sesetengah perkahwinan boleh dilihat hanya untuk kepuasan peribadi bukannya kerana ibadah dan niat kerana Allah. Perubahan kehidupan ke era teknologi banyak mempengaruhi masyarakat kini dalam pergaulan, perniagaan, pembelajaran mahupun teman sosial. Dalam segmen perkahwinan, tak kurang hebatnya mencari jodoh melalui chatting , forum-forum dan lain-lain bagi sesiapa yang agak sukar bergaul secara konvensional. Pemilihan dalam tat...

Menjadi Ketua

KETUA, LEADER, MANDOR, KEPALA, PENGAWAS, KORDINATOR...makna yang sama disektor pekerjaan berbeza, namun tanggungjawab tetap sama iaitu menjadi ketua bagi memantau sesuatu kumpulan atau komuniti untuk menjalankan sesuatu kerja dengan lancar. Bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi ketua, ada yang dilahirkan hanya menjadi pengikut sahaja (maca'i)...Tetapi menjadi ketua tidak semudah yang disangka. ramai yang bercita-cita menjadi ketua tetapi tiada kekuatan atas tanggungjawab tersebut, sudahnya kerja tak terurus, anak buah tak dikontrol dengan baik, dan paling teruk kerja yang diberi tak jalan langsung. Bagi aku, aku memang dilahirkan menjadi ketua sejak aku kecil hingga dewasa, tetapi aku tak pernah hargai kerana aku tak suka tanggung jawab yang diberikan (mayb sebab tu aku masih bujang) hehehhehhe. Bagi aku yang paling penting sanggupkah kita menanggung amanah yang diberikan dan bukannya populariti menjadi ketua. Melalui pengalaman aku sendiri, aku telah banyak kali letak jawatan...

Minyak Naik Lagi...PM Senyum Macam Kera Separa Babi

Buat kali pertama aku tulis cerita sensitif lagi sensasi.MINYAKKK...nama diberi.kalau pikir balik memang la semua ni salah Bush yang start menyerang negara2 arab dan sejak itu harga minyak bermula seawal 2003 tidak stabil dipasaran sehingga menyebabkan inflasi yang tinggi diseluruh dunia.Hasil perang juga...harga minyak melambung tidak seiring dengan harga emas tulin dunia.ini amat memeranjatkan dan boleh buat harga minyak tak boleh kontrol oleh sesiapa kecuali permintaan terhadap minyak menurun, tapi itu agak mustahil dalam jangka masa pendek ini (mengambil konsep "difisit komoditi global" dalam ekonomi). Apa yang aku nak membebel kat sini ialah kebodohon pemimpin malaysia yang terlau ikut "buku teks ekonomi tingatan 4&5 keluaran 80-an" apabila membuat sesuatu keputusan yang boleh dikata GILA dan BANGGANG dalam mendifinasikan ekonomi dan kekayaan negara.Oleh kerana aku ahli ekonomi tak bertauliah (sebab terlalu gemar baca buku ekonomi), aku terperasan konsep re...